Khalifah Sokoto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negara Khalifah Bilad as-Sudan
Daular Khalifar Sakkwato
al-Khilafa al-Bilad as-Sudan
دولة الخلافة في بلاد السودان
1804–1903
Bendera Khalifah Sokoto
Bendera
Khalifah Sokoto pada abad ke-19
Khalifah Sokoto pada abad ke-19
StatusMonarki pewarisan teokrasi
Ibu negara
Bahasa yang umum digunakanBahasa Arab (rasmi), Hausa, Fula
Agama
Islam
Kerajaan
Sultan Sokoto 
• 1804-1832
Uthman Ibn Fodio I (pertama)
• 1896–1903
Muhammadu Attahir (terakhir)
Wazir Agung Sokoto 
• ???–1832
Gidago dan Laima (pertama)
• 1890-1903
Muhammadu al-Bukhari (terakhir)
Badan perundanganSyura
Sejarah 
4 Februari 1804
1804
1837
1 Januari 1897
29 Julai 1903
Mata wangDirham

Khalifah Sokoto ialah sebuah negara khalifah Islam di Afrika Barat yang dipimpin oleh Sultan Sokoto. Negara ini diasaskan oleh Usman dan Fodio pada 1804 melalui sebuah perang jihad, Perang Fulani.[1] Negara ini ialah salah satu negara terbesar dan terkuat di Afrika Sub-Sahara pada abad ke-19 sebelum dikalahkan oleh pihak British pada 1903 dan mengasaskan Negeri Naungan Nigeria Utara.[2] Meskipun begitu, gelaran Sultan Sokoto masih wujud sebagai ketua yang penting dalam kalangan orang Islam di situ hingga kini.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perang Fulani dan penubuhan[sunting | sunting sumber]

Usman dan Fodio (1754-1817) menyertai kumpulan pengembara pendakwah Islam pada 1770-an dan menjadi masyhur menjelang 1790-an. Sebagai seorang ulama Islam serta berada dalam golongan moden Fulani, beliau melakukan dakwah dan pengajaran di sekitar kawasan Gobir dengan pengiktirafan pemerintah Hausa di bandar tersebut.

Meskipun begitu, pengiktirafan terhadap beliau mula merosot apabila beliau mula memiliki perlindungan daripada pihak penyokongnya. Raja Gobir, Sarkin Gobir Nafata, mula menyekat aktiviti dakwah beliau. Pada 1801, bekas murid Usman, Sarkin Gobir Yunfa pula menjadi raja Gobir, tetapi bertindak memberi sekatan yang lebih besar kepada beliau.

Seterusnya, Yunfa membuang Usman dari Gobir ke perkampungan Degel. Kebanyakan penduduk Gobir mula meninggalkan bandar itu dan berpihak kepada Usman, termasuk sebilangan orang dari kawasan lain. Yunfa yang berasa terancam mengisytiharkan perang terhadap Usman pada 21 Februari 1804. Pengikut-pengikut Usman menggelarnya sebagai Amirul Mukminin dan mengasaskan khalifah ini.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Khalifah Sokoto berkembang sejak penubuhannya hingga pertengahan 1830-an ke arah barat serta kawasan Yorubaland. Khalifah Sokoto menjadi salah satu negara terbesar di Afrika yang merangkumi dari kawasan Burkina Faso ke Cameroon moden serta merangkumi hampir keseluruhan utara Nigeria dan selatan Niger moden. Pada zaman kemuncaknya, lebih daripada 30 buah amiriah berada di bawah pemerintahan Khalifah Sokoto.[2]

Kejatuhan[sunting | sunting sumber]

Pihak Eropah telah memberi perhatian terhadap kawasan ini bagi perluasan penjajahan pada akhir abad ke-19. Pihak Perancis sebagai contoh telah menghantar pelbagai misi penerokaan ke kawasan ini bagi tujuan penjajahan selepas 1870.

Lawatan peneroka Perancis, Parfait-Louis Monteil pada 1891 mendapati bahawa Khalifah Sokoto sedang berperang dengan Amiriah Argungu dan seterusnya menang pada tahun seterusnya. Monteil mendapati bahawa khalifah ini semakin lemah akibat peperangan itu serta pertabalan Abderrahman dan Abi Bakar yang kekurangan sokongan sebagai khalifah.[3]

Pihak Empayar British pula telah menakluki kawasan selatan Nigeria dan mula merancang untuk menjajah Khalifah Sokoto pada 1902. Jeneral British, Frederick Lugard mengambil kesempatan berkaitan permusuhan antara amiriah-amirah dengan pemerintahan pusat Sokoto untuk mara ke ibu kota tanpa banyak halangan.[4] Ketika pihak British tiba di Sokoto, Sultan Sokoto baharu, Muhammadu Attahiru I menubuhkan sebuah pertahanan selama seketika dan melawan pihak British. Namun begitu, pihak British menang dengan mudah dan pihak Attahiru I terpaksa berhijrah.[5]

Pada 13 Mac 1903, wazir terakhir Khalfah Sokoto diserahkan kepada pihak British dan Muhammadu Attahiru II ditabalkan sebagai khalifah baharu. Attahiru II dan pasukannya dibunuh pada Jun 1903.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Khalifah Sokoto mempunyai perkembangan ekonomi yang baik selama beberapa dekad, terutamanya selepas siri pemberontakan pada 1816 dan 1817. Khalifah ini menguasai perdagangan di laluan trans-Sahara. Seluruh tanah khalifah Sokoto diperuntukkan status wakaf terhadap seluruh penduduknya.[6]

Meskipun begitu, Sultan Sokoto atau amir boleh memberikan tanah kepada pihak individu atau keluarga dan boleh diwarisi secara pusaka, tetapi tidak boleh dijual.[7] Pertukaran barang biasanya dilaksanakan dengan menggunakan hamba, cangkerang dan emas.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ McKay, Hill, Buckler, Ebrey, Beck, Crowston, Weisner-Hanks. A History of World Societies. 8th edition. Volume C - From 1775 to the Present. 2009 by Bedford/St. Martin's. ISBM-13: 978-0-312-68298-9. "The most important of these revivalist states, the enormous Sokoto caliphate, illustrates the general pattern. It was founded by Usuman dan Fodio (1754-1817), an inspiring Muslim teacher who first won zealous followers among both the Fulani herders and Hausa peasants in the Muslim state of Gobir in the northern Sudan." hal. 736.
  2. ^ a b c Falola, Toyin (2009). Historical Dictionary of Nigeria. Lanham, Md: Scarecrow Press.
  3. ^ Claire Hirshfield (1979). The diplomacy of partition: Britain, France, and the creation of Nigeria, 1890-1898. Springer. m/s. 37ff. ISBN 90-247-2099-0. Dicapai pada 2010-10-10.
  4. ^ The Cambridge History of Africa: 1870-1905. London: Cambridge University Press. 1985. m/s. 276.
  5. ^ Falola, Toyin (2009). Colonialism and Violence in Nigeria. Bloomington, IN: Indiana University Press.
  6. ^ a b Lovejoy, Paul E. (1978). "Plantations in the Economy of the Sokoto Caliphate". The Journal of African History. 19 (3): 341–368. doi:10.1017/s0021853700016200.
  7. ^ Swindell, Kenneth (1986). "Population and Agriculture in the Sokoto-Rima Basin of North-West Nigeria: A Study of Political Intervention, Adaptation and Change, 1800–1980". Cahiers d'Études Africaines. 26 (101): 75–111. doi:10.3406/cea.1986.2167.

Buku dan jurnal[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]