Gerakan Khalistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Khalistan)
Bendera

Gerakan Khalistan bergerak di wilayah Punjab Besar iaitu di antara sempadan India dan Pakistan. Punjab merujuk kepada semua wilayah dan penduduk Sikh yang berbahasa Punjab. Kemuncaknya pada 1970-an dan 1980-an apabila ia berjaya menarik sokongan golongan muda menjadi kumpulan militan menuntut tanah air Sikh yang merdeka dan mendapat sokongan dari penyokong Sikh dari luar negara.

Pada 1971, pemimpin Khalistan, Jagjit Singh Chauhan berhijrah ke Amerika Syarikat . Dia membuat iklan di akhbar The New York Times menyatakan pembentukan negara Khalistan dan mampu mengumn=pul dana berjuta-juta dolar.

Pada 12 April 1980, dia bertemu dengan Perdana Menteri India Indira Ghandhi sebelum mengisytiharkan pembentukan 'Dewan Nasional Khalistan' di Anandpur Sahib. dia mengumumkan dirinya sebagai presiden dan Balbir Singh Sandhu sebagai Setiausaha Agung. Pada bulan Mei 1980, Jagjit Singh Chauhan berhijrah ke London dan mengumumkan pembentukan Khalistan. Pengumuman serupa dilakukan oleh Balbir Singh Sandhu, di Amritsar, mengeluarkan setem khas dan mata wang khalistan. Kelambanan di Amritsar dan di tempat lain dikritik oleh Akali Dal di Kongres parti.

Pada 1980-an, beberapa penyokong Khalistan beralih ke militan sehingga operasi Tentera Darat India dilancarkan.Dalam Operasi Blue Star , tentera India telah merosak kuil emas Sahib Harmandir di Amritsar.Ekoran itu, Perdana Menteri India Indira Gandhi dibunuh oleh dua pengawal peribadinya sendiri yang berbangsa Sikh.Beribu-ribu Sikh dibantai berikutan rusuhan . Januari 1986, Kuil Emas diduduki oleh militan Persekutuan Pelajar Sikh India dan Damdami Taksal . Pada 26 Januari 1986, pertemuan pemimpin telah mengeluarkan resolusi (gurmattā) menyokong pembentukan Khalistan. Khalistan bermaksud negara majoriti Sikh, berasaskan teokrasi Sikh.

Di bawah Perlembagaan India , perpecahan Punjab adalah dilarang keras. Beberapa pertubuhan bergerak secara demokrasi dalam politik India. Sementara pertubuhan pro-khalistan antarabangsa seperti Dal Khalsa masih aktif di luar India.

Rujukan[sunting | sunting sumber]