Vokal depan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 65: Baris 65:
|'''skäl''' {{IPA|[ɧɛːl]}}
|'''skäl''' {{IPA|[ɧɛːl]}}
|}
|}
==Rujukan==
{{reflist}}


[[Kategori:Fonologi]]
[[Kategori:Fonologi]]

Semakan pada 08:40, 15 Disember 2009

AFA: Vokal
Depan Pusat Belakang
Sempit
Hampir sempit
Separuh sempit
Tengah
Separuh luas
Hampir luas
Luas

Huruf vokal bersebelahan titik "•" mewakili: vokal tak bundar • vokal bundar

Vokal depan ialah bunyi vokal yang mana lidah ditempatkan di hadapan sekali dalam mulut tanpa menghasilkan penjerutan yang akan menghasilkan konsonan. Vokal depan adakalanya digelar vokal terang kerana kedengaran lebih jelas berbanding vokal belakang.[1] Vokal-vokal depan yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) ialah:

Kesan pada konsonan sebelumnya

Dalam sejarah sesetengah bahasa, misalnya bahasa Perancis dan bahasa Jepun, vokal depan telah mengubah bunyi konsonan velar atau gusi secara alofon atau fonemik, dengan mengalihkan daerah artikulasinya ke arah lelangit atau belakang gusi.

Pempalatalan bersejarah ini tercermin dalam tata ejaan sesetengah bahasa Eropah, termasuk huruf "c" dan "g" dalam hampir semua bahasa Romawi, "k" dan "g" dalam bahasa-bahasa Norway, Sweden dan Iceland, serta "κ", "γ" dan "χ" dalam bahasa Yunani Moden. Bahasa Inggeris sedikit sebanyak mengikut corak ejaan Perancis.

Apapun, bagi perkataan Inggeris jati atau pinjaman terawal yang telah mengalami pempalatalan, ejaannya diubah selaras dengan sebutannya (Contoh: cheap, church, cheese, churn dari *k, dan yell, yarn, yearn, yeast dari *ɡ.)

Sebelum vokal belakang: keras Sebelum vokal depan: lembut
"C" Inggeris call [kɔːl] cell [sɛl]
"G" Inggeris gall [ɡɔːl] gel [dʒɛl]
"C" Perancis calque [kalk] celà [səla]
"G" Perancis gare [ɡɑʁ] gel [ʒɛl]
"C" Itali cara [kaɾa] ciao [tʃao̯]
"G" Itali gallo [ɡalːo] genere [ˈdʒɛneɾe]
"SC" Itali scala [skala] scena [ˈʃɛna]
"K" Sweden karta [kɑːʈa] kär [ɕæːr]
"G" Sweden god [ɡuːd] göra [jøːra]
"SK" Sweden skal [skɑːl] skäl [ɧɛːl]

Rujukan

  1. ^ Tsur, Reuven (February 1992). The Poetic Mode of Speech Perception. Duke University Press. m/s. 20. ISBN 0822311704.