Mariah al-Qibtiyah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: id:Maria al-Qabtiyya
Baris 32: Baris 32:


[[ar:مارية القبطية]]
[[ar:مارية القبطية]]
[[id:Maria al-Qibtiyyah]]
[[id:Maria al-Qabtiyya]]
[[bs:Marija Kibtija]]
[[bs:Marija Kibtija]]
[[de:Maria al-Qibtiyya]]
[[de:Maria al-Qibtiyya]]

Semakan pada 16:24, 16 Disember 2009

Maria al-Qibtiyyah (Arab: مارية القبطية) atau Maria si Qibti,bahasa Inggeris (Maria The Copt) (meninggal tahun 637) adalah seorang hamba perempuan yang asalnya beragama Kristian Koptik yang dikirimkan sebagai hadiah dari Muqawqis, seorang pegawai Byzantine, kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 628.[1] Menurut sebahagian tokoh Islam, dia turut menjadi isteri Nabi Muhammad, dan oleh itu "Ibu Orang-Orang Mukmin" (Arab: Ummul Mu'minin), sumber lain seperti Ibnu Qayyim bagaimanapun menyatakan bahawa dia hanya seorang gundik. Dia merupakan ibu kepada anak lelaki Nabi Muhammad yang bernama Ibrahim, yang meninggal ketika masih kecil. Adiknya, Sirin, juga dikirimkan kepada Muhammad; baginda kemudian memberikannya kepada sahabatnya Hassan bin Thabit.[2] Maria tidak pernah menikah lagi setelah kematian Muhammad pada tahun 632, dan dia meninggal lima tahun kemudian. Hari kelahirannya sampai saat ini tidak diketahui. Juga, tidak ada sumber kuat yang menyebutkan usianya.

Tahun pengutusan

Pada tahun 6 SH (627 – 628 M), Muhammad disebutkan menulis surat kepada pengusaha kaya Timur Tengah, yang membahasa kepercayaan tulen dan mengajak pengusaha itu untuk bergabung. Apa yanng merupakan isi dari bahagian surat dapat ditemukan dalam kitab Tarikh at-Tabari karya Muhammad bin Jarir at-Tabari, yang ditulis 250 tahun setelah kejadian itu diriwayatkan. Tabari menulis bahawa seorang utusan dikirimkan kepada Pemerintah Mesir, al-Muqawqis. Catatan dalam edisi State University of New York karya Tabari menjelaskan bahawa hal tersebut tampak sama dengan versi Koresh dari Kaukasus, yang merupakan Partiark Bizantium dari Alexandria.[3] Catatan tersebut menambahkan bahawa Koresh tidak menjadi Patriark(Patrick) hingga tahun 631, dan sebuah laporan yang menyatakan bahawa ia ditempatkan di Mesir tiga hingga empat tahun lebih awal masih dipertanyakan. Tabari, walaupun begitu, mengulang kedatangan Maria dari Mesir:

Di tahun ini, Hātib b. Abi Balta'ah kembali dari al-Muqawqis membawa Māriyah dan saudaranya Sīrīn, bagal betinyanya Duldul, dan keldainya Ya'fūr, dan pakaian-pakaian. Dengan dua wanita al-Muqawqis, telah dikirimkan kepadanya seorang kasim, dan surat tersebut ada padanya. Hātib telah mengajaknya masuk Islam sebelum akhirnya tiba bersama mereka, dan begitu pula Māriyah saudaranya. Rasulullah menempatkan mereka untuk sementara dengan Ummu Sulaym binti Milhān. Māriyah sangat cantik. Nabi mengirim saudaranya Sīrīn kepada Hassān bin Tsābit dan dia melahirkan 'Abdul Rahmān bin Hassān. —Tabari, Tarikh at-Tabari.[2]

Maria dalam rumah tangga Muhammad

Banyak sumber Muslim mengatakan bahawa Muhammad kemudian memerdekakan dan menikahi Maria, namun ini tidak jelas apakah ini fakta sejarah atau apologi sejarah. Masalah lain, biarawati hamba ini tidak secara otomatis merdeka kerana masuk Islam, sehingga hal ini tidak begitu jelas mengapa Maria harus dimerdekakan jika dia siap diIslamkan.

Muhammad tinggal dalam rumah bata lumpur dekat dengan Masjid Madinah, dan setiap isterinya memiliki ruang tersendiri dalam rumah bata itu, yang dibangun dalam bentuk barisan yang dekat dengan ruangannya. Maria, walaupunbegitu, tetap ditempatkann di rumah di tepi Madinah. Maria juga tidak dikategorikan sebagai isteri dalam beberapa sumber paling awal, seperti dalam catatan Ibnu Hisyam dalam Sirah Ibnu Ishaq.[4] Sumber-sumber Muslim sepakat bahwa dia merupakan kehormatan yang sama yang dimenjadi isteri Muhammad, dengan anggapan bahawa dia diberi gelar yang sama seperti isteri-isteri Muhammad lain – "Ibu orang-orang Mu'min." Maria memberikan Muhammad seorang putera, Ibrahim bin Muhammad. Hanya satu isteri Muhammad lainnya, Khadijah yang telah meninggal, telah memberikannya anak. Ibrahim meninggal ketika masih dalam masa pertumbuhan. Perhatian Muhammad terhadap Maria diyakini menyebabkan kecemburuan diantara isteri-isteri lain. Hal itu tidak dapat teratasi hingga turunnya surah ke-66 dalam Al-Qur'an dengan subjek Maria. Berikut ini adalah bahagian surah tersebut:

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagimu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepada kamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu; dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya (Hafshah) suatu peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Allah memberitahukan hal itu (semua pembicaraan antara Hafshah dengan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahukan sebagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebagian yang lain (kepada Hafshah). Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan pembicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu Hafshah bertanya, "Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?" Nabi menjawab, "Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". Jika kamu berdua bertobat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan); dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik; dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula. Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertobat, yang mengerjakan ibadah, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan.
—At-Tahrim [66]:1–5

Sebahagian penulis Barat, seperti Gilchrist dan Rodinson, berpendapat bahawa "Kisah Sang Kekasih" adalah merupakan versi cerita epik yang diadaptasikan daripada kisah Maria.[5][6]

Nota

  1. ^ Ibnu Ishaq, The Life of Muhammad, m/s. 653.
  2. ^ Tabari, m/s. 131.

Rujukan

  • Gilchrist, John. Muhammad and the Religion of Islam. Benoni, Republic of South Africa, 1986.
  • Ibnu Ishaq, translation by A. Guillaume (1955). The Life of Muhammad. Oxford University Press.
  • Maxime Rodinson, Muhammad. Random House, Inc., New York, 2002.
  • Al-Tabari (1997). Vol. 8 of the Tarikh al-Rusul wa al-Muluk. State University of New York Press.