Program nuklear Iran: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ButkoBot (bincang | sumb.)
D'ohBot (bincang | sumb.)
Baris 23: Baris 23:
[[he:תוכנית הגרעין האיראנית]]
[[he:תוכנית הגרעין האיראנית]]
[[ka:ირანის ბირთვული პროგრამა]]
[[ka:ირანის ბირთვული პროგრამა]]
[[lv:Irānas kodolprogramma]]
[[lb:Atomprogramm vum Iran]]
[[lb:Atomprogramm vum Iran]]
[[lt:Irano branduolinė programa]]
[[lt:Irano branduolinė programa]]

Semakan pada 16:11, 1 Januari 2010

Program nuklear Iran dilancarkan pada era 1950-an dengan bantuan Amerika Syarikat. Selepas Revolusi Iran pada tahun 1979, kerajaan Iran membubarkan program ini untuk seketika. Dengan sokongan yang rapuh dari negara-negara barat, Iran menghidupkan semula program nuklearnya. Negara Iran buat masa ini mempunyai beberapa makmal penyelidikan nuklear, sebuah lombong uranium, sebuah reaktor nuklear dan mempunyai sebuah loji pengayaan uranium. Iran juga mengumumkan bahawa program nuklear mereka adalah untuk menjana tenaga elektrik,[1] tetapi Amerika Syarikat dan beberapa negara lain mendakwa Iran cuba membangunkan senjata nuklear. Namun begitu, pegawai-pegawai kerajaan Iran menyangkal dakwaan ini.

Sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Kuasa-kuasa dunia bersetuju untuk mengenakan sekatan terhadap Iran kerena keengganan mereka untuk memberhentikan program nuklearnya secara sukarela. Pada 23 Disember 2006, Majlis Keselamatan PBB meluluskan Resolusi 1737, yang mengharamkan sebarang pembekalan bahan-bahan atau teknologi nuklear kepada Iran. Resolusi itu juga turut menyatakan jika Iran gagal menghentikan program pengayaan uraniumnya, Majlis Keselamatan PBB akan mengenakan sekatan bukan ketenteraan lain ke atas Iran.[2]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Nuclear Power Plants Will Generate 6,000 MW by 2010" (PDF). Iran Daily. Dicapai pada 25 April. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ "UN passes Iran nuclear sanctions". BBC News. BBC. 13 Disember. Dicapai pada 23 Disember. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate=, |date=, dan |year= / |date= tidak padan (bantuan)