Pembekalan kuasa elektrik: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kekacang (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kekacang (bincang | sumb.)
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 16:38, 7 Januari 2010

Fail:132GunungLang.jpg
Pekerja memasang tiang penghantaran kuasa 132kV
Talian penghantaran

Penghantaran kuasa eletrik (transmission line) ialah satu sistem perhubungan untuk menghantar kuasa elektrik kepada pengguna, baik untuk perindustrian, perumahan dan lain lain.


Biasanya di dalam satu sistem elektrik, sistem grid digunakan dalam talian penghantaran kuasa eletrik berperanan untuk mengalirkan kuasa eletrik dari satu tempat ke satu tempat dengan optimum dan cekap.


Di Semenanjung Malaysia, talian penghantaran kuasa eletrik adalah dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad.

Sistem penghantaran di Malaysia menggunakan sistem penghantaran eletrik talian tiga-fasa (3-Phase) yang berkuasa 500 kV, 275 kV, 132 kV, atau 66 kV yang menjadi penghubung daripada janakuasa kepada sistem pengagihan. Frekuensi yang digunakan pula ialah 50 Hertz.


Di antara talian-talian tersebut terdapat sub-stesyen yang di rekabentuk untuk "langkah naik" (step-up) atau "langkah turun" (step-down) kuasa eletrik tersebut. Transformer berkuasa tinggi digunakan untuk perubahan tersebut.

Talian penghantaran eletrik dibina sama ada di terowong bawah tanah mahupun merentasi ruang udara. Disebabkan keperluan keselamatan yang tinggi, kabel bawah tanah memerlukan pembinaan yang rapi dan kos pembinaan kabel bawah tanah boleh jadi berganda-ganda sekiranya di banding dengan pembinaan talian di ruang udara.