Majlis Daerah Kampar: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Khairulkhalid (bincang | sumb.)
Khairulkhalid (bincang | sumb.)
Baris 38: Baris 38:

== Aktiviti Utama Penduduk ==
== Aktiviti Utama Penduduk ==

Peneroka dan penempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan penemuan bijih timah, oleh yang demikian apabila mengkaji sejarah Kampar tidak akan lari dari sejarah bijih timah itu sendiri. Lantaran itu tidak hairanlah ada pendapat yang mengatakan bahawa Kampar dibangunkan di atas bijih timah dan sehingga kini kegiatan melombong bijih timah masih lagi beroperasi walaupun ia mulai berkurangan akibat kejatuhan harga dalam pasaran.

Aktiviti awal perlombongan di jalankan secara mendulang di tebing-tebing Sungai Kranji dan Sungai Kampar serta di kawasan lembah yang berair. Kegiatan mendulang ini kebanyakannnya dilakukan oleh orang-orang Cina. Apabila orang Eropah memperkenalkan cara melombong dengan menggunakan pam palong dan kapal korek, pengeluaran bijih timah berlipat ganda hasilnya. Secara tidak langsung ia telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Kampar dan kawasan sekitarnya. Keadaan ini berterusan sehinggalah menjelang kemerosotan pasaran timah pada awal tahun 1993.

Hari ini, Kampar telah membangun sebagai pusat pentadbiran Daerah Kecil Kampar dan Gopeng serta menjadi sebuah pusat perniagaan dan kewangan yang menjadi tumpuan ramai. Banyak kawasan perindustrian seperti Taman Perindustrian Gopeng dan Bandar Baru Kampar telah dibangunkan dan ia memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk di sekitarnya. Kepesatan sektor perindustrian ini telah menarik minat para penduduk luar dan tempatan untuk berhijrah ke daerah ini.

Selain daripada menjadi pekerja industri, penduduk di Daerah Kampar ini juga menjalankan aktiviti pertanian iaitu mengusahakan dusun buah-buahan dan sayur-sayuran. Oleh kerana majoriti penduduk Kampar adalah masyarakat Cina, maka aktiviti perniagaan telah menjadi mata pencarian utama mereka.

Aktiviti penternakan juga giat dilakukan di Daerah Kampar ini khususnya penternakan ikan air tawar dan ikan hiasan. Ini adalah kerana di Daerah Kampar terdapat banyak bekas lombong bijih timah yang begitu sesuai untuk menjalankan aktiviti tersebut. Di samping penternakan ikan, penternakan lembu, kambing, burung unta dan itik juga ada di jalankan di kawasan ini.

Semakan pada 20:59, 1 Julai 2004

Majlis Daerah Kinta Selatan atau singkatannya MDKS merupakan salah satu kerajaan tempatan yang terdapat di negeri Perak. Kedudukan MDKS adalah sangat strategik iaitu di tengah tengah laluan antara utara dan selatan dan bersempadankan kawasan batu Gajah (Daerah Kinta Barat) dan Tapah (Daerah Batang Padang).

Fail:MDKS.png
Peta MDKS. Warna merah ialah kawasan operasi dan kuning ialah kawasan kawalan.

Majlis Daerah Kinta Selatan diwartakan sebagai sebuah kerajaan tempatan pada 1 Disember 1979 dengan berkuatkuasanya Warta Kerajaan PK.PU bertarikh 24 Mac 1981. Kawasan MDKS meliputi kawasan seluas 109.65 km persegi atau 10,965 hektar dan kawasan ini dibahagi kepada dua kawasan utama iaitu:

  • Kawasan Operasi. Kawsan ini meliputi 23.37 km persegi yang terdiri daripada 11 kawasan utama iaitu:
  • Kawasan Kawalan. Kawasan ini merupakan kawasan yang dikawal pembangunannya dan meliputi 82.28 km persegi.

Kependudukan

Berdasarkan banci penduduk dan perumahan pada 1991, jumlah penduduk di Kampar, salah satu bandar di Kinta Selatan ialah 70,647 orang. Oleh data ini telah berusia lebih 10 tahun, maka maklumat berikut adalah tidak tepat. Bilangan penduduk kini telah bertambah berikut banyak projek perumahan dan perindustrian di kawasan Gopeng dan Kampar. Selain itu, universiti dan kolej kolej yang di Kinta Selatan di lihat antara penyebab bertambahnya penghuni Kinta Selatan.

Komposesi Etnik|Jumlah
Melayu|18, 266
Cina|43, 570
India|7, 988
Lain Lain|576
Bukan Warganegara|236
Jumlah|70,647

Berdasarkan Bancian 1991

Aktiviti Utama Penduduk