OpenOffice.org: Perbezaan antara semakan
k bot mengubah: hi:ओपनऑफिस.ऑर्ग; perubahan kosmetik |
k bot mengubah: ml:ഓപ്പൺഓഫീസ്.ഓർഗ് |
||
Baris 63: | Baris 63: | ||
[[lij:OpenOffice.org]] |
[[lij:OpenOffice.org]] |
||
[[hu:OpenOffice.org]] |
[[hu:OpenOffice.org]] |
||
[[ml:ഓപ്പൺഓഫീസ്.ഓർഗ്]] |
|||
[[ml:ഓപ്പണ്ഓഫീസ്.ഓര്ഗ്]] |
|||
[[nl:OpenOffice.org]] |
[[nl:OpenOffice.org]] |
||
[[ja:OpenOffice.org]] |
[[ja:OpenOffice.org]] |
Semakan pada 05:18, 6 Februari 2010
OpenOffice.org ialah sebuah set perisian produktiviti pejabat seperti Microsoft Office. Ia merupakan perisian sumber terbuka yang ditaja oleh Sun Microsystems. Pada asalnya ia merupakan perisian komersial yang dipanggil StarOffice. OpenOffice.org boleh digunakan dalam pelbagai sistem pengendalian seperti Windows, Linux, Solaris, Mac OS dan FreeBSD. Ia boleh membuka, menyunting dan menyimpan format dokumen Microsoft Office dengan baik terutamanya versi yang terbaru.
OpenOffice.org mempunyai antara muka yang seragam walaupun berada di dalam sistem pengendalian yang berbeza. Selain itu, kekunci pintas adalah serasi dengan kekunci pintas yang terdapat di dalam sistem Windows. Sebagai contoh untuk salin CTRL+C, tampal CTRL+V dan potong CTRL+X. Semua fungsi-fungsi yang dibina adalah untuk memudahkan pengguna membawa atau membuat kerja di mana-mana komputer walaupun mempunyai sistem pengendalian yang berlainan.
Ia juga boleh menghasilkan format PDF tanpa memerlukan perisian tambahan seperti Adobe Acrobat. Pengguna hanya perlu menekan arca "eksport terus ke PDF" atau arahan Fail "eksport ke PDF" untuk menghasilkan format tersebut.
OpenOffice.org terdiri daripada beberapa perisian penggunaan seperti:
- Writer - pemproses perkataan
- Calc - perisian helaian kerja
- Impress - perisian persembahan grafik
- Draw - perisian lukisan vektor
- Math - perisian editor matematik berdasarkan MathML
- Base - perisian pangakalan data seperti MS Access (versi 2 sahaja)
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan OpenOffice.org |
- (Inggeris) Laman Web Rasmi OpenOffice.org
- (Inggeris) Asia Open Source Centre Muat Turun (Download) OpenOffice dari Mirror Asia Open Source Centre yang ditaja oleh MIMOS
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.