Anu (dewa): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
k bot menambah: hr:Anu
Almabot (bincang | sumb.)
k bot menambah: sh:Anu
Baris 55: Baris 55:
[[sk:Anu]]
[[sk:Anu]]
[[sl:Anu]]
[[sl:Anu]]
[[sh:Anu]]
[[fi:An (jumala)]]
[[fi:An (jumala)]]
[[sv:Anu]]
[[sv:Anu]]

Semakan pada 19:29, 6 Februari 2010

Dalam mitologi kaum Sumeria dan kemudiannya kaum Assyria dan kaum Babylon, Dewa Anu (juga An; (dari bahasa Sumeria *An = langit, alam)) merupakan tuhan langit, tuhan alam, penguasa buruj, raja kepada dewa-dewa, makhluk ghaib dan jin, dan tinggal di kawasan tertinggi langit. Adalah dipercayai bahawa dia mempunyai kuasa untuk mengadili mereka yang melakukan jenayah, dan bahawa dia telah mencipta bintang sebagai tentera untuk memusnahkan yang jahat. Ciri-cirinya adalah tiara diraja, kebanyakan masa dihiasi dengan dua pasang tanduk lembu. Dalam seni ia kadang kala digambarkan sebagai serigala (jackal).

Tulisan pepaku Sumeria bagi An (dan penunjuk bagi dewa DINGIR)..

Anu memiliki beberapa pasangan, yang terpenting adalah Dewi Ki (bumi), Nammu dan Dewi Uras. Dengan Ki dia memiliki anak, Dewa Annuna. Bersama Nammu dia memiliki anak, Dewa Enki dan Ningikuga. Bersama Uras dia memiliki anak Nin'insinna. Menurut legenda, langit dan bumi adalah satu sehingga An dan Ki melahirkan Dewa Enlil, dewa udara, yang membelah langit dan bumi kepada dua. An dan Ki merupakan, dalam sesetengah teks, dikenal pasti sebagai bersaudara dan anak kepada Dewa Anshar dan Dewi Kishar. Ki kemudian berkembang menjadi Dewi Akkadia Dewi Antu.

Dewa Anu salah satu dewa tertua dalam mitos Dewa-dewi Mesopotamia, dan sebahagian dari bertiga termasuk Dewa Enlil, dewa langit dan Dewa Enki, dewa air. Dia dikenali sebagai Anu oleh Akkad, pemerintah Mesopotamia selepas penaklukan Sumer pada 2334 SM oleh Raja Sargon dari Akkad. Sebagai tokok pertama dalam bertiga yang terdiri dari Anu, Bel dan Ea, Anu kemudiannya dianggap sebagai bapa dan pada permulaannya, raja dewa-dewi. Anu dikaitkan dengan jelasnya dengan kuil E-anna dalam Bandar Uruk (dalam Injil Erech) di selatan Babylon sehinggakan terdapat sebab yang baik bagi mempercayai bahawa tempat ini merupakan tempat asal kultus Anu. Sekiranya ini benar, dengan itu Dewi Inanna (atau Ishtar) dari Uruk mungkin pada satu masa merupakan pasangannya.

Asal nama

Nama dewa ini melambangkan "yang tinggi" dan dia kemungkinannya dewa kawasan langit di atas bumi –kemungkinannya dewa rebut seperti Adad. Bagaimanapun, ini mungkin, berlaku sebelum tempoh Babylonia silam, contoh. Sebelum Hammurabi, Anu dianggap sebagai dewa langit dan namanya dalam Sumerian sebenarnya sama erti dengan langit, dengan itu adalah dipertikaikan, sama ada istilah itu merujuk kepada dewa atau langit. Ia kemungkinannya dari sini pengumpulan kuasa dewa diakui dalam alam sebagai bertiga melambangkan tiga pembahagian, langit, bumi, dan air yang dalam, dalam proses pemikiran yang berlaku sebelum milinia ke tiga.

Doktrin keagamaan

Doktrin ini apabila ditetapkan kekal sebagai sebahagian warisan agama Babylonian-Assyrian dan mendorong kepada pemisahan ketiga Dewa yang membentuk Bertiga dari kekangan tempatan asal mereka. Langkah perantaraan antara Dewa Anu yang dilihat sebagai dewa tempatan Uruk, Enlil sebagai dewa Nippur, dan Ea sebagai dewa Eridu diwakili oleh penonjolan dari masa setiap satu dari tempat yang dikaitkan dengan ketiga dewa didapati, dan yang mendorong kepada setiap satu menyerap kualiti dewa lain agar memberikan mereka kedudukan mengawal dalam aturan dewa-dewi tersusun. Bagi Nippur kita mempunyai bukti langsung bahawa dewa utamanya, Dewa Enlil, pada satu masa dianggap ketua mitos dewa-dewi Sumerian. Kesucian dan, dengan itu, kepentingan Eridu kekal sebagai satu tradisi dalam ingatan penduduk sehingga tempoh berikutnya, dan persamaan dengan itu membuktikan rumusan bahawa Anu juga turut mula disembah di tempat dari mana dia paling menonjol.

Dalam teologi bintang Babylon dan Assyria, Anu, Enlil dan Ea menjadi tiga zon bujur, zon utara, tengah dan selatan berikutnya. Ciri-ciri suci Anu secara teori semakin ditonjolkan, dan dalam hikayat dan ukiran penyembahan termasuk juga mentera dan jampi, dia jarang diperkenalkan sebagai kuasa aktif yang mana boleh didekati secara peribadi. Namanya menjadi tidak lebih dari sama erti dengan langit secara umumnya dan gelarannya sebagai raja atau bapa kepada dewa-dewi tidak mempunyai unsure peribadi dalamnya. Pasangannya Dewi Antum (atau sebagaimana sesetengah pengkaji cenderung membacanya, Dewi Anatum) diberikan kepadanya, berasaskan teori bahawa setiap dewa perlu memiliki pasangan wanita, tetapi Antum adalah hasilan buatan sepenuhnya –simbol tidak bernyawa yang tidak memainkan peranan apa-apa dalam apa yang boleh disebut sebagai dewa-dewi aktif berbanding Anu.

Agama Hurrian

Dalam mitos Hurrian, Anu merupakan leluhur semua dewa-dewi (progenitor). Anaknya Kumarbi menggigit alat kelaminnya dan meludah tiga dewa, satu darinya, Teshub, kemudian menyingkirkan Kumarbi.

Rujukan

  • Michael Jordon, Encyclopedia of Gods, Kyle Cathie Limited, 2002
  • Public Domain Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)