Imbuhan dalam bahasa Melayu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Khairul Khalid (bincang | sumb.)
Khairul Khalid (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
Imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awal dan imbuhan akhir. Contoh imbuhan awal ialah pe(N), me(N), ber- dan di- manakal imbuhan akhir ialah an. Ada juga imbuhan yang mengapit kata akar, contohnya per-an dan gabungan imbuhan awal dan akhir yang lain, misalnya di-an, pe(N)-an dan sebagainya.
Imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awal dan imbuhan akhir. Contoh imbuhan awal ialah pe(N), me(N), be(R)- dan di- manakal imbuhan akhir ialah an. Ada juga imbuhan yang mengapit kata akar, contohnya pe(R)-an dan gabungan imbuhan awal dan akhir yang lain, misalnya di-an, pe(N)-an dan sebagainya.


== Imbuhan pe(N) ==
== Imbuhan pe(N) ==

Semakan pada 13:18, 3 Julai 2004

Imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awal dan imbuhan akhir. Contoh imbuhan awal ialah pe(N), me(N), be(R)- dan di- manakal imbuhan akhir ialah an. Ada juga imbuhan yang mengapit kata akar, contohnya pe(R)-an dan gabungan imbuhan awal dan akhir yang lain, misalnya di-an, pe(N)-an dan sebagainya.

Imbuhan pe(N)

Imbuhan awalan pe(N) menunjukan perkataan tersebut ialah kata nama, dengan pe(N) boleh wujud dalam bentuk bentuk seperti berikut; pe-, pem-, pen- peng-, dan peny-. Bentuk bentuk imbuhan ini bergantung kepada huruf awal kata akar.

Penggunaan pen-

Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan c, d, j' atau t.

Kata AkarKata berimbuhan
curipencuri
cucipencuci
dengarpendengar
dudukpenduduk
jualpenjual
jemputpenjemput
tipupenipu
taripenari
tukarpenukar
tulispenulis

Bagi perkataan yang bermula dengan c, d dan f, kata akarnya kekal tetapi bagi perkataan yang bermula dengan t, huruf pertamanya akan hilang setelah bergabung dengan imbuhan pen-.

Penggunaan pem-

Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf b' dan p

Kata AkarKata Imbuhan
bacapembaca
beripemberi
buatpembuat
bantupembantu
belipembeli
pakaipemakai
pukulpemukul
pasangpemasang
punggahpemungah
pungutpemungut

Perkataan yang bermula dengan huruf b akan menggunakan huruf akar, tetapi bagi perkataan bermula dengan huruf p, huruf pertama kata akar tersebut akan digugurkan.

Penggunaan peny-

Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf s, dengan huruf pertama perkataan tersebut digugurkan.

Kata AkarKata Berimbuhan
sokongpenyokong
sembahpenyembah
sapupenyapu
saringpenyaring

Penggunaan peng-

Imbuhan me(N)

Imbuhan awalan me(N) menunjukkan perkataan tersebut ilah sejenis kata kerja dengan me(N) boleh wujud dalah bentuk bentuk seperti berikut;me-, mem-, men-, meng-, dan meny-. Seperti pe(N), bentuk imbuhan bergantung kepada kata akar.