Taman Tun Dr. Ismail: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{for|the township in Selangor|TTDI Jaya}} {{coord|3|9|2|N|101|37|31|E|region:MY-14_type:adm3rd|display=title}} {{Infobox Settlement <!--See Template:Infob...'
 
KLITE789 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 10: Baris 10:
|motto =
|motto =
<!-- images and maps ----------->
<!-- images and maps ----------->
|image_skyline = View of Bandar Utama from TTDI Datuk Sulaiman, Kuala Lumpur.jpg
|image_skyline =
|imagesize =
|imagesize =
|image_caption = Pemandangan Taman Tun & [[1 Utama]] dari Jalan Datuk Sulaiman di TTDI.
|image_caption =
|image_flag =
|image_flag =
|flag_size =
|flag_size =

Semakan pada 06:00, 11 Februari 2010

Koordinat: 3°9′2″N 101°37′31″E / 3.15056°N 101.62528°E / 3.15056; 101.62528

Taman Tun Dr. Ismail
Bandar
Nama panggilan: Taman Tun, TTDI
NegaraMalaysia
NegeriWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
KawasanSegambut
Pentadbiran
 • Pihak Berkuasa SetempatDewan Bandaraya Kuala Lumpur
 • MayorAhmad Fuad Ismail
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
60000
Kod dail+60 377
PolisTaman Tun Dr. Ismail, Brickfields (HQ)
BombaTaman Tun Dr. Ismail
Pemandangan pangsapura The Residence di TTDI yang siap pada tahun 2006.

Taman Tun Dr Ismail ialah sebuah kawasan perbandaran utama yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, berhampiran sempadan Selangor, iaitu berhampiran Bandar Utama, Damansara Utama, dan Mutiara Damansara (kawasan subbandar terbangun di Petaling Jaya, Selangor). Taman Tun Dr Ismail juga bersebelahan dengan Bukit Kiara dan Sri Hartamas dan juga dekat sekali dengan Bangsar dan Damansara Heights. Perbandaran ini terletak dalam lingkungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dinaungi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Taman Tun Dr Ismail banyak diduduki oleh golongan menengah atas dan juga menikmati pembangunan komersil.

Perbandaran ini dinamakan sempena Tun Dr Ismail Abdul Rahman, duta pertama Malaysia ke Amerika Syarikat dan seorang wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebelum menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1970. Taman Tun Dr. Ismail sering digelar dengan singkatan "Taman Tun" atau "TTDI".

Tempat menarik

Fail:DSC1327893.jpg
Para penduduk bersenam di taman.
  • Menara IBM dibina pada tahun 1982, tetapi pada tahun 2006, IBM telah meluaskan Ibu Pejabat Malaysia ke Persiaran Bandar Utama, Petaling Jaya, dekat dengan 1 Utama. Kini, Menara IBM diduduki oleh VADS.
  • Pusat beli-belah Japan United Stores Company (Jusco) ialah pusat beli-belah pertama yang dibuka di TTDI pada tahun 1984, tetapi sudah berpindah ke 1 Utama pada tahun 1995.
  • Taman Rekreasi Lembah Kiara (dahulunya 'West Valley Park') terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2). Taman ini dikunjungi ramai tak kira penduduk setempat mahupun orang luar, sebagai tempat berjoging dan berekreasi, di samping terkenal sebagai kawasan hijau yang berguna sebagai kawasan pengembaraan.
  • Perhentian bas SK Taman Tun Dr Ismail (1) terkenal kerana kepentingan sejarahnya, iaitu dihasilkan daripada tolak bahara bangkai HMS Vendetta, sebuah kapal ronda Inggeris bersaiz sederhana yang digali keluar dari Sungai Klang pada Ogos 1983.
  • Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) ialah salah sebuah kelab golf eksklusif terunggul di Malaysia, lengkap dengan padang golf 36 lubang yang terbahagi kepada Padang Timur dan Padang Barat. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di situ termasuk golf waktu malam, lapangan sasar automatik tiga tingkat, gim, kolam renang, dsb.
  • Bukit Kiara Golf & Equestrian Country Club Resort terlekat dekat sahaja dengan KLGCC, menempatkan sebilangan kegiatan sukanberkuda terunggul di Malaysia. Antara kemudahannya termasuk gelanggang bola keranjang luar dan dalam, gelanggang tenis (7 luar, 1 dalam), 3 gelanggang skuasy dan 5 gelanggang badminton, kolam renang, spa dan kedai tukang urut urut, lapangan sasar, tasik pancing ikan, gelanggang boling, padang polo, kandang kuda lumba dan stadium ekuestrian.
  • Royal Selangor Club Kiara Sport Annexe juga terletak bersebelahan KLGCC, menawarkan sebuah lagi tempat yang menawarkan padang golf, kriket dan hoki.
  • Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) ialah sebuah lagi padang golf 27 lubang yang berdekatan dengan KLGCC.

Ciri-ciri

Sebilangan besar jalan di Taman Tun Dr. Ismail telah dinamakan sempena tokoh kepimpinan tersohor Malaysia:

  1. Aminuddin Baki
  2. Burhanuddin Helmi
  3. Datuk Sulaiman
  4. Athinahapan
  5. Zaaba
  6. Leong Yew Koh
  7. Tun Abang Haji Openg
  8. Tun Fuad Stephens
  9. Wan Kadir
  10. Abdul Rahim Kajai

Pendidikan

Pautan luar