Imbuhan kata nama (bahasa Melayu): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Khairul Khalid (bincang | sumb.)
Khairul Khalid (bincang | sumb.)
Baris 18: Baris 18:


Awalan pe(N) menerbitkan kata nama, dengan pe(N) boleh wujud dalam bentuk bentuk seperti berikut; pe-, pem-, pen- peng-, dan peny-. Bentuk bentuk imbuhan ini bergantung kepada huruf awal kata akar. Kata akar ini selalunya kata kerja.
Awalan pe(N) menerbitkan kata nama, dengan pe(N) boleh wujud dalam bentuk bentuk seperti berikut; pe-, pem-, pen- peng-, dan peny-. Bentuk bentuk imbuhan ini bergantung kepada huruf awal kata akar. Kata akar ini selalunya kata kerja.

Awalan pe(N) memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Contohnya:

::alatan/perkakas: ''pembakar, pengasah, penukul, penapis''
::orang yang membuat: ''penulis, pencipta, pentadbir''
::sesuatu yang menyebabkan jadi...: ''pengasih, pemanis, pendingin''
::orang yang selalu atau suka...: ''penidur, pemalas, perokok''
::orang yang mempunyai sifat...:''pemalu, pemurah, pembengis''
::milik sifat seseorang: ''pemuda, pembesar''
::Ukuran bagi waktu atau tempat: ''pemeluk, penanak, pelaung''
::Hasil atau kesan daripada sesuatu: ''penyakit, pendapat''


==== Varian pe- ====
==== Varian pe- ====

Semakan pada 23:03, 4 Julai 2004

Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan.

Imbuhan Awalan

Awalan ke-

Awalan ke- boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan ke-. Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat.

Kata AkarKata TerbitanKeterangan
kasihkekasihPenanda orang atau benda dengan memberi tumpuan
kepada maksud kata dasar (kata nama)
limakelimaMembentuk kata bilangan tingkat
tigaketigaMembentuk kata bilangan himpunan
tuaketuaMembentuk kata nama

Awalan pe(N)-

Awalan pe(N) menerbitkan kata nama, dengan pe(N) boleh wujud dalam bentuk bentuk seperti berikut; pe-, pem-, pen- peng-, dan peny-. Bentuk bentuk imbuhan ini bergantung kepada huruf awal kata akar. Kata akar ini selalunya kata kerja.

Awalan pe(N) memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Contohnya:

alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis
orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir
sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok
orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis
milik sifat seseorang: pemuda, pembesar
Ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung
Hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat

Varian pe-

Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf l, m, w, n dan r.

Kata AkarKata Terbitan
lawatpelawat
laripelari
makanpemakan
masakpemasak
nafipenafi
rokokperokok
wangipewangi

Varian pen-

Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan c, d, j' atau t.

Kata AkarKata Terbitan
curipencuri
cucipencuci
dengarpendengar
dudukpenduduk
jualpenjual
jemputpenjemput
tipupenipu
taripenari
tukarpenukar
tulispenulis

Bagi perkataan yang bermula dengan c, d dan j, kata akarnya kekal tetapi bagi perkataan yang bermula dengan t, huruf pertamanya akan hilang setelah bergabung dengan imbuhan pen-.

Varian pem-

Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf b', f dan p

Kata AkarKata Terbitan
bacapembaca
beripemberi
buatpembuat
bantupembantu
belipembeli
pakaipemakai
pukulpemukul
pasangpemasang
punggahpemungah
pungutpemungut
fitnahpemfitnah

Perkataan yang bermula dengan huruf b dan f akan menggunakan huruf akar, tetapi bagi perkataan bermula dengan huruf p, huruf pertama kata akar tersebut akan digugurkan.

Varian peny-

Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf s, dengan huruf pertama perkataan tersebut digugurkan.

Kata AkarKata Terbitan
sokongpenyokong
sembahpenyembah
sapupenyapu
saringpenyaring

Varian peng-

Imbuhan ini digunakan untuk huruf a, g, h, i, dan u. Bagi perkataan yang bermula dengan huruf k, huruf pertama kata akar tersebut akan digugurkan.

Kata AkarKata Terbitan
ambilpengambil
ajarpengajar
gosokpenggosok
gorengpenggoreng
hantarpenghantar
hisappenghisap
ikutpengikut
isipengisi
ulangpengulang
ujipenguji

Varian penge-

Imbuhan ini digunakan untuk perkataan yang terdiri daripada satu suku kata. Kata dasar dikekalkan tanpa mengira huruf pertama.

Kata AkarKata Terbitan
catpengecat
bompengebom
tinpengetin
sahpengesah


Kesamaran: Imbuhan untuk k

Imbuhan untuk huruf k berubah mengikut perkataan tersebut. Perkataan yang bermula dengan k boleh diimbuhkan untuk pe-, peng- atau penge. Berikut merupakan contoh contoh kata terbitan:

Kata AkarJenis ImbuhanKata Terbitan
kerjape-pekerja
kenalpeng-pengenal
karangpeng-pengarang
khayalpeng-pengkhayal
kritikpeng-pengkritik
keluarpenge-pengeluar
kesanpenge-pengesan

Jika diperhatikan, perkataan yang mempunyai dua huruf konsonan di awal perkataan seperti kritik dan khayal akan mengekalkan kata dasarnya dan menggunakan imbuhan peng-.

Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut peng-go-sok.