Perbincangan:Pengakuan Iman Rasuli: Perbezaan antara semakan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Bobk (bincang | sumb.)
Baris 19: Baris 19:


Pada pandangan saya, terjemahan perkataan Inggeris ''God'' dalam konteks ''Tuhan'' atau ''Allah'' tidaklah penting. Daripada membuang masa melakukan undian pertikaian ini, lebih baik kita mengembangkan rencana lain. Rencana [[Tuhan]] dan [[Allah]] dalam WP MS dan EN merupakan dua rencana yang berbeza. Perkataan Tuhan merujuk kepada konteks yang lebih meluas dan tidak spesifik manakala perkataan Allah hanya merupakan terjemahan dalam bahasa Arab. Oleh itu, penggunaan perkataan ''Allah'' atau ''Tuhan'' tiaklah penting kerana kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama dalam konteks rencana [[Pengakuan Iman Rasuli]]. [[Pengguna:Diagramma Della Verita|Diagramma Della Verita]] ([[Perbincangan Pengguna:Diagramma Della Verita|bincang]]) 03:31, 1 Mac 2010 (UTC)
Pada pandangan saya, terjemahan perkataan Inggeris ''God'' dalam konteks ''Tuhan'' atau ''Allah'' tidaklah penting. Daripada membuang masa melakukan undian pertikaian ini, lebih baik kita mengembangkan rencana lain. Rencana [[Tuhan]] dan [[Allah]] dalam WP MS dan EN merupakan dua rencana yang berbeza. Perkataan Tuhan merujuk kepada konteks yang lebih meluas dan tidak spesifik manakala perkataan Allah hanya merupakan terjemahan dalam bahasa Arab. Oleh itu, penggunaan perkataan ''Allah'' atau ''Tuhan'' tiaklah penting kerana kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama dalam konteks rencana [[Pengakuan Iman Rasuli]]. [[Pengguna:Diagramma Della Verita|Diagramma Della Verita]] ([[Perbincangan Pengguna:Diagramma Della Verita|bincang]]) 03:31, 1 Mac 2010 (UTC)

: Ini bukan isu terjemahan. Teks Bahasa Melayu Pengakuan Iman Rasuli disalin terus daripada sumber asal secara ''ad verbatim''. Bolehkah seseorang editor mengambil tindakan untuk mengubah salinan teks itu secara rambang oleh kerana beliau tidak bersetuju dengan istilah yang dipakai oleh teks itu secara peribadi? Tidakkah ini akan menjejaskan standard dan mutu Wikipedia? Sekurang-kurangnya, ia tidak selari dengan garis panduan induk Wikipedia ([[WP:NPOV]]). [[Pengguna:Bobk|Bob K]] | [[Perbincangan_Pengguna:Bobk|Jom Sembang]] 20:26, 1 Mac 2010 (UTC)

Semakan pada 20:26, 1 Mac 2010

Saya baru perasan bahawa perkataan Allah dalam rencana asal telah digantikan dengan perkataan Yahweh. Saya mengerti bahawa sahabat-sahabat Islam mungkin berasa kurang senang dengan penggunaan ini, tetapi perkataan Allah jugalah yang digunakan dalam Misa Katolik. Oleh itu diharap agar tidak tersinggung sekiranya saya meukarnya kembali kepada versi sebenar. Untuk kefahaman lanjut, boleh lihat rencana Allah wikipedia.

pengguna wikipedia

Penggunaan kalimah Allah

Walaupun saya prihatin tentang kontroversi yang sedang bangkit di Malaysia tentang penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam, namun Wikipedia sebagai ensiklopedia harus menggambarkan keadaan sebenar sambil mengambil pandang berkecuali dan tidak bergantung kepada sikap berat sebelah ataupun pegangan peribadi seseorang editor (rujuk WP:NPOV). Bob K | Jom Sembang 11:42, 28 Februari 2010 (UTC)[balas]

Terima kasih di atas keperihatinan anda, oleh itu jangan guna terjemahan bahasa lain dalam di Wiki ini. Terjemahan rasmi God adalah Tuhan, walaupun ada pihak yang mencabarnya. Sila guna terjemahan rasmi dan bukan pandangan peribadi. Yosri (bincang) 11:49, 28 Februari 2010 (UTC)[balas]
Rasmi dari pandangan siapa? Hakikatnya kalimah Allah telah digunakan oleh masyarakat Kristian di Malaysia dan Tanah Melayu sebelum ini sejak berkurun lamanya. Teks yang digunakan bukan berdasarkan pendapat peribadi tetapi dipetik terus daripada sumber-sumber asal daripada bahan bacaan ibadat yang digunakan oleh gereja-gereja di Malaysia. Jikalau hendak dirujuk kepada Kamus Dewan untuk tafsiran rasmi kalimah Allah, ia cuma berbunyi begini:

Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dgn sifat-sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini.

Tanpa mengambil kira kes tentang penggunaan kalimah Allah yang masih tertangguh sementara menunggu Mahkamah Rayuan untuk mengadilinya, saya rasa kita perlu jujur dan ikhlas dalam perihal memetik sumber serta memasuki sedutan petikan tersebut ke dalam Wikipedia. Bob K | Jom Sembang 11:55, 28 Februari 2010 (UTC)[balas]
Saya sedia untuk membawa pertikaian ini kepada penyelia Wikipedia untuk penimbangtaraan. Memandangkan Pengguna:Yosri adalah seorang daripada penyelia Wikipedia, mungkin beliau boleh memulakan proses ini. Bob K | Jom Sembang 12:21, 28 Februari 2010 (UTC)[balas]

Pada pandangan saya, terjemahan perkataan Inggeris God dalam konteks Tuhan atau Allah tidaklah penting. Daripada membuang masa melakukan undian pertikaian ini, lebih baik kita mengembangkan rencana lain. Rencana Tuhan dan Allah dalam WP MS dan EN merupakan dua rencana yang berbeza. Perkataan Tuhan merujuk kepada konteks yang lebih meluas dan tidak spesifik manakala perkataan Allah hanya merupakan terjemahan dalam bahasa Arab. Oleh itu, penggunaan perkataan Allah atau Tuhan tiaklah penting kerana kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama dalam konteks rencana Pengakuan Iman Rasuli. Diagramma Della Verita (bincang) 03:31, 1 Mac 2010 (UTC)[balas]

Ini bukan isu terjemahan. Teks Bahasa Melayu Pengakuan Iman Rasuli disalin terus daripada sumber asal secara ad verbatim. Bolehkah seseorang editor mengambil tindakan untuk mengubah salinan teks itu secara rambang oleh kerana beliau tidak bersetuju dengan istilah yang dipakai oleh teks itu secara peribadi? Tidakkah ini akan menjejaskan standard dan mutu Wikipedia? Sekurang-kurangnya, ia tidak selari dengan garis panduan induk Wikipedia (WP:NPOV). Bob K | Jom Sembang 20:26, 1 Mac 2010 (UTC)[balas]