Kitab Keluaran: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
VolkovBot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: an:Exodo
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: lv:Otrā Mozus grāmata
Baris 68: Baris 68:
[[sw:Kutoka (Biblia)]]
[[sw:Kutoka (Biblia)]]
[[la:Liber Exodus]]
[[la:Liber Exodus]]
[[lv:Otrā Mozus grāmata]]
[[lt:Išėjimo knyga]]
[[lt:Išėjimo knyga]]
[[li:Exodus]]
[[li:Exodus]]

Semakan pada 14:32, 21 Mac 2010

Kitab Keluaran adalah buku kedua di dalam Alkitab agama Yahudi dan Kristian. Ia juga adalah buku kedua di dalam Taurat Musa. Ia dikenali di dalam bahasa Ibrani sebagai Shemot (שְׁמוֹת) manakala di dalam bahasa-bahasa Eropah, ia lazimnya dikenali dengan nama yang diperolehi daripada nama bahasa Yunani, Exodus (Γένεσις) [1] yang membawa maksud "keluaran" ataupun "berlepas".

Nama Keluaran diambil daripada peristiwa utama yang diceritakan di dalam kitab ini, iaitu keluarnya orang Israel dari Mesir, tempat mereka dijadikan hamba. Watak utama di dalam kitab ini ialah Musa, orang yang dipilih oleh Allah [2] untuk memimpin umat-Nya keluar dari Mesir. Bahagian yang paling terkenal di dalam kitab ini ialah Fasal 20, yang mengandungi Sepuluh Hukum Allah.

Menurut tradisi, Kitab Keluaran bersama dengan 4 kitab lain yang terkandung di dalam Taurat Musa ditulis oleh Musa pada perhujungan milenium kedua sebelum Masehi. Ilmiah Alkitabiah moden berpendapat bahawa kitab ini telah ditetapkan susunannya pada lebih kurang tahun 450 sebelum Masehi.

Walaupun para sejarahwan dan ahli arkeologi masih tidak terjumpa apa-apa bukti bagi mengesahkan naratif yang terkandung di dalam kitab Keluaran [3], namun hasil galian kaji purba di Avaris, Mesir oleh Manfred Bietak telah menunjukkan petanda bahawa rangkaian peristiwa yang mirip kepada naratif kitab Kejadian mungkin telah berlaku pada penhujung Dinasti yang ke-13 Mesir [4].

Struktur and isi

Penghambaan dan pembebasan

Keluaran 1-18 mengisahkan tentang penghambaan orang Israel di Mesir dan pembebasan mereka daripada perhambaan, serta perjalanan mereka dari Mesir hingga ke Gunung Sinai.

Hukum Allah dan perjanjian

Keluaran 19-24 mengisahkan perjanjian Allah dengan umat-Nya di Gunung Sinai dimana perjanjian itu memberikan orang Israel dasar hukum agama, sivil, dan moral mereka.

Tempat ibadat dan peraturan ibadat

Keluaran 25-40 mengisahkan pembinaan tempat ibadat bagi orang Israel, peraturan untuk para imam, dan cara beribadat kepada Allah.

Rujukan

  1. ^ Istilah Yunani #1841: Leksikon Yunani Strongs
  2. ^ Istilah "Allah" yang digunakan oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia menjadi perkara kontroversi pada masa kini. Penggunaan istilah "Allah" di artikel ini cuma mencerminkan penggunaan masyarakat Kristian Malaysia sendiri dan tidak bertujuan untuk membuat apa jua pendirian di dalam kontroversi tersebut
  3. ^ Harris, Stephen L. (2007), Understanding the Bible, Boston, Mass.: McGraw-Hill, ISBN 0072965487
  4. ^ Bietak, M. (1991), "Egypt and Canaan during the Middle Bronze Age", Bulletin of the American Schools of Oriental Research, 281: 27–72, doi:10.2307/1357163



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.