Frank Swettenham: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
[[Imej:YosriFrankAthelstaneSwettenham.jpg|200px|right|Patung Frank Athelstane Swettenham di Muzium Negara Malaysia.]]
Sir '''Frank Athelstane Swettenham''', C.M.G., K.C.M.G., G.C.M.G., lahir di Belper, Derbyshire, England pada tahun 1850, anak ke empat kepada James Oldham Swettenham.
Sir '''Frank Athelstane Swettenham''', C.M.G., K.C.M.G., G.C.M.G., lahir di Belper, Derbyshire, England pada tahun 1850, anak ke empat kepada James Oldham Swettenham.



Semakan pada 12:16, 21 Jun 2006

Patung Frank Athelstane Swettenham di Muzium Negara Malaysia.
Patung Frank Athelstane Swettenham di Muzium Negara Malaysia.

Sir Frank Athelstane Swettenham, C.M.G., K.C.M.G., G.C.M.G., lahir di Belper, Derbyshire, England pada tahun 1850, anak ke empat kepada James Oldham Swettenham.

Menjadi kadet Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Selat pada tahun 1870. Tiba di Singapura pada Januari 1871, dan lulus peperiksaan akhir pengajian Melayu pada Julai 1872. Menjadi Penolong Pemungut Hasil Tanah dan dilantik sebagai Pemungut Hasil Tanah bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai 1872 - 1873.

Dilantik sebagai duta khas ke Negeri Perak dalam bulan Januari, Jun dan Julai 1874. Pada bulan Disember, 1874 dilantik sebagai Penolong Residen Negeri Perak.

Dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kolonial bagi Negeri-Negeri Melayu pada tahun 1876 dan Penolong Setiausaha Kolonial pada tahun 1881. Menjadi Residen Inggeris di Selangor pada tahun 1882. Menjadi Pesuruhjaya bagi Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu di Pameran Kolonial dan India pada tahun 1886. Menjadi Residen Perak pada tahun 1889 dan Ketua Residen bagi Tanah-Tanah Melayu Bersekutu pada tahun 1901.

Telah bersara pada tahun 1904, dan dilantik menjadi pengerusi Suruhanjaya Diraja mengenai Mauritius. Meninggal dunia pada 11 jun 1946.