Stjepan Mesić: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:57, 26 Jun 2006

Stjepan Mesic merupakan Presiden Republik Croatia pada tahun 2002 . Beliau pernah datang ke Malaysia selaku ketua negara Croatia pada 18 Februari 2002.

Stjepan Mesic memeriksa perbarisan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai oleh Mejar Hamdan Musa di Medan Parlimen, Kuala Lumpur.

Kedatangan beliau diiringi isterinya Milka Mesic.Ketibaan mereka disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Raja Permaisuri Agong Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.Selepas majlis itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan perbincangan di hotel penginapannya selama 30 minit.

Stjepan Mesic berusia 68 tahun, merupakan ketua negara Croatia yang pertama melawat Malaysia. Beliau diiringi delegasi 20 anggota.

Kemudian beliau dan rombongan terbang ke Sandakan , Sabah untuk meninjau pusat perlindungan terbesar Orang Utan di dunia di Sepilok.Kemudian pada sebelah petangnya, Presiden Mesic akan meninjau lima pulau Taman Marin Tunku Abdul Rahman.