Paus Benedictus XVI: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Thijs!bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: vls:Paus Benedictus XVI
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: br:Benead XVI
Baris 110: Baris 110:
[[bar:Benedikt XVI.]]
[[bar:Benedikt XVI.]]
[[bs:Papa Benedikt XVI]]
[[bs:Papa Benedikt XVI]]
[[br:Benead XVI]]
[[bg:Бенедикт XVI]]
[[bg:Бенедикт XVI]]
[[ca:Benet XVI]]
[[ca:Benet XVI]]

Semakan pada 13:16, 1 Mei 2010

Benedict XVI
Joseph Alois Ratzinger
Paus
Dalam jawatan
19 April 2005 – kini
Didahului olehJohn Paul II
Digantikan olehkini
Butiran peribadi
LahirJoseph Alois Ratzinger
(1927-04-16) 16 April 1927 (umur 97)

Paus Benedict XVI, secara rasmi bernama Benedictus PP. XVI dalam bahasa Latin, dilahirkan sebagai Joseph Alois Ratzinger (16 April 1927), dan dipilih sebagai Paus Gereja Katolik Rom pada 19 April 2005. Dia adalah Uskup Roma, pemimpin Kota Vatican dan Gereja Katolik Rom termasuk Gereja Katolik Timur dalam komuni dengan Takhta Suci. Dia dilantik sebagai Paus secara rasmi ketika Misa Pelantikan Paus pada 24 April 2005.

Pada usia 78 tahun, dia merupakan Paus tertua yang dilantik dalam 275 tahun terakhir sejak Paus Clement XII (yang terpilih pada tahun 1730 pada umur 3 bulan lebih tua dari Ratzinger). Benedict XVI merupakan Paus keturunan Jerman pertama sejak Paus Adrian VI (1522-1523) yang dilahirkan di wilayah bahagian Jerman Kuno yang sekarang menjadi sebahagian dari negara Belanda. Paus terakhir yang berasal dari Jerman Moden adalah Paus Viktor II yang meninggal pada tahun 1057. Benediktus XVI merupakan Paus Jerman kelapan dalam sejarah sejak Paus keturunan Jerman pertama Paus Gregorius V. Benediktus terakhir, Paus Benediktus XV, bertugas sebagai Paus dari 1914 hingga 1922 dan merupakan Paus semasa Perang Dunia I.

Kardinal Ratzinger dilantik sebagai Ketua Dewan Kepausan untuk Doktrin Iman oleh Paus John Paul II pada November 1981, dijadikan Uskup Kardinal Katedral Velletri-Segni pada 1993, dan dilantik sebagai Dekan (Ketua) Kolegium Dewan Kardinal pada 2002, menjadi uskup Ostia. Dia telah merupakan salah satu tokoh terpenting di Vatikan dan rekan dekat John Paul II sebelum menjadi Paus. Dia juga memimpin pemakaman John Paul II dan konklaf tahun 2005 yang memilihnya. Pada sede vacante terakhir, dia adalah pejabat dengan posisi tertinggi dalam Gereja Katholik Roma.

Benediktus dianggap sebagai seorang tradisionalis — dia akrab dipanggil "Rottweiler Tuhan" karena perlindungannya yang ketat terhadap prinsip-prinsip Kepausan. Dia adalah seorang pengkritik homoseks, pernikahan sejenis, euthanasia, dan pengguguran.

Sebagai Kardinal, ia menulis buku Truth and Tolerance yang mencela penggunaan toleransi sebagai alasan untuk menyimpangkan kebenaran. Benediktus XVI juga mengikuti Majlis Vatikan II dan secara konsisten terus menerus mempertahankan hasil Majlis tersebut termasuk Nostra Aetate, dokumen yang menekankan pada rasa saling menghormati dengan agama lain dan pernyataan hak kebebasan beragama. Selama Konsili ia dianggap berpandangan liberal. Sebagai Ketua Dewan Kepausan untuk Doktrin Iman, Benediktus XVI menjelaskan posisi Gereja Katolik dengan agama lain dalam dokumen Dominus Iesus yang juga berbicara tentang dialog antar gereja.

Kontroversi

Paus Benedict XVI mencetuskan kontroversi dalam sebuah syarahan bertajuk "Kepercayaan, Akal dan Universiti - Kenangan dan Renungan" di Universiti Regensburg, Jerman pada 12 September 2006. Paus Benedict XVI pernah berkhidmat di situ sebagai profesor teologi.

Syarahan itu menerima kecaman hebat dan juga pujian dari kuasa-kuasa politik dan keugamaan. Ramai ahli politik dan pemimpin Islam membuat protes secara formal tentang apa yang mereka anggap penakrifan menghina dan salah tentang Islam yang terkandung dalam petikan dari syarahan paus itu yang mengandungi perenggan: " Tunjuklah kepada saya apa yang Muhammad bawa yang baru dan disitu anda akan temui hanya perkara-perkara yang durjana dan tak berperikemanusiaan, seperti perintahnya supaya disebarkan dengan pedang ugama yang diajarnya".

Petikan itu asalnya dari "Dialog dengan seorang Farsi, Worthy Mouterizes, di Anakara Galatia" (Dialogue Held With A Certain Persian, the Worthy Mouterizes, in Anakara of Galatia), yang ditulis pada 1391 sebagai pandangan Manuel II Paleologus, seorang emperor Bizantin berhubung pemaksaan menukar agama, perang jihad dan kaitan antara kepercayaan dan akal.

Sastera

  • Allen, John L.: Cardinal Ratzinger: the Vatican's enforcer of the faith. – New York: Continuum, 2000
  • Wagner, Karl: Kardinal Ratzinger: der Erzbischof in München und Freising in Wort und Bild. – München : Pfeiffer, 1977
  • Janish, Justin: Pope Culture. – Boston : Harvard Press, 2002

Tulisan

  • Unterwegs zu Jesus Christus, Augsburg 2003.
  • Glaube - Wahrheit - Toleranz. Das Christentum und die Weltreligionen, 2. Aufl., Freiburg i. Brsg. 2003.
  • Gott ist uns nah. Eucharistie: Mitte des Lebens. Hrsg. von Horn, Stephan Otto/ Pfnür, Vinzenz, Augsburg 2001.
  • Gott und die Welt. Glauben und Leben in unserer Welt. Ein Gespräch mit Peter Seewald, Köln 2000.
  • Der Geist der Liturgie. Eine Einführung, 4. Aufl., Freiburg i. Brsg. 2000.
  • Vom Wiederauffinden der Mitte. Texte aus vier Jahrzehnten, Freiburg i. Brsg. 1997.
  • Salz der Erde. Christentum und katholische Kirche an der Jahrtausendwende. Ein Gespräch mit Peter Seewald, Wilhelm Heyne Verlag, München, 1996, ISBN 3-453-14845-2
  • Wahrheit, Werte, Macht. Prüfsteine der pluralistischen Gesellschaft, Freiburg/ Basel/ Wien 1993.
  • Zur Gemeinschaft gerufen. Kirche heute verstehen, Freiburg/ Basel/ Wien 1991.
  • Auf Christus schauen. Einübung in Glaube, Hoffnung, Liebe, Freiburg/ Basel/ Wien 1989.
  • Abbruch und Aufbruch. Die Antwort des Glaubens auf die Krise der Werte, München 1988.
  • Kirche, Ökumene und Politik. Neue Versuche zur Ekklesiologie [Robert Spaemann zum 60. Geburtstag zugeeignet], Einsiedeln 1987.
  • Politik und Erlösung. Zum Verhältnis von Glaube, Rationalität und Irrationalem in der sogenannten Theologie der Befreiung (= Rheinisch-Westfälische Akademie der Wissenschaften: G (Geisteswissenschaften), Bd. 279), Opladen 1986.
  • Theologische Prinzipienlehre. Bausteine zur Fundamentaltheologie (= Wewelbuch, Bd. 80), München 1982.
  • Das Fest des Glaubens. Versuche zur Theologie des Gottesdienstes, 2. Aufl., Einsiedeln 1981.
  • Eschatologie, Tod und ewiges Leben, Leipzig 1981.
  • Glaube, Erneuerung, Hoffnung. Theologisches Nachdenken über die heutige Situation der Kirche. Hrsg. von Kraning, Willi, Leipzig 1981.
  • Umkehr zur Mitte. Meditationen eines Theologen, Leipzig 1981.
  • Zum Begriff des Sakramentes (= Eichstätter Hochschulreden, Bd. 79), München 1979.
  • Die Tochter Zion. Betrachtungen über den Marienglaube der Kirche, Einsiedeln 1977.
  • Der Gott Jesu Christi. Betrachtungen über den Dreieinigen Gott, München 1976.
  • Das neue Volk Gottes. Entwürfe zur Ekklesiologie (Topos-Taschenbücher, Bd. 1) Düsseldorf 1972.
  • Die Einheit der Nationen. Eine Vision der Kirchenväter, Salzburg u.a. 1971.
  • Das Problem der Dogmengeschichte in der Sicht der katholischen Theologie (= Arbeitsgemeinschaft für Forschungen des Landes Nordrhein-Westfalen: Geisteswissenschaften, Bd. 139), Köln u.a. 1966.
  • Die letzte Sitzungsperiode des Konzils (= Konzil, Bd. 4), Köln 1966.
  • Ereignisse und Probleme der dritten Konzilsperiode (= Konzil, Bd. 3), Köln 1965.
  • Die erste Sitzungsperiode des Zweiten Vatikanischen Konzils. Ein Rückblick (= Konzil, Bd. 1), Köln 1963.
  • Das Konzil auf dem Weg. Rückblick auf die 2. Sitzungsperiode des 2. Vatikanischen Konzils (= Konzil, Bd. 2), Köln 1963.
  • Die christliche Brüderlichkeit, München 1960.
  • Die Geschichtstheologie des heiligen Bonaventura (habilisasjonsavhandling), München u.a. 1959.
  • Volk und Haus und Gottes in Augustins Lehre von der Kirche (diss. 1951), München 1954.
  • Dogma und Verkündigung
  • Einführung in das Christentum (2000)

Pautan luar

Templat:Link FA