Parti Bansa Dayak Sarawak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
Baris 38: Baris 38:
[[Kategori:Parti politik Malaysia]]
[[Kategori:Parti politik Malaysia]]


[[en:Parti Bangsa Dayak Sarawak]]
[[en:Parti Bansa Dayak Sarawak]]
[[fa:حزب بومیان سارواک]]
[[fa:حزب بومیان سارواک]]

Semakan pada 19:06, 5 Mei 2010

Parti Bansa Dayak Sarawak
Sarawak Dayak People's Party
PBDS
PemimpinDatuk Amar Dr. Leo Moggie
DitubuhkanJuly 17, 1983
DibubarkanDec 5, 2003 (1st)
Oct 21, 2004(2nd)
Ibu pejabatKuching

Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) atau juga dikenali sebagai Sarawak Dayak People's Party merupakan salah satu parti politik Malaysia. Parti Bansa Dayak Sarawak merupakan sebuah parti politik bangsa Dayak Sarawak yang ditubuhkan pada 1983 di Sarawak, Malaysia oleh Datuk Amar Dr. Leo Moggie Anak Irok setelah berpecah dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).[1] Selepas Datuk Amar Dr. Leo Moggie meletak jawatan mengejut sebagai presiden parti setelah memegang jawatan tersebut sejak ditubuhkan selama 20 tahun pada June 24, 2003, PBDS mengalami krisis dalaman hasil daripada perebutan jawatan antara Timbalan Presiden, Datuk Seri Daniel Tajem yang mengambil alih kepimpinan parti dibantahi dan dipertikaikan oleh Ketua Penerangan PBDS, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing sehingga pembatalan pendaftaran PBDS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dibubarkan pada Dec 5, 2003. [2] Tetapi dalam beberapa hari sebelum pilihan raya pada 21 Mac 2004, pembatalan pendaftaran PBDS telah ditarik balik dengan syarat kedua-dua pihak yang bertelagah mesti mengadakan persidangan perwakilan seperti yang telah dijadualkan pada 9 dan 10 Oktober 2004. Namun, pilihan raya umum dan peluang kali kedua ini tidak dapat membantu menyelesaikan pertelagahan parti malahan telah lebih memburukkan keadaan apabila kedua-dua pihak masing-masing dituduh telah secara rahsia menamakan calon untuk menghapuskan calon lawan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah membatalkan pendaftaran PBDS buat kali yang kedua dan muktamad pada 21 Okt 2004.[3] Pembubaran PBDS ini seterusnya telah melahirkan 2 parti serpihan kaum Dayak yang baru, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang telah ditubuhkan dan didaftarkan oleh kumpulan Datuk Seri Dr. James Jemut Masing serta menyertai Barisan Nasional dan Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang belum diluluskan pendaftarannya yang telah dikemukakan pada 6 Mei 2005.[4]

Lihat juga

Pautan Luar

Rujukan