Hotel Mania: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 169: Baris 169:


Lagu-lagu yang dinyanyikan: "[[Catwalk (lagu)|Catwalk]]", "[[Bila (lagu Elite)|Bila]]", "[[Seksis (lagu)|Seksis]]"
Lagu-lagu yang dinyanyikan: "[[Catwalk (lagu)|Catwalk]]", "[[Bila (lagu Elite)|Bila]]", "[[Seksis (lagu)|Seksis]]"
}}
{{Episode list
|EpisodeNumber=13
|Title=Episod 13
|RTitle=<ref>[http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight/Hotel-Mania-Catchup.aspx?MasterID=788&ShowID=834&MenuID=2&SubMenuID=&TemplateID=1&EpID=33524&VideoID=51407#ancPlayer Hotel Mania: Epsiod 13], www.tv3.com.my. Dicapai pada 26 Mei 2010.</ref>
|OriginalAirDate={{start date|2010|05|25|df=yes}}
|ShortSummary=Di samping mengumumkan program pencarian pekerja cemerlang yang menjanjikan kenaikan gaji dan pangkat, Pn Ainon memilih Girang untuk ke bahagian meja depan di bawah Mira, dan Adiwira pula ke bahagian keselamatan. Sementara itu, Ryz dibelenggui gosip mengenai hubungan dengan Pn Ainon, bapa Mar datang untuk meminta duit dari anaknya walaupun ini boleh menjejaskan reputasi Mar.

Ryz meleraikan gosip dengan mengumumkan bahawa Pn Ainon adalah ibunya, manakala Mar terpaksa menipu Shah (iaitu meminta wang untuk membeli beg tangan) demi memenuhi kehendak bapanya.

Lagu-lagu yang dinyanyikan: "[[Menggegar Dunia]]", "[[Yang Terbaik]]", "[[]]"
}}
}}
|}
|}

Semakan pada 02:31, 26 Mei 2010

Hotel Mania
GenreMuzikal, Komedi, Drama
Ditulis olehNizam Zakaria
Hazaril Firdaus
Zamnorashikin
PengarahNizam Zakaria
Dibintangi oleh
Anding Indrawani Zaini
Dafi
Marsha Londoh
Adam
Bob
Adeline Anthony
Penggubah lagu tema
Edry Abdul Halim
Lagu pembukaanHarmoni
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Penerbitan
PenerbitNorman Abdul Halim
Yusry Abdul Halim
Edry Abdul Halim
Syarikat penerbitan
KRU Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal2 Mac 2010
Pautan luar
Laman sesawang

Hotel Mania ialah sebuah siri televisyen buatan Malaysia yang bergenre muzikal terbitan KRU Studios. Drama ini disiarkan di slot Lestary (Selasa, 9 malam) di TV3, dan dibintangi oleh Anding Indrawani Zaini, Dafi, Marsha Londoh, Adam, Bob, dan Adeline Anthony. Ini merupakan siri drama terbitan KRU yang kedua untuk TV3 selepas Bio-Nik.

Siri ini berlatarkan sebuah hotel bertaraf lima bintang, iaitu Marriott Putrajaya, di mana protagonisnya, Adiwira bin Abdullah, bertugas sebagai pekerja di situ sambil menjalankan misi peribadi untuk mencari bapanya yang tidak pernah dikenalinya, dengan bantuan sahabat karibnya Girang dan kakitangan hotel lain yang akrab dengan mereka. Sebagai drama muzikal terbitan KRU, Hotel Mania diserikan oleh para barisan pelakon berlakon sambil menyanyi lagu-lagu yang berada dalam simpanan KRU Publishing Sdn Bhd (terutamanya lagu gubahan ahli-ahli KRU sendiri).

Sinopsis

Adiwira, seorang graduan yang sebelum ini pernah bekerja di sebuah hotel dua bintang di Sarawak, membawa diri dari untuk mencari bapa kandungnya yang tiba-tiba menghilang diri ketika dia masih kecil. Pemergian Anding ke semenanjung bagaimanapun tidak direstui oleh ibu dan kekasihnnya.

Setibanya di Kuala Lumpur, Adi tiada pilihan melainkan pergi ke hotel di mana diketahuinya adalah tempat di mana dia boleh mencari bapanya di sana. Lawatan pertamanya ke hotel itu menemukan Adi dengan Girang, seorang pelajar universiti yang melakukan praltikal di hotel. Kebetulan Girang sedang mencari rakan serumah, maka Adi terus menyewa bilik dengan Adi. Adi juga menjadi rakan serumah dengan Ryz, seorang pekerja di salah sebuah restoran di hotel.

Adi kemudian mendapat peluang pekerjaan dari Puan Ainon, pengurus hotel, lalu bermulakan kareer Adi sebagai seorang pekerja di sebuah hotel lima bintang. Sebagai pelatih, Adi diwajibkan menjalani latihan di setiap bahagian atau unit di hotel itu, dan hanya akan diserap selepas satu tempoh tertentu ke dalam unit yang paling sesuai dengan kemahirannya. Sepanjang latihan itu juga, Adi diajar tentang erti kehidupan yang sebenar – tentang persahabatan, sisi-sisi lain kehidupan manusia, percintaan serta pengorbanan.

Adi akan memahami erti persahabatan yang sebenar melalui Dafi dan Ryzal, serta ‘keluarga baru’nya di hotel tersebut yang sentiasa sedia membantu. Pelbagai peristiwa yang tidak pernah terbayang olehnya juga sedang menanti, sepanjang menjalani kehidupan di dunia barunya itu.

Di samping sibuk dengan kerjaya, Adi tetap tidak lupa akan misinya yang sebenar, iaitu mencari asal usul dirinya melalui bapa kandung yang tak pernah ditemui. Dengan bantuan orang-orang di sekelilingnya, Adi bakal menemui beberapa siri kegagalan, sebelum berjaya membongkar rahsia sebenar, yang ternyata amat mencabar ketabahan dan kekuatan dirinya.

Kehadiran Emilia di dalam hidup Adi dan keputusan yang diambil Cherrina untuk berpisah dengan Adi akan membuat hati dan jiwa Adi berbelah bagi – antara cinta baru yang sentiasa di sisi dan cinta lama yang gagal memahami. Tujuan Adiwira ke hotel tersebut untuk mencari ayah kandungnya yang diketahuinya adalah di antara orang penting di hotel tersebut.

Pelakon

  • Anding Indrawani Zaini sebagai Adiwira, watak utama Hotel Mania. Menyertai Hotel Marriott dengan tujuan mencari nafkah sambil mencari bapanya.
  • Dafi sebagai Girang, rakan pertama Adiwira sebaik sahaja tiba di ibu kota.
  • Marsha sebagai Marina (Mar), ketua penyambut tetamu.
  • Adam sebagai Shah, "pengunjung setia" Marriott yang kerap mengunjung untuk tujuan memikat Mar.
  • Zain sebagai Amar, penyelia rekreasi dalam hotel, dan kawan karib dan konco Shah.
  • Adeline Anthony sebagai Emilia, pengurus spa hotel.
  • Comel sebagai Nini, pembantu dan rakan karib Emilia.
  • Bob sebagai Chef Rozerry Md Noor (Roze), ketua tukang masak.
  • Ryzal sebagai Ryz, pekerja dapur.
  • Mira Liana sebagai Hani
  • Nurul sebagai Shasha
  • Keena sebagai Miera
  • Mimi sebagai Cherrina
  • Sheila Mambo sebagai Puan Ainon, pengurus besar hotel.

Episod

# Episod Siaran pertama
1"Episod 1" [1]2 Mac 2010 (2010-03-02)

Adiwira tiba di Hotel, menemukan dia dengan Girang di hotel. Secara kebetulan, hotel itu sedang mencari pelatih baru; lalu Adiwira mencuba nasib dan diterima. Persahabatan Adiwira dengan Girang pun bermula, sebagai rakan sekerja merangkap rakan serumah memandangkan Girang juga mempunyai masalah membayar sewa rumah akibat membayar yuran semester kolejnya bulan lepas. Tujuan Adiwira ke hotel tersebut untuk mencari ayah kandungnya yang diketahuinya adalah di antara orang penting di hotel tersebut. Pelbagai peristiwa menimpa seawal hari pertama Adiwira di hotel, antaranya temuduga yang kecoh, pertemuan pertama dengan Emilia, pengenalan yang tidak semesra mana dengan Mar, serta pertemuan yang menguntungkan dengan Puan Ainon, pengurus besar hotel.

Lagu-lagu yang dinyanyikan: "Tamparan Wanita", "Ikhtiar", "Negatif", "Bila Terasa Rindu"
2"Episod 2" [2]9 Mac 2010 (2010-03-09)

Adiwira memulakan hari pertamanya sebagai staf di hotel, bersama Girang di bahagian bellboy. Tugas di bahagian itu yang membolehkannya memperoleh banyak tips membuatkan Adiwira semakin betah dengan kerjanya. Setelah membuat kacau dalam dapur, Shah cuba mengorat Mar tetapi kecewa kerana Mar seorang yang playgirl dan mata duitan. ’Penemuan’ pintu untuk ke aras bumbung, membuahkan bibit persahabatan antara Adiwira dengan Ryz yang sebelum ini agak dingin. Pada hari itu juga, Adiwira mula berkenalan dengan Nini dan Emilia. Ryz yang baru mengalami kecurian menunjukkan kepada Adiwira lokarnya yang bergam sebagai langkah berjaga-jaga.

Lagu-lagu yang dinyanyikan: "Fiesta", "Mana Satu", "Bidadari", "Untukmu"
3"Episod 3" [3]16 Mac 2010 (2010-03-16)

Cabaran sebenar untuk Adiwira bermula setelah masuk minggu kedua dia di hotel itu – tibalah masa untuk dia diletakkan di bawah jagaan Chef Roze. Semua orang seolah-olah memberikan gambaran yang amat buruk tentang Chef Roze, membuatkan dia kecut perut dan tidak berani untuk mendepani tugasan barunya itu. Daya ketahanan Ryz dalam memasak teruji bila Chef Roze terseliuh tangannya akibat kecuaian Adiwira apabila pengunjung tetap restoran tersebut mahu Chef Roze masak masakan kegemarannya sedangkan Chef Roze tidak dapat memasak. Ryz berjaya melembutkan hati Chef Roze serta mengubah persepsi Chef Roze terhadap Adiwira. Chef Roze juga sedar yang dia perlukan kerjasama daripada semua pekerjanya untuk menghadapi kunjungan pengkritik terkenal yang mampu menentukan masa depan hotel itu, serta pertandingan kek dan pastri yang bukan termasuk dalam kepakarannya.

Lagu-lagu yang dinyanyikan: "Aku Siapa Kau Siapa", "Fanatik", "Robot", "7251364"
4"Episod 4" [4]23 Mac 2010 (2010-03-23)

Seorang pengkritik yang akan menilai kualiti layanan dan perkhidmatan di hotel akan membuat kunjungan tergempar, yang belum diketahui tarikh dan hari yang tepat, untuk menguji sejauh mana komitmen sesebuah hotel dalam menyediakan perkhidmatan 5 bintang sepanjang masa untuk para pelanggannya. Tidak lama kemudian, tindakan curi dengar perbualan telefon Puan Ainon mengujakan kakitangan dengan khabar angin bahawa identiti sebenar pengkritik itu ialah Anuar Zain. Chef Roze gusar jika pengkritik yang bakal melawat ini adalah kenalan lamanya, yang mempunyai kenangan pahit sewaktu dia kecil. Memang pun dia datang untuk menginap dan berjumpa dengan Roze, tetapi kali ini mereka berbaik-baik pula. Rupa-rupanya ada seorang 'pengunjung biasa' bernama Anuar Zaini yang menjadi pengkritik senyap-senyap. Kecewa terasa Mar apabila mendengar hakikat ini, tetapi Shah menceriakannya semual dengan tiket konsert Anuar Zain yang sebenar.

Lagu-lagu yang dinyanyikan: "Aku", "(Kena Marah Pun) Tak Kisah", "Hampir ke Situ"
5"Episod 5" [5]30 Mac 2010 (2010-03-30)

Tugasan Adiwira dan rakan-rakan sekerjanya kali ini adalah mewakili hotel dalam sebuah pertandingan kek dan pastri akan datang. Malangnya, setelah dibuli oleh Shah dan Amar di tepi kolam renang, Girang berasa kecil hati lalu hampir enggan datang kerja pada hari keesokannya. Kakitangan dapur Marriott berdepan dengan pasukan pimpinan tukang masak selebriti, Chef Jo , bapa kepada Ryz. Chef Jo mahu Ryz berpindah ke Langkawi untuk bekerja bersamanya seperti dahulu daripada mengejar impian kugiran rocknya, tetapi Riz enggan. Pertemuan bapa dan anak ini merimaskan hati Ryz sehingga persiapan untuk pertandingan turut terjejas. Sementara itu, Emilia merancang untuk mendekati si Adiwira yang diyakininya menaruh cinta kepadanya tetapi malu meluahkan cintanya itu, sehingga Mar menggemparkan Emilia dengan helah 'penemuan' kad cinta yang dibuang oleh Adiwira sendiri. Akhirnya pasukan Chef Roze menjuarai pertandingan, dan Chef Jo gagal menarik Ryz kembali ke pangkuannya.

Lagu-lagu yang dinyanyikan: "Jejaka Pemalu", "Manisnya Senyumanmu", "Mengapa"
6"Episod 6" [6]6 April 2010 (2010-04-06)

Adiwira yang ditukarkan dari dapur ke tugas pengemas hampir putus asa dengan pencarian bapanya, sehingga Girang yang bertugas sebagai kedi golf ketika ini mengejutkannya dengan khabar seorang tetamu bernama Pak Lah yang bercerita isteri dan anaknya lari ke Sarawak, serupa ceritanya dengan bapa Adiwira. Sementara itu, Emilia berlatih lakonannya untuk menguji bakat untuk seorang pengarah bernama En Rahman di ruang hotel. Rupa-rupanya orang yang disangka oleh Girang sebagai bapa Adiwira, dan En Rahman itu sama orangnya – seorang penjenayah yang terlibat dalam pemalsuan kad kredit dan pelacuran.

Lagu-lagu yang dinyanyikan: "Sempurna", "Penjunjung Namaku", "Jangan", "Ooh! La! La!"
7"Episod 7" [7]13 April 2010 (2010-04-13)

Para kakitangan Marriott Putrajaya melayan sepasang hartawan bergelar Datuk dan Datin yang garang. Keadaan menjadi kecoh apabila Datin merungut kecurian kalung rantai emas dari biliknya, kononnya angkara Adiwira dan Girang yang pernah memasuki bilik pasangan itu. Berjam-jam lamanya Adiwira dan rakan-rakan menyelongkar bilik itu, dan mencari mana-mana tempat yang dilalui oleh Datin itu. Amar memang menjumpai seutas rantai emas, tetapi nyaris-nyaris hendak menyimpannya untuk kepentingan diri, akhirnya menyerahkannya kepada Datin di pejabat Pn Ainon, rupa-rupanya rantai yang dijumpa itu tiruan yang entah siapa pemiliknya. Datuk datang ke pejabat untuk menjelaskan bahawa rantai Datin sebenarnya disimpan dalam peti besi oleh Datuk sendiri.

Lagu-lagu yang dinyanyikan: "Jutawan", "Fobia", "Selalu"
8"Episod 8" [8]20 April 2010 (2010-04-20)

Pihak hotel menganjurkan majlis istimewa bertema serba tradisional sempena Hari Keluarga tahunan. Ini membuat Adiwira menjadi terharu kerana merindui ibu dan kakak di Kuching selain bapa yang dicari-cari. Kebanyakan kakitangan mengambil bahagian dalam Hari Keluarga dengan berpakaian serba tradisional, kecuali Adiwira yang kekal bertugas berpakaian kerja. Ryz juga cuba mengelakkan dirinya hari keluarga, tapi tanpa disedarinya, Adiwira telah menjemput Chef Jo ke hari keluarga. Pada hari yang bertuah itu juga hubungan antara Adiwira dan Emilia menjadi semakin intim apabila Adiwira mula mengenali diri Emilia dengan lebih dekat lagi.

Lagu-lagu yang dinyanyikan: "Takkan Melayu Hilang di Dunia", "Lemah", "Apa Saja"
9"Episod 9" [9]27 April 2010 (2010-04-27)

Adiwira dan Shasha ditangkap oleh Fira, si anak emas pemilik hotel, kerana bermain-main dalam biliknya, lalu disyaratkan menemani Fira beriadah agar mereka tidak dihukum, walaupun melanggar etika kerja hotel. Fira juga jatuh hati kepada Amar, tetapi Amar berasa kurang senang dengan kesewelannya. Sementara itu, Ryz mendapati perilaku Chef Roze beransur lembut, gara-gara pesanan Puan Ainon, sehingga sanggup membenarkan cuti kepada para pekerja bawahannya yang memberi alasan lemah pada masa yang tidak mengizinkan.

Adiwira dan Emilia terperangkap dalam lif yang rosak, dan ini membuatkan Emilia panik sampai pengsan. Adiwira mencuba sedaya upaya untuk menenangkan Emilia sehingga lif dapat dibuka. Kejadian Shasha ponteng kerja demi Fira dilaporkan kepada Puan Ainon, mujurlah Shasha tidak dipecat setelah Puan Ainon mendengar penjelasan Fira. Dalam dapur, Chef Roze akhirnya kembali bengis setelah dicampak serbuk putih oleh pekerja dapur yang bermain-main.

Lagu-lagu yang dinyanyikan: "Demam", "Istimewa", "Jangan Menangis"
10"Episod 10" [10]4 Mei 2010 (2010-05-04)

Semua kakitangan hotel berborak mengenai bilik 444 di tingkat empat yang diwar-warkan dihantui pontianak, mengikut pengakuan ramai penginap yang pernah 'mengalaminya' dalam bilik berkenaan, sehingga terdengar cerita seorang bekas pengawal keselamatan yang mati di dalam bilik itu akibat kehantuannya pada tahun 2004. Adiwira, Girang dan Ryz sangsi dengan kisah itu dan bersama-sama mereka menyiasat misteri ini.

Pada masa ini, ada seorang wanita yang menginap di bilik 444, tetapi memohon untuk bertukar ke bilik lain gara-gara cerita hantu itu. Tak lama kemudian, wanita yang sama ini tiba-tiba meracau di tempat kerja Emilia, selepas itu berkelakuan aneh dan meminta untuk dibawa balik ke bilik 444. Hasil siasatan Adiwira dan geng: bilik 444 menjadi sarang pelacuran yang menyamar sebagai pekerja hotel.

Lagu-lagu yang dinyanyikan: "Aneh", "Luar Biasa", "Hilang Kawalan"
11"Episod 11" [11]11 Mei 2010 (2010-05-11)

Adiwira bermesra dengan seorang penyanyi lounge bernama Zul Idrus yang kenal dengan Sherina di Kuching, manakala Girang perlu melayan seorang Datin Linda yang tak main taksub dengannya, gara-gara wajahnya seiras arwah adik Datin itu. Sementara itu, Shah ingin belajar memasak bihun Singapura untuk menawan hati Mar.

Ketika menghubungi Sherina, Adiwira dimarahi pula kerana disangka bercinta dengan Emilia, sehingga keesokan harinya, dia masih hampa dan berberang ke arah Emilia. Dalam makan malam romantis, Shah nyaris berjaya melamar Mar, tetapi Mar menolak dengan alasan masih muda dan belum bersedia.

Lagu-lagu yang dinyanyikan: "Tatasusila Cinta", "Balada Hati", "Sampai", "Tangis dalam Gerimis"
12"Episod 12" [12]18 Mei 2010 (2010-05-18)

Khabar ujibakat lakonan drama di hotel mengujakan ramai kakitangan, terutamanya Emilia dan Mar, begitu juga dengan Shah. Nini sanggup menyediakan hadiah perpisahan bersama Adiwira, Girang dan Ryz khas untuk Emilia seandainya Emilia berjaya dalam ujibakat. Akan tetapi, sesi ujibakat teruk terjejas oleh kedatangan seorang wanita yang mengamuk setelah membaca berita suaminya, pengarah Johari Jalil, berfoya-foya dengan wanita lain tersiar dalam akhbar.

Adiwira yang menjadi tawar hati dengan wanita setelah disakiti oleh hal Sherina dan Emilia, bertemu dengan seorang jelitawan bernama Junaidah M Sahab yang menjadi punca kemarahan isteri Johari. Maka berlakunya pertemuan suami isteri yang hangat dengan pergaduhan dalam perkarangan hotel, tetapi berakhir dengan damai setelah dipujuk oleh Junaidah sendiri. Kesudahan Emilia dalam ujibakat juga cemerlang, namun ini bererti kerjanya dalam hotel bakal menemui penamatnya.

Lagu-lagu yang dinyanyikan: "Catwalk", "Bila", "Seksis"
13"Episod 13" [13]25 Mei 2010 (2010-05-25)

Di samping mengumumkan program pencarian pekerja cemerlang yang menjanjikan kenaikan gaji dan pangkat, Pn Ainon memilih Girang untuk ke bahagian meja depan di bawah Mira, dan Adiwira pula ke bahagian keselamatan. Sementara itu, Ryz dibelenggui gosip mengenai hubungan dengan Pn Ainon, bapa Mar datang untuk meminta duit dari anaknya walaupun ini boleh menjejaskan reputasi Mar.

Ryz meleraikan gosip dengan mengumumkan bahawa Pn Ainon adalah ibunya, manakala Mar terpaksa menipu Shah (iaitu meminta wang untuk membeli beg tangan) demi memenuhi kehendak bapanya.

Lagu-lagu yang dinyanyikan: "Menggegar Dunia", "Yang Terbaik", "[[]]"

Rujukan

  1. ^ Hotel Mania: Episod 1, www.tv3.com.my. Dicapai pada 12 Mac 2010.
  2. ^ Hotel Mania: Epsiod 2, www.tv3.com.my. Dicapai pada 11 Mac 2010.
  3. ^ Hotel Mania: Epsiod 3, www.tv3.com.my. Dicapai pada 19 Mac 2010.
  4. ^ Hotel Mania: Epsiod 4, www.tv3.com.my. Dicapai pada 25 Mac 2010.
  5. ^ Hotel Mania: Epsiod 5, www.tv3.com.my. Dicapai pada 1 Apr 2010.
  6. ^ Hotel Mania: Epsiod 6, www.tv3.com.my. Dicapai pada 8 Apr 2010.
  7. ^ Hotel Mania: Epsiod 7, www.tv3.com.my. Dicapai pada 15 Apr 2010.
  8. ^ Hotel Mania: Epsiod 8, www.tv3.com.my. Dicapai pada 21 Apr 2010.
  9. ^ Hotel Mania: Epsiod 9, www.tv3.com.my. Dicapai pada 29 Apr 2010.
  10. ^ Hotel Mania: Epsiod 10, www.tv3.com.my. Dicapai pada 5 Mei 2010.
  11. ^ Hotel Mania: Epsiod 11, www.tv3.com.my. Dicapai pada 13 Mei 2010.
  12. ^ Hotel Mania: Epsiod 12, www.tv3.com.my. Dicapai pada 19 Mei 2010.
  13. ^ Hotel Mania: Epsiod 13, www.tv3.com.my. Dicapai pada 26 Mei 2010.

Pautan luar

TV3: Lestary, Selasa, 9.00 malam
Sebelumnya Hotel Mania
(2 Mac 2010 – kini)
Berikutnya
Tari Tirana TBA