Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 60.53.59.198 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 60.53.56.127
Khalidrizuan91 (bincang | sumb.)
k kemas kini
Baris 9: Baris 9:
| TarikhRasmi = [[2]] [[Disember]] [[1989]]
| TarikhRasmi = [[2]] [[Disember]] [[1989]]
| Jenis Sekolah = Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
| Jenis Sekolah = Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
| Pengetua = Hajah Che Jamilal Che Abdullah
| Pengetua = Che Jamilal binti Che Abdullah
| GPK 1 = Maznah Ismail
| GPK 1 = Masayu binti Mokhtar
| GPK HEM = Abu Bakar Mohamed Yusof
| GPK HEM = Badaruddin bin Shukor
| GPK KOKO = Fadzilah Mohamed Tahir
| GPK KOKO = Fadzilah bin Mohamad Tahir
| Lokasi = [[Bandar Indera Mahkota]], [[Kuantan]], [[Pahang]],
| Lokasi = [[Bandar Indera Mahkota]], [[Kuantan]], [[Pahang]],
{{flagicon|Malaysia}} [[Malaysia]]
{{flagicon|Malaysia}} [[Malaysia]]
Baris 61: Baris 61:
| 3 [[Februari]] [[2007]] - 15 [[Jun]] [[2007]]
| 3 [[Februari]] [[2007]] - 15 [[Jun]] [[2007]]
|-
|-
| Hajah Che Jamilal binti Che Abdullah
| Che Jamilal binti Che Abdullah
| 18 [[Julai]] [[2007]] - kini
| 18 [[Julai]] [[2007]] - kini
|}
|}

Semakan pada 19:50, 1 Jun 2010

Koordinat: 3.8215° N 103.2937° E

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad
Fail:SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.svg
Lokasi
Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, Malaysia Malaysia
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
MotoBerilmu, Beriman dan Berbakti
PengetuaChe Jamilal binti Che Abdullah
GPK Pentadbiran dan AkademikMasayu binti Mokhtar
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridBadaruddin bin Shukor
Penolong Kanan KokurikulumFadzilah bin Mohamad Tahir
Laman sesawang
Map

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad (SMKTPPTM) merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di pusat Bandar Indera Mahkota. Nama sekolah ini diambil sempena nama ayahanda mentua kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah iaitu Tengku Muhammad Panglima Perang. Sebelum ini, sekolah ini pernah dicadangkan untuk dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Mahkota.

Keluasan tapak sekolah tersebut ialah 1,600 m².[1] Ketika pembukaan, sekolah ini terdiri daripada 4 buah blok 3 tingkat (Blok A, B, C dan D) di mana mempunyai 34 bilik darjah. Bilangan tenaga pengajar ketika itu ialah seramai 20 orang termasuk pengetua serta kakitangan sokongan. Pendaftaran kemasukan sekolah ketika itu iaitu seramai 266 orang pelajar.

Lencana sekolah

Setiap warna dan simbol yang terdapat pada lencana sekolah ini mempunyai makna tersirat yang tersendiri. Warna biru melambangkan suasana harmoni yang terhasil melalui perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Warna ini juga melambangkan persekitaran yang bersih, indah, ceria dan selamat serta kondusif untuk pelbagai aktiviti pendidikan.

Warna kuning pula melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Warna merah bermakna semangat warga sekolah yang sentiasa kental dan cekal dalam menghadapi pelbagai dunia luar yang penuh cabaran. Warna putih melambangkan keunggulan peribadi warga sekolah yang berteraskan kepada nilai-nilai murni, ajaran agama serta nilai budaya warisan.

Bentuk sepasang tangan yang menadah ke langit melambangkan kesediaan setiap warga sekolah untuk mendokong sifat amanah, bekerjasama dan bertanggungjawab. Bentuk segi tiga pula melambangkan pendidikan sebagai teras menuju kecemerlangan dunia dan akhirat. Selain itu, buku melambangkan ilmu pengetahuan manakala jaluran berwarna kuning melambangkan visi dan misi.

Pengetua

Pengetua Tempoh perkhidmatan
Haji Abdul Rashid bin Haji Abdul Samad 1 Disember 1989 - 12 November 1995
Haji Abdul Wahab bin Muhammad 18 November 1995 - 1 Februari 1996
Azizah binti Idris 1 April 1996 - 31 Disember 1997
Hajah Meriam binti Haji Samah 1 April 1998 - 15 Januari 2000
Chow Ah Soon 16 Januari 2000 - 15 Ogos 2001
Haji Mokhtar bin Abdullah 15 Ogos 2001 - 15 Oktober 2005
Abdul Rahim bin Mansor 16 Oktober 2005 - 3 Februari 2007
Rosdi bin Ismail 3 Februari 2007 - 15 Jun 2007
Che Jamilal binti Che Abdullah 18 Julai 2007 - kini

Lagu sekolah

Kami pelajar SMKTPPTM

Berikrar dan berjanji

Belajar berusaha bersama menuju

Cita-cita jaya

Di sini kami bersama berganding bahu

Menuju wawasan

Membina bangsa dan negara

Mengharum namamu setiap masa

Walau di mana kami berada

Namamu tetap dikenang

Bersama jasa bakti guru-guru

SMKTPPTM abadi

Kami pelajar SMKTPPTM

Berikrar dan berjanji

Belajar berusaha bersama menuju

Cita-cita suci

Cita-cita suci

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar