Jenayah komputer: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 07:42, 7 Julai 2004

Jenayah komputer merujuk kepada penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan, mencuri, atau mengubah data dalam komputer bagi tujuan tertentu.

Jenayah komputer sukar dibuktikan atau dikesan disebabkan kehilangan data atau penyalinan data berlaku secara maya dan tidak dapat dibuktikan secara fizikal.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang penceroboh mencuri pengkalan data dari sesebuah organisasi, data asal masih tersimpan di dalam komputer orginasisasi tersebut. Penceroboh tersebut hanya menyalin data tersebut ke dalam cakera kerasnya. Oleh itu adakah penceroboh tersebut dianggap mencuri data dalam undang-undang biasa? Ini disebabkan data asal organisasi tersebut tidak pernah berubah, beralih atau hilang dari komputer kepunyaannya, hanya disalin. Dan bagaimana pula menafsirkan jumlah kerosakan kepada organisasi tersebut dalam nilai wang kerana tiada apa yang hilang kecuali sedikit masa komputer dan eletriknya.

Semua itu menyebabkan pengubalan undang-undang siber di Malaysia. Bagaimanapun, ini hanya menangani sebahagian kecil masalah sahaja disebabkan kebanyakan pencerobohan ini berpengkalan di luar negara, oleh itu tidak tertakluk dengan undang-undang sesebuah negara. Sebagai contoh, seorang penceroboh yang tinggal di Amerika Syarikat yang menceroboh pengkalan data sebuah syarikat [[Malaysia yang tersimpan di Hong Kong. Adakah penceroboh itu akan didakwa di bawah undang-undang Malaysia, Hong Kong atau Amerika Syarikat?


Jenayah komputer.