Raja mutlak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 5: Baris 5:
== Sejarah dan teori yang berkaitan ==
== Sejarah dan teori yang berkaitan ==
=== Hak Ketuhanan Raja ===
=== Hak Ketuhanan Raja ===
Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir Zaman Pertengahan bermula dari feudalisme di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjat ''first among equals'' di kalangan golongan [[bangsawan]]. Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagai ''Absolutists'' menganjurkan teori Hak Ketuhanan Raja atau ''Divine Right of Kings'' untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah Raja [[Henry VIII]] di England. Beliau telah berani menentang Paus [[Katolik]] di [[Rom]] dan mereka agama baru iaitu Protestan. Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanya bertanggungjawab kepada Tuhan. Harta yang melimpah ruah disokong dengan bala tentera yang besar hanya memberi mereka lebih kuasa untuk meneguhkan teori ini. Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnya memerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaik raja yang mendakwa hak ketuhanannya untuk memerintah adalah Raja [[Louis XIV]] di Perancis.
Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir Zaman Pertengahan bermula dari [[feudalisme]] di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjat ''first among equals'' di kalangan golongan [[bangsawan]]. Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagai ''Absolutists'' menganjurkan teori Hak Ketuhanan Raja atau ''Divine Right of Kings'' untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah Raja [[Henry VIII]] di England. Beliau telah berani menentang Paus [[Katolik]] di [[Rom]] dan mereka agama baru iaitu Protestan. Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanya bertanggungjawab kepada Tuhan. Harta yang melimpah ruah disokong dengan bala tentera yang besar hanya memberi mereka lebih kuasa untuk meneguhkan teori ini. Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnya memerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaik raja yang mendakwa hak ketuhanannya untuk memerintah adalah Raja [[Louis XIV]] di Perancis.


=== Teori Hobbes mengenai Kedaulatan Raja ===
=== Teori Hobbes mengenai Kedaulatan Raja ===

Semakan pada 03:41, 10 Jun 2010

Monarki Mutlak merupakan bentuk kerajaan yang unggul, di mana seseorang Raja itu mempunyai kuasa penuh untuk memerintah negaranya. Berbeza dengan sistem raja berperlembagaan dimana Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan ini memainkan peranan kurang penting di dalam kerajaan monarki mutlak. Malah di sesetengah negara seperti Arab Saudi dan Brunei, raja juga akan memegang jawatan Perdana Menteri.

Sejarah dan teori yang berkaitan

Hak Ketuhanan Raja

Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir Zaman Pertengahan bermula dari feudalisme di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjat first among equals di kalangan golongan bangsawan. Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagai Absolutists menganjurkan teori Hak Ketuhanan Raja atau Divine Right of Kings untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah Raja Henry VIII di England. Beliau telah berani menentang Paus Katolik di Rom dan mereka agama baru iaitu Protestan. Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanya bertanggungjawab kepada Tuhan. Harta yang melimpah ruah disokong dengan bala tentera yang besar hanya memberi mereka lebih kuasa untuk meneguhkan teori ini. Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnya memerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaik raja yang mendakwa hak ketuhanannya untuk memerintah adalah Raja Louis XIV di Perancis.

Teori Hobbes mengenai Kedaulatan Raja

Enlightened despotism

Senarai Negara-Negara Monarki Mutlak

Dalam zaman moden, ini hanya terdapat enam negara di bawah monarki mutlak iaitu:

Di Jordan dan Maghribi, rajanya mempunyai banyak kuasa tetapi tidak boleh dianggap sebagai monarki yang mutlak. Manakala di Liechtenstein, hampir dua-pertiga penduduknya yang berhak mengundi telah memberikan kuasa pembatal (veto) kepada ketua negaranya Putera Hans-Adam II.

Lihat juga