Runtuhan titian gantung Sungai Kampar: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Che090572 (bincang | sumb.)
Cheong Kok Chun (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 45: Baris 45:
[[Kategori:Perkhemahan]]
[[Kategori:Perkhemahan]]
[[Kategori:Kemalangan]]
[[Kategori:Kemalangan]]

[[en:2009 Perak suspension bridge collapse]]

Semakan pada 09:25, 12 Jun 2010

Titian Gantung Sungai Kampar runtuh adalah peristiwa runtuhan titian gantung yang melibatkan para pelajar sekolah rendah pelbagai kaum yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di sekitar Kampar, Batu Gajah dan Tronoh. Titian gantung terletak di Sungai Kampar telah berlaku pada hari Isnin, 26 Oktober 2009 jam 10.30 malam. Runtuhan tersebut mengorban tiga pelajar sekolah rendah. Peristiwa berkenaan menyebabkan tiga bapa pelajar korban menyaman pihak-pihak yang berkaitan dengan kejadian tersebut dan juga menyebabkan kementerian pendidikan Malaysia menubuhkan jawatankuasa penyiasat bagi membuat siasatan terhadap runtuhan titian gantung itu.

Lokasi Kejadian

Titian gantung ini terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Kuala Dipang, Kampar, Perak. Ketika kejadian tersebut keadaan cuaca adalah hujan lebat, pelajar sekolah rendah dikatakan melompat-lompat sedangkan jambatan besi itu baru dibina 2 minggu sebelum ini. Titi gantung sebelum ini telah runtuh dan tidak dapat digunakan lagi. Air sungai ini mengalir ke Sungai Kinta dan seterusnya ke Sungai Perak.

Tapak perkhemahan itu diuruskan oleh Pusat Kokurikulum Daerah Kampar terletak dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang. Aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia itu dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Seorang kontraktor telah mendermakan wang bagi membina semula titi gantung yang runtuh dengan yang baru. Rekabentuk titi gantung itu lebih menarik dan sesuai dengan aktiviti perkhemahan yang lasak dan mencabar. Lebar sungai itu 30 meter dan panjang titi gantung itu 50 meter. Lebar titi itu kira-kira 1.5 meter diperbuat daripada besi berlantai kayu. titi gantung itu hanya sesuai untuk manusia , motosikal dan basikal melintas. Kereta dan lori langsung tidak boleh melintas. Paras dari air ketika surut ialah 3 meter. Ketika hujan lebat pada malam tersebut, paras air meningkat dan arus deras. Sampah sarap dari hulu sungai pada malam itu banyak sekali. Paras air hanya 1 meter sahaja dan menarik perhatian pelajar sekolah rendah tersebut. Mereka berhenjut-henjut di atas titi untuk menakut-nakutkan rakan-rakan peserta yang lain.

Perkhemahan 1Malaysia

Seramai 298 pelajar dari 64 buah sekolah sekitar Kampar, Batu Gajah dan Tronoh mengadakan perkhemahan 1Malaysia yang melibatkan pelbagai kaum. Tujuan perkhemahan itu amat murni iaitu memupuk perpaduan kaum . Ini adalah perkhemahan kedua yang dianjurkan oleh PPD Kampar. Perkhemahan pertama diadakan di SK Pos Raya.

Seramai 33 orang guru ditugaskan mengawasi 300 peserta yang selalu diadakan di situ. Kawasan itu bukanlah asing bagi guru pasukan beruniform. Segala langkah keselamatan telah diambil. Setiap pelajar juga telah diberi taklimat tentang aspek disiplin dan keselamatan.

Pada malam itu, pengawal keselamatan SK Kuala Dipang, Zulkifli Mohamad (38), Rosli Mohamad, 44, dan Ismail Ahmad 62 terjun bagi menyelamatkan pelajar yang bergayut pada tali dan berenng ke tepian. Cikgu Mohd Safri Abdul Rafar turut terjun menyelamatkan mana-mana pelajar yang sempat.[1]

Tiga mayat dijumpai

Mayat pertama ditemui berhampiran loji Sungai Kampar pada jam 8.30 pagi hari Selasa. Jaraknya kira-kira 5 km dari tempat kejadian. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof menyatakan pelajar perempuan India itu terdampar di tepi sungai. Mayat Dina Deve a/p Nathan akan dibedah siasat di Hospital Kampar . Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha menyatakan hanya 2 orang hilang dan 1 mayat telah ditemui. Dua pelajar yang hilang ialah Diryasree a/p Vasudevan, 12, dari Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng dan Davadharshini a/p Maheswaran, 11, SJKT Mambang Di Awan .

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta penduduk kampung. Ibu bapa pelajar terbabit tidak dapat menahan perasaan sedih dan berkerumun di tempat kejadian.[2]

Saman tiga bapa korban

Pada 20 November 2009, tiga bapa kepada tiga peserta Kem 1Malaysia yang terkorban dalam tragedi jambatan gantung runtuh di pusat kokurikulum pejabat pelajaran daerah Kinta Selatan di Kampar pada 26 Oktober lalu, memfailkan saman menuntut gantirugi berjumlah RM105 juta. K Mageswaran, K Vasudevan dan T Nathan memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Ipoh menuntut gantirugi itu dari 10 defenden, iaitu:

  • Guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan
  • Guru besar SJKT Gopeng
  • Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan
  • Pengarah Pelajaran Negeri Perak
  • Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar
  • Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak
  • Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang.
  • syarikat GS Synergy Sdn Bhd (penderma titian gantung)
  • syarikat kontraktor CWL Enterprise (pembuat titian gantung)
  • Menteri pelajaran dan Kerajaan Malaysia.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan A.Sivanesan & Co pada pagi tersebut di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Ipoh. Selain menuntut gantirugi am sebanyak RM35 juta setiap seorang, mereka masing-masing menuntut RM19,120 bagi gantirugi khas, RM100,000 bagi gantirugi teladan, faedah 8 peratus bagi jumlah penghakiman dari tarikh kematian hingga tarikh penyelesaian sepenuhnya, kos guaman dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.[3]

Penubuhan Pasukan penyiasat

Pada 1 Disember 2009, Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang menyiasat kes jambatan gantung runtuh di Pusat Ko-kurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan mendapati sebab utama keruntuhan adalah berpunca daripada kegagalan blok konkrit tambatan di "Pylon A" untuk menampung beban tambahan dari "back-stayed cable". Titian gantung yang dibina hasil sumbangan pihak swasta itu didapati tidak berasaskan kepada kod rekabentuk kejuruteraan dan spesifikasi kerja yang baik. Kementerian Pelajaran Malaysia akan mendapatkan pandangan dari Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Jabatan Peguam Negara dalam menentukan tindakan yang wajar diambil terhadap pihak berkenaan.[4]

Rujukan