Orang Batak: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
kTiada ringkasan suntingan |
||
Baris 10: | Baris 10: | ||
'''Batak''' adalah sebuah istilah kolektif yang digunakan untuk mengenal pasti sebilangan kumpulan etnik yang terdapat di kawasan tanah tinggi di [[Sumatra Utara]], [[Indonesia]]. Kawasan pedalaman mereka terletak di sebelah barat [[Medan]] dan berpusat di [[Danau Toba]]. Sebenarnya orang "Batak" terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang berbeza tetapi mempunyai bahasa, budaya dan adat yang agak serupa. Walaupun istilah "Batak" digunakan untuk orang-orang Toba, Karo, Pak Pak, Simalungun, Angkola dan Mandailing, ada di kalangan mereka yang tidak suka dikenali sebagai orang Batak. |

Sebelum mereka |
Sebelum mereka dijajah oleh [[Hindia Timur Belanda]], suku Batak mempunyai reputasi sebagai pahlawan-pahlawan yang garang yang kadangkala mengamalkan [[kanibalisme]]. Dengan ketibaan penjajah Belanda, ramai di antara mereka telah memeluk agama [[Kristian]]. Gereja HKBP (''Huria Kristen Batak Protestan'') merupakan sebuah gereja dengan penganut paling ramai di di Indonesia. |
||
Masyarakat Batak adalah bersifat kebapaan. Hasil kraf tangan Batak yang terkenal termasuk hasil tenunan, ukiran kayu dan terutama sekali, ukiran batu-batu nisan. Upacara pengkebumian mereka sangat kaya dan kompleks. Contohnya, mereka mempunyai sebuah majlis di mana tulang-tulang nenek moyang mereka digali dan dikebumikan semula setelah beberapa tahun dalam sebuah upacara yang dikenali sebagai ''mangungkal holi''. |

Semakan pada 10:06, 10 Julai 2006
Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Sumatra Utara, Indonesia | |
Bahasa | |
Bahasa-bahasa Batak (Alas-Kluet, Angkola, Dairi, Karo, Mandailing, Simalungun, Toba), Indonesia dan Melayu | |
Agama | |
Kristian, Islam, Parmalim, Hindu | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Melayu |
Batak adalah sebuah istilah kolektif yang digunakan untuk mengenal pasti sebilangan kumpulan etnik yang terdapat di kawasan tanah tinggi di Sumatra Utara, Indonesia. Kawasan pedalaman mereka terletak di sebelah barat Medan dan berpusat di Danau Toba. Sebenarnya orang "Batak" terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang berbeza tetapi mempunyai bahasa, budaya dan adat yang agak serupa. Walaupun istilah "Batak" digunakan untuk orang-orang Toba, Karo, Pak Pak, Simalungun, Angkola dan Mandailing, ada di kalangan mereka yang tidak suka dikenali sebagai orang Batak.
Sebelum mereka dijajah oleh Hindia Timur Belanda, suku Batak mempunyai reputasi sebagai pahlawan-pahlawan yang garang yang kadangkala mengamalkan kanibalisme. Dengan ketibaan penjajah Belanda, ramai di antara mereka telah memeluk agama Kristian. Gereja HKBP (Huria Kristen Batak Protestan) merupakan sebuah gereja dengan penganut paling ramai di di Indonesia.
Masyarakat Batak adalah bersifat kebapaan. Hasil kraf tangan Batak yang terkenal termasuk hasil tenunan, ukiran kayu dan terutama sekali, ukiran batu-batu nisan. Upacara pengkebumian mereka sangat kaya dan kompleks. Contohnya, mereka mempunyai sebuah majlis di mana tulang-tulang nenek moyang mereka digali dan dikebumikan semula setelah beberapa tahun dalam sebuah upacara yang dikenali sebagai mangungkal holi.
Kebanyakkan orang Batak kini adalah penganut agama Kristian dengan sebuah golongan minoriti Islam. Ajaran Kristian yang diikuti mereka adalah dari fahaman Lutheran yang diperkenalkan oleh mubaligh-mubaligh Jerman pada abad ke-19. Seorang pendakwah Jerman terkenal ialah Ludwig Ingwer Nommensen.
Orang Batak bertutur dalam pelbagai bahasa yang berkait rapat, kesemuanya ahli keluarga bahasa Austronesia.