Wayang kulit Kelantan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sigap86 (bincang | sumb.)
Sigap86 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
'''Wayang Kulit Siam''' (atau juga dikenali sebagai [[Wayang Kulit Kelantan]]) adalah merupakan satu kesenian yang berasal dari negeri [[Kelantan Darul Naim]], [[Malaysia]]. Di antara empat jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia, Wayang Kulit Siam adalah yang paling popular sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.
'''Wayang Kulit Siam''' (atau juga dikenali sebagai '''[[Wayang Kulit Kelantan]]''') adalah merupakan satu kesenian [[wayang kulit]] yang berasal dari negeri [[Kelantan|Kelantan Darul Naim]], [[Malaysia]]. Di antara empat jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia, Wayang Kulit Siam adalah yang paling popular sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.


Suatu ketika dahulu, ia pernah mendapat tempat di kalangan penduduk negeri [[Kelantan]], [[Terengganu]], [[Pahang]], [[Kedah]] dan [[Perak]] serta [[Patani]] – sebuah negeri Melayu-Islam di selatan Thailand yang kini telah dibahagikan menjadi empat buah wilayah iaitu [[Pattani]], [[Yala]], [[Narathiwat]] dan [[Songkhla]]. Wayang Kulit Siam disampaikan dalam [[bahasa Melayu]] loghat Kelantan.
Suatu ketika dahulu, ia pernah mendapat tempat di kalangan penduduk negeri Kelantan, [[Terengganu]], [[Pahang]], [[Kedah]] dan [[Perak]] serta [[Patani]] – sebuah negeri Melayu-Islam di selatan Thailand yang kini telah dibahagikan menjadi empat buah wilayah iaitu [[Pattani]], [[Yala]], [[Narathiwat]] dan [[Songkhla]]. Wayang Kulit Siam disampaikan dalam [[bahasa Melayu]] loghat Kelantan.


== Etimology ==
== Etimology ==
Baris 14: Baris 14:


Di Malaysia, Wayang Kulit Siam juga dikenali sebagai Wayang Kulit Kelantan. Ini merujuk kepada sejarah wayang kulit itu sendiri yang berasal dari negeri Kelantan. Selain itu, ianya juga dikenali sebagai ''Wayang Pahang'' ketika ia dipersembahkan di negeri Pahang oleh orang Melayu Kelantan yang berhijrah ke negeri tersebut. Malah, ia juga dipanggil sebagai ''Wayang Kelantan'' atau ''Wayang Siam Kelantan'' oleh masyarakat Melayu Patani di kawasan selatan Thailand.
Di Malaysia, Wayang Kulit Siam juga dikenali sebagai Wayang Kulit Kelantan. Ini merujuk kepada sejarah wayang kulit itu sendiri yang berasal dari negeri Kelantan. Selain itu, ianya juga dikenali sebagai ''Wayang Pahang'' ketika ia dipersembahkan di negeri Pahang oleh orang Melayu Kelantan yang berhijrah ke negeri tersebut. Malah, ia juga dipanggil sebagai ''Wayang Kelantan'' atau ''Wayang Siam Kelantan'' oleh masyarakat Melayu Patani di kawasan selatan Thailand.

== Wayang Kulit Siam Kini ==

Pada hari ini, Wayang Kulit Siam hanya boleh ditemui di negeri asalnya iaitu Kelantan dan juga di Terengganu. Selain itu, kesenian ini juga boleh ditonton di beberapa buah universiti seperti [[Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan]] (ASWARA), [[Universiti Sains Malaysia]] (USM) dan [[Universiti Teknologi Mara]] (UiTM), dimana Wayang Kulit Siam telah diajar secara teori dan praktikal kepada para pelajar yang mengambil bidang tertentu. Sementara itu, persembahan Wayang Kulit Siam di negeri Pahang, Kedah, Perak dan Patani telah pun berkubur.


== Rujukan ==
== Rujukan ==

Semakan pada 05:53, 24 Jun 2010

Wayang Kulit Siam (atau juga dikenali sebagai Wayang Kulit Kelantan) adalah merupakan satu kesenian wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia. Di antara empat jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia, Wayang Kulit Siam adalah yang paling popular sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.

Suatu ketika dahulu, ia pernah mendapat tempat di kalangan penduduk negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak serta Patani – sebuah negeri Melayu-Islam di selatan Thailand yang kini telah dibahagikan menjadi empat buah wilayah iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla. Wayang Kulit Siam disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.

Etimology

Sejarah mengenai asal-usul nama Wayang Kulit Siam adalah kurang jelas. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan tentang asal-usul nama kesenian tersebut iaitu:-

  • Menurut satu teori, Wayang Kulit Siam dikatakan berasal dari Patani, bekas sebuah negeri Melayu-Islam yang kini telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Teori ini merujuk kepada corak dan bentuk pakaian pada patung Seri Rama, iaitu watak utama dalam persembahan Wayang Kulit Siam yang dikatakan ditiru daripada pakaian Raja-Raja Melayu Patani pada zaman dahulu. Walau bagaimanapun, teori ini didapati bercanggah dengan cerita lisan dikalangan masyarakat Melayu Patani di selatan Thailand. Menurut mereka, Wayang Kulit Siam lebih dikenali sebagai Wayang Kelantan atau Wayang Siam Kelantan di kawasan mereka. Ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa Wayang Kulit Siam bukan berasal dari Patani tetapi dari Kelantan.
  • Satu teori lagi menyebut Wayang Kulit Siam berasal dari negara Thailand. Teori ini merujuk kepada nama 'Siam' pada wayang kulit tersebut yang dahulunya merupakan nama asal bagi negara Thailand. Selain itu, terdapat juga penggunaan bahasa Siam atau bahasa Thai dalam beberapa adegan persembahan seperti 'Mantera Maharisi'. Walau bagaimanapun, teori ini dikatakan tidak tepat kerana tidak ditemui sebarang jenis wayang kulit di Thailand yang menyerupai Wayang Kulit Siam. Penggunaan bahasa Siam atau bahasa Thai dalam persembahan tersebut adalah hanya sekadar pengaruh dari budaya Thailand yang diserap masuk ke dalam Wayang Kulit Siam.
  • Satu teori baru yang muncul mengatakan teknik pedalangan Wayang Kulit Siam adalah berasal daripada negara Kemboja ketika zaman Kerajaan Empayar Khmer dahulu. Dikatakan wayang kulit yang terdapat di Kemboja telah disebarkan oleh para mubaligh Hindu yang menyebarkan ajaran agama tersebut dari India. Dari Kemboja, kesenian wayang kulit ini telah dibawa masuk melalui Siam dan terus menuju ke Patani sebelum tiba di Kelantan. Daripada jalan penyebaran inilah, wayang kulit ini diberi nama Wayang Kulit Siam. Teori ini disokong beberapa orang sejarawan dan pengkaji budaya memandangkan ianya berdasarkan fakta sejarah.

Di Malaysia, Wayang Kulit Siam juga dikenali sebagai Wayang Kulit Kelantan. Ini merujuk kepada sejarah wayang kulit itu sendiri yang berasal dari negeri Kelantan. Selain itu, ianya juga dikenali sebagai Wayang Pahang ketika ia dipersembahkan di negeri Pahang oleh orang Melayu Kelantan yang berhijrah ke negeri tersebut. Malah, ia juga dipanggil sebagai Wayang Kelantan atau Wayang Siam Kelantan oleh masyarakat Melayu Patani di kawasan selatan Thailand.

Wayang Kulit Siam Kini

Pada hari ini, Wayang Kulit Siam hanya boleh ditemui di negeri asalnya iaitu Kelantan dan juga di Terengganu. Selain itu, kesenian ini juga boleh ditonton di beberapa buah universiti seperti Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), dimana Wayang Kulit Siam telah diajar secara teori dan praktikal kepada para pelajar yang mengambil bidang tertentu. Sementara itu, persembahan Wayang Kulit Siam di negeri Pahang, Kedah, Perak dan Patani telah pun berkubur.

Rujukan

The Encyclopedia of Malaysia : Performing Arts (Volume 8) oleh Prof. Dr Ghulam-Sarwar Yousof.