Rupiah Indonesia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: yo:Indonesian rupiah
Thijs!bot (bincang | sumb.)
Baris 31: Baris 31:
[[eo:Indonezia rupio]]
[[eo:Indonezia rupio]]
[[fr:Roupie indonésienne]]
[[fr:Roupie indonésienne]]
[[ko:인도네시아 루피아]]
[[hi:इंडोनेशियाई रुपिया]]
[[hi:इंडोनेशियाई रुपिया]]
[[hsb:Indoneska rupija]]
[[hsb:Indoneska rupija]]

Semakan pada 00:42, 25 Jun 2010

Fail:Indonesian Rupiah.jpg
Unit mata wang Indonesia
Fail:50 ribu rupiah.png
Contoh wang 50,000 rupiah dengan potret Suharto

Rupiah adalah unit mata wang Indonesia dengan kod mata wang (IDR).

Perkataan "rupiah" berasal daripada perkataan "rupee", unit mata wang India. Indonesia telah menggunakan mata wang guilder Belanda dari 1610 hingga 1817. Setelah 1817, mata wang guilder Hindia-Belanda Timur diperkenalkan. Mata wang rupiah pertama kali diperkenalkan semasa Pendudukan Jepun sewaktu Perang Dunia II. Setelah berakhirnya Perang Dunia II, Bank Jawa memperkenalkan mata wang rupiah Jawa sebagai pengganti. Mata wang guilder nica dan beberapa mata wang yang dicetak kumpulan gerila juga berleluasa pada masa itu.

Pada 2 November 1949, empat tahun setelah merdeka, Indonesia menetapkan Rupiah sebagai mata wang kebangsaannya yang baru. Kepulauan Riau dan Irian Barat memiliki variasi rupiah mereka sendiri tetapi penggunaan mereka dibubarkan pada 1964 di Riau dan 1971 di Irian Barat. Krisis ekonomi Asia tahun 1998 menyebabkan nilai rupiah jatuh sebanyak 35% dan membawa kepada kejatuhan pemerintahan Suharto.

Rupiah merupakan mata wang yang boleh ditukar dengan bebas tetapi didagangkan dengan penalti disebabkan kadar inflasi yang tinggi. Sejak November 2004, kadar petukaran rupiah bernilai lebih kurang 11,700 rupiah kepada satu euro.

Pautan luar