Filipina: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Budaya: penambahbaikan
SieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: nv:Kéyah Dańlíinii
Baris 198: Baris 198:
[[de:Philippinen]]
[[de:Philippinen]]
[[dv:ފިލިޕީންސް]]
[[dv:ފިލިޕީންސް]]
[[nv:Kéyah Dańlíinii]]
[[na:Philippines]]
[[na:Philippines]]
[[et:Filipiinid]]
[[et:Filipiinid]]

Semakan pada 00:15, 30 Jun 2010

Repúbliká ng̃ Pilipinas
Republik Filipina
Bendera Filipina
Cogan kataMaka-Diyos, Makatao, Makakalikasan, at Makabansa
(terjemahan: "Untuk Tuhan, Untuk Rakyat, Untuk Alam, dan Untuk Negara")
Lagu kebangsaanLupang Hinirang ("Tanah Terpilih")
Lokasi Filipina
Ibu negaraManila
Bandar terbesarBandar Quezon
Bahasa rasmiBahasa Filipina dan Bahasa Inggeris*
KerajaanRepublik
• Presiden
[[]]
Noli de Castro
Manuel Villar
Jose De Venecia
Reynato Puno
Kemerdekaan 
daripada Sepanyol dan A.S.
12 Jun 1898
24 Mac 1934
• Diiktiraf
4 Julai 1946
2 Februari 1987
• Perairan (%)
0.6
Penduduk
• Perkiraan 2006
85,236,913 (12)
• Bancian Penduduk 2000
76,504,077
KDNK (PPP)2005
• Jumlah
$451 billion (25)
$4,923 (102)
KDNK (nominal)2005
•  Jumlah
$98,731 billion (51)
$1,168 (120)
HDI (2006)0.763
tinggi · 84
Mata wangPeso Filipina (piso)
(PHP)
Zon waktuUTC+8 (PST)
Kod panggilan63
Kod ISO 3166PH
DPT internet.ph

Republik Filipina atau Philippines merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian barat Lautan Pasifik dan terletak kira-kira 100 kilometer dari tanah besar Asia. Negara ini mempunyai pengaruh keagaaman, kebudayaan dan cara hidup yang kuat dari negara Sepanyol dan Amerika Syarikat memandangkan telah dijajah selama hampir empat abad oleh kuasa besar tersebut. Filipina adalah salah satu dari hanya dua negara (satu lagi adalah Timor Leste) sahaja yang penduduknya majoriti menganuti agama Kristian di benua Asia di mana agama Islam, Hindu atau Buddha lebih popular.

Dahulu, Filipina merupakan antara negara paling maju di rantau Asia Tenggara, namun sekarang telah ketinggalan di belakang apabila pertumbuhan ekonominya semakin merosot dan masalah penyelewengan yang berleluasa. Hari ini Filipina menikmati pertumbuhan ekonomi yang sederhana disebabkan peyumbangan tenaga kerja yang banyak di luar negara, pertambahan pelaburan ke atas industri teknologi maklumat, dan tenaga kerja yang murah.

Masalah utama yang dihadapi Filipina kini ialah tuntutan puak pemisah Islam di pulau Mindanao di bahagian selatan untuk berpisah dari Filipina, ancaman puak komunis di utara, dan kerosakan habitat dan alam sekitar disebabkan oleh pencemaran dan pembangunan yang tidak dirancang.


Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Filipina

Negara ini mendapat nama Philippines (Filipina) dari penjajah Sepanyol yang mengambil nama raja mereka pada ketika itu iaitu, Raja Philip II. Nama ini diberikan oleh penjelajah Sepanyol, Ruy Lopez de Villabolos pada mulanya hanya ditujukan kepada Pulau Leyte dan Pulau Samar sahaja, tetapi lama kelamaan nama "Las Islas Filipinas" digunakan untuk merujuk keseluruhan kepulauan tersebut. Lama sebelum itu nama yang pernah digunakan adalah "Islas del Poniente" yang bermaksud Kepulauan Di Bahagian Barat atau nama yang diberikan oleh Ferdinand Magellan, penjelajah pertama Eropah kesitu iaitu, "San Lazaro".

Politik

Filipina adalah kerajaan berbentuk kesatuan berpresiden, dengan Presiden merupakan ketua negara dan ketua kerajaan serentak, selain merupakan panglima besar angkatan tentera. Presiden dipilih melalui undian popular untuk enam tahun, dan bebas untuk melantik dan mengetuai kabinet sendiri [1].

Kongres dwidewan Filipina terdiri dari Senat (dewan atas) dan Dewan Perwakilan Filipina (dewan bawah). Kuasa kehakiman pula terletak di bawah Mahkamah Agung, yang terdiri dari Hakim Besar dan empat belas hakim lain, semuanya dilantik oleh Presiden berdasarkan pencalonan Majlis Peguam dan Kehakiman [1].

Filipina merupakan salah satu pengasas dan ahli aktif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selain ahli pengasas Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Filipina juga merupakan ahli Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), Kerja Sama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Kesatuan Latin dan G24. Negara ini juga merupakan sekutu bukan-NATO utama A.S. dan pada masa yang sama merupakan ahli Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) [1].

Filipina terlibat dalam pertikaian bertindih keatas kedaulatan Kepulauan Spratly dan Beting Scarborough yang juga dituntut secara sebahagian atau keseluruhan oleh negara China, Taiwan, Vietnam, Brunei Darussalam dan juga Malaysia. Ia juga menuntut kedaulatan ke atas wilayah Malaysia, Sabah, secara sebahagian atau keseluruhan sebagai sebahagian dari wilayah kekuasaan Kesultanan Sulu yang sekarang adalah sebahagian dari negara Filipina. [2].

Daerah

Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Filipina

Geografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Filipina

Ekonomi

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Filipina

Filipina terkenal dengan pertanian padi bukitnya. Ini diperkenalkan kira-kira 2,000 tahun lalu oleh puak Batad. Padi-padi bukit tersebut terletak di lereng-lereng Gunung Ifugao, dan terletak di ketinggian sehingga 5,000 kaki dari aras laut. Keluasannya mencakupi 4,000 batu persegi serta diusahakan secara tradisional tanpa penggunaan jentera. Ia diiktiraf sebagai salah satu Warisan Dunia oleh UNESCO (United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization) pada tahun 1995.

Demografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Filipina

Filipina mempunyai kira-kira 85 juta penduduk mengikut perangkaan banci 2005.

Budaya

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Filipina

Kebanyakan masyarakat Filipina gemar menyanyi serta menari pada setiap kali pesta keramaian. Salah satu adalah Tarian buluh yang memerlukan pergerakan kaki yang pantas untuk menari.

Bahay Kubo merupakan rumah tradisional yang terkenal di Filipina. Ia diperbuat daripada gabungan daun pokok kelapa, nipah, dan buluh. Terdapat juga tanglung yang digubah berbentuk bintang yang disebut sebagai Parol, yang secara kebiasaannya digantung di hadapan rumah-rumah terutamanya ketika meraikan perayaan Hari Krismas atau hari-hari keagamaan besar yang lain, kebanyakan penduduk gemar menjadikan Parol sebagai salah satu hiasan di hadapan rumah mereka.

Alat muzik Organ buluh, adalah antara alatan tradisional di sana diperbuat dengan menggunakan hampir 1,000 batang buluh.

Makanan

Untuk rencana lanjutan, lihat Makanan di Filipina

Halo halo merupakan salah satu pencuci mulut yang terkenal di Filipina terutamanya pada musim panas. Halo halo mengandungi isi nangka, isi kelapa, kacang goreng, keladi, kastard, santan kelapa, dan perahan limau bercampur ais bersama aiskrim di atasnya.

Lanzones merupakan sejenis buah-buahan. Rupanya agak kecil, manis serta berwarna coklat. Keistimewaan buah ini adalah ia dapat menghalau nyamuk yang berada di sekeliling kita.

Pengangkutan

Untuk rencana lanjutan, lihat Pengangkutan di Filipina

Di Filipina, masyarakatnya menggunakan jeepney sebagai pengangkutan awam. Anda pasti akan berasa rimas apabila menaiki kenderaan ini. Mana tidaknya, setiap kali menaiki jeepney pasti sentiasa penuh sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu untuk turut sama menaikinya.

Pakaian

Untuk rencana lanjutan, lihat Pakaian di Filipina

Setiap kali diadakan pesta keramaian, lelaki di sana akan memakai pakaian yang dinamakan Barong Tagalog (Baju Tagalog). Pakaian istimewa ini diperbuat daripada kain yang dihasilkan daripada pokok pisang dan pokok nenas. Manakala, kaum wanitanya pula memakai gaun yang dipanggil Maria Clara.

Lihat juga

Pautan luar

Koordinat: 14°35° N 121°0° ERalat ungkapan: Aksara tanda baca "°" tidak dikenali