Black (penyanyi): Perbezaan antara semakan
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox Musical artist |Name =Black |Background =solo |Birth_name =Hanifah bin Md Hanafiah<ref name=profil>[http://mentor.tv...' |
|||
Baris 20: | Baris 20: | ||
===Single=== |
===Single=== |
||
*"[[Aku Cinta Sayang Kamu]]" (2009) |
*"[[Aku Cinta Sayang Kamu]]" (2009) |
||
*"[[Sofia Jane]]" (2010) |
|||
===Penampilan istimewa=== |
===Penampilan istimewa=== |
Semakan pada 18:03, 8 Julai 2010
Black | |
---|---|
Nama lahir | Hanifah bin Md Hanafiah[1] |
Pengkarya berkait | Mas Idayu |
Hanifah bin Md Hanafiah, lebih dikenali sebagai Black, ialah seorang penyanyi Malaysia yang mengecapi kenamaan semenjak menjuarai musim ketiga rancangan realiti Mentor dengan bimbingan Mas Idayu.
Biografi
Black memulakan perjalanan ke arah kerjaya sebagai artis rakaman apabila menyertai uji bakat Mentor yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, pada 15 Mac 2009. (Dalam format Mentor, setiap peserta (protégé) dibimbing oleh seorang artis berpengalaman (mentor). Bagi musim ini pula, setiap mentor mengadakan uji bakat sendiri untuk mencari protégé yang memenuhi kehendak masing-masing). Pada hari itu, Mas Idayu selaku mentor hari ini memilih Black untuk berada di bawah bimbingannya. Mas dikenali kerana memperagakan imej guru disiplin berlengkapkan rotan sebagai lambang disiplin sesekali disiarkan di TV. Setelah tiga bulan bertanding, Black berjaya menawan hati para juri dan penonton dengan dinobatkan juara keseluruhan, dan meraikannya dengan mematahkan rotan tersebut sambil menangis sebagai tanda penghargaan kepada Mas atas didikan dan bimbingannya sepanjang pertandingan.[2]
"Aku Cinta Sayang Kamu" merupakan single pertama Black dalam kerjaya nyanyiannya. Tidak cukup dengan menguasai carta radio, lagu ini turut dilayakkan ke Anugerah Juara Lagu ke-24 yang dilangsungkan pada Januari 2010, di mana Black merangkul anugerah Vokal Terbaik kerana membawa lagu ini dengan cukup memuaskan para juri.[3]
Penangan vokalnya juga menimbulkan desas-desus bahawa Black berpotensi menjadi pengganti kepada Lan yang meninggalkan kumpulan Meet Uncle Hussain Julai 2009.[4] Kugiran tersebut mengundang Black untuk merakam single "Drama King" serta mengambil bahagian dalam konsert atau gig sementara mereka mencari vokalis tetap baru.[5]
Diskografi
Single
- "Aku Cinta Sayang Kamu" (2009)
- "Sofia Jane" (2010)
Penampilan istimewa
- "Drama King" (bersama Meet Uncle Hussain, 2009)
Rujukan
- ^ a b Protege: Black, Mentor 3, TV3. Dicapai pada 15 Januari 2010.
- ^ Roslen Fadzil (13 Julai 2009). "Rotan Dipatah, Black Juara Mentor 3!". murai.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
- ^ Miss Ayu (11 Januari 2010). "Aizat Juara AJL24". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
- ^ Syaliza Shapiansuri (30 Ogos 2009). "Black: Tak Pernah Terima Tawaran MUH". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
- ^ Li Ee Kee (27 November 2009). "Meet Uncle Hussain Masih Berbisa". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.