Fadzil Mohd Noor: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 22: Baris 22:
== Meninggal dunia ==
== Meninggal dunia ==


Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada [[10 Jun]] [[2002]]. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada.Beliau meninggal dunia pada [[23 Jun]] [[2002]] di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat hercules ,semasa penerbangan beliau awan telah melindungi jenazah beliau sedangkan tempat lain panas teri.kejadian ini disaksikan oleh krew-krew pernerbangan dan juruterbang.jurutebang tersebut terus memeluk agama islam selepas kejadian itu(beliau seorang agama hindu). Jenazah beliau disemadikan di madrasah di tempat kelahiram beliau madrasah darul ulum ,pokok sena ,kedah sesuai dengan wasiat beliau.Mesa jenazah beliau hendak disemadiakan '''PULUHAN RIBU''' rakyat hadir dari seluruh dunia bagi memberi paenhormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga 20km.
Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada [[10 Jun]] [[2002]]. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada.Beliau meninggal dunia pada [[23 Jun]] [[2002]] di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat hercules ,semasa penerbangan beliau awan telah melindungi jenazah beliau sedangkan tempat lain panas teri.kejadian ini disaksikan oleh krew-krew pernerbangan dan juruterbang.jurutebang tersebut terus memeluk agama islam selepas kejadian itu(beliau seorang agama hindu). Jenazah beliau disemadikan di madrasah di tempat kelahiram beliau madrasah darul ulum ,pokok sena ,kedah sesuai dengan wasiat beliau.Mesa jenazah beliau hendak disemadiakan '''PULUHAN RIBU''' rakyat hadir dari seluruh dunia bagi memberi paenhormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan '''jalan raya sesak teruk sehingga 20km.'''
Saksikan video ini
Saksikan video ini
http://www.youtube.com/watch?v=fRvB0nk-tus
http://www.youtube.com/watch?v=fRvB0nk-tus

Semakan pada 14:39, 12 Julai 2010

Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor

Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor (Tulisan Jawi: حاج فاضل بن محمد نور) (lahir: 13 Mac 1937, meninggal: 23 Jun 2002) merupakan bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar dan Maktab Mahmud pada tahun 1951 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga 1967.

Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).

Politik

Beliau mula bertanding dalam Pilihanraya Umum 1978 menentang Datuk Senu Abdul Rahman tetapi kalah. Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS dan kemudian Timbalan Presiden pada 1982. Pada 30 Mac 1989 beliau dipilih sebagai Presiden PAS selepas pengunduran Tuan Guru Haji Yusof Rawa.

Beliau merupakan ADUN Bukit Raya untuk lima penggal berturut-turut walaupun cuba bertanding bagi kerusi Parlimen beliau tewas, sehinggalah pada Piliharaya Umum 1999, beliau berjaya mengalahkan Datuk Othman Abdul untuk menduduki kerusi Parlimen Pendang dan mengekalkan kerusi ADUN Anak Bukit (sebelum itu Bukit Raya).

Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Lim Kit Siang yang kalah dalam pilihanraya umum itu.

Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK (Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia). Gerak ditubuhkan oleh PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meninggal dunia

Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada.Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat hercules ,semasa penerbangan beliau awan telah melindungi jenazah beliau sedangkan tempat lain panas teri.kejadian ini disaksikan oleh krew-krew pernerbangan dan juruterbang.jurutebang tersebut terus memeluk agama islam selepas kejadian itu(beliau seorang agama hindu). Jenazah beliau disemadikan di madrasah di tempat kelahiram beliau madrasah darul ulum ,pokok sena ,kedah sesuai dengan wasiat beliau.Mesa jenazah beliau hendak disemadiakan PULUHAN RIBU rakyat hadir dari seluruh dunia bagi memberi paenhormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga 20km. Saksikan video ini http://www.youtube.com/watch?v=fRvB0nk-tus

Kata-kata

"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

Rujukan


Penyandang Terdahulu Presiden PAS
30 Mac 198923 Jun 2002
Penyandang Kemudian
Tuan Guru Haji Yusof Rawa Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang