Tragedi Bhopal 1984: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: hi:भोपाल गैस काण्ड; perubahan kosmetik
Xqbot (bincang | sumb.)
Baris 58: Baris 58:
[[ru:Бхопальская катастрофа]]
[[ru:Бхопальская катастрофа]]
[[simple:Bhopal disaster]]
[[simple:Bhopal disaster]]
[[sr:Бопалска катастрофа]]
[[fi:Bhopalin onnettomuus]]
[[fi:Bhopalin onnettomuus]]
[[ta:போப்பால் பேரழிவு]]
[[ta:போப்பால் பேரழிவு]]

Semakan pada 06:03, 16 Julai 2010

Fail:Bhopal gas tragedy.jpg
Bhopal Gas Tragedy

Tragedi Bhopal 1984 berlaku pada 2-3 Disember 1984 akibat kebocoran 40 metrik ton gas methyl isocyanate (MIC) dari kilang racun serangga Union Carbide di bandar Bhopal, Madhya Pradesh, India. Akibatnya hampir 500,000 terdedah kepada pencemaran udara.2,259 terbunuh dan binatang bergelimpangan. Kerajaan Madhya Pradesh mengesahkan 3,787 mati berhubungan kebocoran gas itu.

Hari kejadian

Kebocoran gas terjadi pada waktu malam bermula dari 2-3 Disember 1984. Air telah memasuki tangi 610, yang mengandungi 42 tan methyl isocyanate. Suhu tangki meningkat kepada 200 °C.Akibatnya gas bocor dari tangki dan menyelubungi seluruh bandar Bhopal. Penduduk terasa terbakar di paru-paru dan meninggal dunia serta-merta.


Kilang Union Carbide

Kilang Union Carbide dari Amerika Syarikat itu ditubuhkan pada 1969 kini , dimiliki oleh Dow Chemical Company. Ketika itu CEOnya ialah Warren Anderson - terlepas dari didakwa. Kilang ini dimiliki oleh pelabur India (51 %) dan UCIL 49 %.

Pada 6 Jun 2010, seramai 7 pekerja termasuk pengerusi UCIL dihukum penjara 2 tahn. 8 yang yang lain turut didakwa tetapi mereka telah meninggal dunia.Mereka sedang membuat rayuan kerana telah berumur lebih 70 tahun.

Bantahan

Pada 7 Jun 2010, Audrey Gaughran dari Amnesty International menyatakan hukuman 2 tahun kepada 8 orang tidak memadai berbanding jumlah kematian yang dialami penduduk Bhopal.[1] Warren Anderson CEO Union Carbide dari Amerika Syarikat hendaklah dibawa untuk diadili.

Perbicaraan 25 tahun itu terlalu lama (1984-2010) dan beberapa orang yang bertanggungjawab telahpun meninggal dunia. Seramai 3000 orang mati serta merta dan 15,000 mati kemudiannhya secara beransuransur. Mereka menjangkakan kematian sebenar ia;ah 25,000 orang.

Rashida Bee selaku presiden Kesatuan Sekerja Wanita Gas Bhopal mahu individu dan syarikat mestilah bertanggungjawab dan dihukum.

Mereka yang dihukum 2 tahun penjara ialah Keshub Mahindra pengerusi Union Carbide (UCIL); VP Gokhale, pengarah urusan; Kishore Kamdar, timbalan presiden; J Mukund, pengurus pekerja; SP Chowdhury, pengurus pengeluaran ; KV Shetty, penyelia; SI Qureshi, pembantu pengeluaran. Semuanya rakyat India.

Kerajaan negeri Madhya Pradesh telah menutup kilang itu pada 1998 tetapi penduduk masih menghidu bau gas beracun .Pada 1989, syarikat UCIL telah membayar pampasan sebanyak $470m (£282m) kepada kerajaan India.Syarikat Dow Chemicals telah membeli UCIL pada 1999. Mereka terdedah kepada kanser, kencing manis dan penyakit kronik yang lain.[2]

Rujukan