Kitab Keluaran: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Allah to Tuhan
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: zh:出埃及記
Baris 99: Baris 99:
[[yo:Ìwé Eksodu]]
[[yo:Ìwé Eksodu]]
[[zh-yue:出埃及記]]
[[zh-yue:出埃及記]]
[[zh:出埃及]]
[[zh:出埃及]]

Semakan pada 04:19, 19 Julai 2010

Kitab Keluaran adalah buku kedua di dalam Bible agama Yahudi dan Kristian. Ia juga adalah buku kedua di dalam Torah Moses. Ia dikenali di dalam bahasa Ibrani (Hebrew) sebagai Shemot (שְׁמוֹת) manakala di dalam bahasa-bahasa Eropah, ia lazimnya dikenali dengan nama yang diperolehi daripada nama bahasa Yunani, Exodus (Γένεσις) [1] yang membawa maksud "keluaran" ataupun "berlepas".

Nama Keluaran diambil daripada peristiwa utama yang diceritakan di dalam kitab ini, iaitu keluarnya orang Israel dari Mesir, tempat mereka dijadikan hamba abdi. Watak utama di dalam kitab ini ialah Moses, orang yang dipilih oleh Tuhan [2] untuk memimpin umat-Nya keluar dari Mesir. Bahagian yang paling terkenal di dalam kitab ini ialah Fasal 20, yang mengandungi Sepuluh Hukum Tuhan.

Menurut tradisi, Kitab Keluaran bersama dengan 4 kitab lain yang terkandung di dalam Torah Moses ditulis oleh Moses pada penghujung abad kedua sebelum Masehi. Pengkaji Bible moden berpendapat bahawa kitab ini telah ditetapkan susunannya pada lebih kurang tahun 450 sebelum Masehi.

Walaupun para sejarahwan dan ahli arkeologi masih tidak menjumpai apa-apa bukti bagi mengesahkan isi yang terkandung di dalam kitab Keluaran [3], namun hasil galian ujikaji purba di Avaris, Mesir oleh Manfred Bietak telah menunjukkan petanda bahawa rangkaian peristiwa yang sama dengan isi kitab Kejadian, ini mungkin telah berlaku pada penghujung Dinasti yang ke-13 Mesir [4].

Struktur and isi

Penghambaan dan pembebasan

Kitab Keluaran fasal 1-18 mengisahkan tentang penghambaan bangsa Israel di Mesir dan pembebasan mereka daripada perhambaan oleh Moses, serta perjalanan mereka dari Mesir hingga ke Gunung Sinai.

Hukum Tuhan dan perjanjian

Kitab Keluaran fasal 19-24 mengisahkan perjanjian diantara Tuhan yang Esa dengan umat-Nya di Gunung Sinai dimana perjanjian itu memberikan bangsa Israel dasar hukum agama Yahudi, sivil, dan moral mereka.

Tempat ibadat dan peraturan ibadat

Kitab Keluaran fasal 25-40 mengisahkan pembinaan tempat ibadat (Rumah Ibadat Solomon or Temple of Solomon) bagi Yahudi, peraturan untuk para rabbi, dan cara bagaimana beribadat kepada Tuhan.

Rujukan

  1. ^ Istilah Yunani #1841: Leksikon Yunani Strongs
  2. ^ Istilah "Allah" yang digunakan oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia menjadi perkara kontroversi pada masa kini. Penggunaan istilah "Allah" di artikel ini cuma mencerminkan penggunaan masyarakat Kristian Malaysia sendiri dan tidak bertujuan untuk membuat apa jua pendirian di dalam kontroversi tersebut
  3. ^ Harris, Stephen L. (2007), Understanding the Bible, Boston, Mass.: McGraw-Hill, ISBN 0072965487
  4. ^ Bietak, M. (1991), "Egypt and Canaan during the Middle Bronze Age", Bulletin of the American Schools of Oriental Research, 281: 27–72, doi:10.2307/1357163



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.