Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mrzackhangrove (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4: Baris 4:
moto = Bersatu Berkhidmat Berjasa |
moto = Bersatu Berkhidmat Berjasa |
ditubuhkan = [[Oktober]] [[1980]] |
ditubuhkan = [[Oktober]] [[1980]] |
rektor = En. Hashim Bin Deraman (Pengarah) |
rektor = Pn. Hjh Saadiah Bt. Bani (Pengarah) |
hal_ehwal_pelajar =   |
hal_ehwal_pelajar =   |
lokasi = Sungai Petani, Kedah |
lokasi = Sungai Petani, Kedah |

Semakan pada 01:01, 26 Julai 2010

IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
Fail:Logolama.jpg
Moto Bersatu Berkhidmat Berjasa
Ditubuhkan Oktober 1980
Rektor Pn. Hjh Saadiah Bt. Bani (Pengarah)
HEP  
Lokasi Sungai Petani, Kedah
Pelajar Kursus Persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Sijil Perguruan Khas
Laman web http://www.ipsah.edu.my/

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPG KSAH) merupakan salah sebuah institut pengajian tinggi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjalankan kursus-kursus perguruan peringkat sijil, diploma dan ijazah.

Ditubuhkan sejak 1976, institut ini adalah antara empat buah institut pendidikan guru dalam Rancangan Malaysia Ketiga yang dibiayai pinjamannya dari Bank Dunia.

Sejarah ringkas

Rancangan pembinaan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, sebelum ini dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Sungai Petani bermula sejak tahun 1976. Institut ini merupakan institusi perguruan yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman.

Serentak dengan rancangan pembinaannya di Sungai Petani, Institut ini mula berfungsi di Pulau Pinang dengan menggunakan nama Maktab Perguruan Jalan Northam.

Sekitar tahun 1978 dan 1979,antara bangunan-bangunan yang siap dibina ialah sebuah blok pentadbiran dan bilik-bilik kuliah, 8 buah blok asrama yang tiap-tiap satu boleh menampung 90 orang pelajar, dewan syarahan, sebuah bangunan perpustakaan, sebuah gimnasium, sebuah dapur dan dewan makan, 4 unit flat untuk pensyarah, 24 unit rumah pekerja, dan rumah Pengetua.

Perpindahan dari Jalan Northam, Pulau Pinang ke Sungai Petani, Kedah bermula pada pertengahan tahun 1979.Pada mulanya institut ini dikenali sebagai Maktab Perguruan Sungai Petani kemudian ditukar kepada Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman sekarang ini.

Dalam bulan Oktober, Majlis Penyampaian Sijil yang pertama telah diadakan. Seramai 319 orang guru pelatih yang menerima latihan di Maktab Perguruan Jalan Northam dan di Sungai Petani telah menerima Sijil Perguruan mereka daripada Yang Berbahagia, Tan Sri Dato' Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam majlis tersebut.

Rujukan