Juita Viden: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 19: Baris 19:
| homepage = http://www.juitaviden.com
| homepage = http://www.juitaviden.com
}}
}}
'''Juita Viden Sdn Bhd'''(juga dikenali sebagai Juita Viden Group) ialah sebuah syarikat hiburan yang terbesar di Malaysia.
'''Juita Viden Sdn Bhd''' (juga dikenali sebagai Juita Viden Group) ialah sebuah syarikat hiburan yang terbesar di Malaysia.


==Pengenalan Syarikat==
==Pengenalan Syarikat==

Semakan pada 08:29, 26 Julai 2010

Juita Viden Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahSendirian berhad
IndustriPengedaran televisyen
GenreHiburan
Ditubuhkan1978
Ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor[1], Malaysia
Tapak webhttp://www.juitaviden.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Juita Viden Sdn Bhd (juga dikenali sebagai Juita Viden Group) ialah sebuah syarikat hiburan yang terbesar di Malaysia.

Pengenalan Syarikat

Ia ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran kandungan televisyen di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1978 olreh Datuk Foo Ah Kow, Juita Viden sudah menjadi antara pembekal kandungan televisyen yang terbesar di negara. Juita Viden kini beroperasi di Phileo Damansara, Petaling Jaya, Selangor, bersama beberapa buah anak syarikat yang menerbitkan kandungan televisyen edaannya.

Perkhidmatan

Pengedaran dan penjualan waktu siaran

Juita Viden merupakan salah sebuah pengedar kandungan televisyen tempatan dan luar negara yang terbesar di Malaysia, menawarkan pelbagai genre rancangan seperti drama, komedi, filem, format permainan dan realiti, dan animasi. Perkhidmatan edaran Juita Viden tidak terhad di Malaysia, malah meliputi kebanyakan negara di Asia. Juita Viden telah membawa siri TV Amerika Syarikat seperti The X-Files, 24 dan Prison Break ke kaca TV Malaysia, serta membantu menerbitkan rancangan televisyen realiti tempatan Akademi Fantasia dan Fear Factor Malaysia dari format-format luar negara.

Unit Media Services membantu penyiar televisyen tempatan Malaysia, dan juga saluran serantau Nickelodeon dan MTV Asia, menjual ruang iklan bagi slot waktu penyiaran bahan-bahan edaran Juita Viden.[2]

Penerbitan

Kebanyakan usaha penerbitan rancangan tempatan di bawah Juita Viden dilakukan oleh empat buah anak syarikat, iaitu Juita Entertainment, Filem Karya Nusa, Filmscape, Luminous Production dan Skywalker TV Facility House. Filem Karya Nusa terkenal kerana banyak mengalih suara animasi dan bahan televisyen luar negara ke bahasa Malaysia untuk tatapan penonton tempatan.[3] Filmscape yang ditubuhkan oleh Kabir Bhatia dan Mira Mustaffa, menjadi antara penerbit drama televisyen paling diminati ramai seperti Manjalara, Frontpage, Kekasihku Seru dan Nur Kasih, tidak lupa juga menjayakan filem-filem Cinta dan Sepi. Luminous merupakan penerbit rancangan permainan Deal or No Deal Malaysia dan Celebrity Karaoke, rancangan hiburan berbahasa Cina Shout Out! It’s Show Time. Selain menerbitkan rancangan televisyen, Skywalker juga khusus menghasilkan iklan televisyen.

Lain-lain

Unit Licensing & Merchandising berfungsi melesenkan perdagangan barangan cenderamata dan promosi acara istimewa dari rancangan-rancangan televisyen edaran Juita Viden.

Juita Viden bersama Berjaya Group menjalankan perniagaan jualan video (VCD/DVD) dengan label Berjaya HVN.

Rujukan

Pautan luar