Wikipedia:Kedai Kopi (lain-lain): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
Ychmatematik (bincang | sumb.)
Baris 207: Baris 207:


Saya lihat sambutan pengguna baru oleh para penyelia dan pengguna aktif terabai dan dilakukan secara ''arbitrary''. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana semua pengguna baru mesti mendapat sambutan, dan mereka tidak seharusnya dinafikan ia hanya disebabkan mereka ciptakan akaun berkenaan semasa "waktu tidak sesuai". Juga, sila maklum akan [[Templat:Interd]] untuk pengguna asing (cara untuk berlaku adalah dengan menanggap semua pengguna sebagai tempatan dahulu, dan kemudian jika mereka mengatakan diri sebagai asing di laman pengguna mereka, maka gantikan tempat sd dengan interd di laman perbualan mereka). — [[Pengguna:Alistair|Alistair 阿力斯特伊儿]] 08:50, 22 Julai 2006 (UTC)
Saya lihat sambutan pengguna baru oleh para penyelia dan pengguna aktif terabai dan dilakukan secara ''arbitrary''. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana semua pengguna baru mesti mendapat sambutan, dan mereka tidak seharusnya dinafikan ia hanya disebabkan mereka ciptakan akaun berkenaan semasa "waktu tidak sesuai". Juga, sila maklum akan [[Templat:Interd]] untuk pengguna asing (cara untuk berlaku adalah dengan menanggap semua pengguna sebagai tempatan dahulu, dan kemudian jika mereka mengatakan diri sebagai asing di laman pengguna mereka, maka gantikan tempat sd dengan interd di laman perbualan mereka). — [[Pengguna:Alistair|Alistair 阿力斯特伊儿]] 08:50, 22 Julai 2006 (UTC)

--------
--------
Saya terlupa tentang keupayaan komputer. Kan komputer boleh mencetuskan sambutan secara automatik? Kalau perisian Wikipedia dapat mencetuskan palang jingga ketika seseorang pengguna memberi pesanan dalam laman perbualan, perisian ini memang ada keupayaan untuk mencetuskan sambutan secara automatik.
Saya terlupa tentang keupayaan komputer. Kan komputer boleh mencetuskan sambutan secara automatik? Kalau perisian Wikipedia dapat mencetuskan palang jingga ketika seseorang pengguna memberi pesanan dalam laman perbualan, perisian ini memang ada keupayaan untuk mencetuskan sambutan secara automatik.


Mungkin kita boleh mempergunakan rangkaian kedutaan kita untuk memperoleh pengetahuan untuk berbuat demikan. — [[Pengguna:PM Poon|PM Poon]] 11:49, 23 Julai 2006 (UTC)
Mungkin kita boleh mempergunakan rangkaian kedutaan kita untuk memperoleh pengetahuan untuk berbuat demikan. — [[Pengguna:PM Poon|PM Poon]] 11:49, 23 Julai 2006 (UTC)

----

::Wahai, semua ini disebabkan oleh soal manajmen. Pentadbiran di sini sebenarnya tidak formal, kekurangan fomaliti. Pasal kita orang semua bekerja secara sukarela, jadi waktu bertugas itu tidak tetap. Cadangan PM poon memang tepat pada sasarannya, kalau ada robot yang bekerja untuk kita, kita pasti senang. Ataupun kita buat sesuatu perubahan ke atas perisian Mediawiki ini. Tapi ini perlu ilmu yang mendalam.

Sementara menunggu kelahiran robot penyambut tetamu, penyelesaian mudah sekarang ialah pihak penyelia menetapkan satu masa yang khusus untuk melaksanakan kerja ini, dalam waktu bertugas, disiplinkan diri, jagan gatal-gatal nak buat suntingan baru. Misalnya Ychmatematik buat kerja ini setiap hari sebelum pergi tidur pada pukul 12:30 malam
15:39, 23 Julai 2006 (UTC)


==Rencana pilihan==
==Rencana pilihan==

Semakan pada 15:39, 23 Julai 2006

  
    سلامت داتڠ ککداي کوڤي ويکيڤيديا بهاس ملايو


   Selamat datang ke Kedai Kopi
Wikipedia Bahasa Melayu


Lihat juga >> Tetamu · Penyelia · Soalan

Seperti namanya, Kedai kopi, halaman ini ialah tempat untuk para ahli Wikipedia berkumpul dan berbincang tentang isu-isu dasar, teknikal dan pengendalian Wikipedia. Selain itu, ia juga menjadi laman untuk ahli menyatakan cadangan, meminda atau memansuhkan dasar Wikipedia Bahasa Melayu melalui proses pengundian. Kedai Kopi dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kedai kopi (dasar), kedai kopi (cadangan), kedai kopi (teknikal) dan kedai kopi (lain-lain). Setiap bahagian mempunyai fungsi perbincangannya. Ahli dinasihatkan untuk berbincang pada bahagian yang telah ditetapkan itu.

Walau bagaimanapun, diingatkan:

  • Untuk komen-komen tentang sesebuah rencana, sila gunakan pautan "Perbincangan" pada laman rencana tersebut.
  • Wikipedia bukanlah sebuah syarikat. Penyumbang Wikipedia tidak bekerja untuk Wikipedia. Mereka ialah sukarelawan yang bebas menyumbang di Wikipedia. Wikipedia tidak akan membayar gaji anda, sebaliknya sumbangan anda bagi tabung penyelenggaraan amat dihargai.
  • Wikipedia bukan tempat iklan (iklan akan dipindahkan atau dibuang).
  • Perbincangan yang tidak berkaitan akan dipadam.
  • Sila tinggalkan tandatangan dan tarikh bagi kiriman anda (dengan menaip ~~~~ atau klik butang Tandatangan dengan cap waktu pada bar peralatan penyuntingan).

Catatan: Jika perkara yang anda hendak sampaikan berkenaan hal InterWiki, sila ke Kedutaan.

Bahagian Kedai Kopi
Bincangkan mengenai dasar-dasar yang sedia ada atau yang diusulkan di sini
Bincangkan mengenai dasar-dasar yang sedia ada atau yang diusulkan di sini

Dasar

Memberi cadangan kepada Wikipedia atau memohon pendapat
Memberi cadangan kepada Wikipedia atau memohon pendapat

Cadangan

Bincangkan mengenai isu-isu teknikal di sini
Bincangkan mengenai isu-isu teknikal di sini

Teknikal

Bincangkan mengenai topik-topik yang tidak berkaitan dengan kategori lain
Bincangkan mengenai topik-topik yang tidak berkaitan dengan kategori lain

Lain-lain

Kembali ke muka utama Kedai Kopi


Hari ulang tahun pilihan

Dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa saya akan menterjemahkan rencana "Hari ulang tahun pilihan" sehingga akhir bulan ini, iaitu 31 Julai 2006. Sebenarnya, saya tidak sanggup mengambil tanggungjawab ini tetapi cuma hendak membantu mengautomasikan rencana "Peristiwa dalam Hari Ini" serta menunjukkan bagaimana menggunakannya sahaja. Bagaimanapun, saya berasa tiada orang membacanya dan jika ada cadangan untuk menghapuskan rencana ini daripada Halaman Utama, saya berasa cadangan itu adalah baik juga dan harus diberikan pertimbangan yang wajar. — PM Poon 20:16, 2 Julai 2006 (UTC)[balas]

Saya bantah penghapusan sudut Peristiwa hari ini di Laman Utama kerana saya berpendapat ia memang merupakan sesuatu yang baik untuk Wikipedia Melayu ini. Paling mendalam, ia sedikit sebanyak mendidik pembaca tentang perkara yang berlaku pada hari yang sama dalam sejarah dan paling cetek, ia adalah tanda bahawa Wikipedia ini sentiasa terkini dan bukannya satu laman mati serta membantu mengekalkan satu format sudut-sudut empat segi yang menarik. Saya tidak pasti akan dakwaan akan "tiada pembaca" tetapi saya sebagai satu sentiasa memberi perhatian (meskipun bukan perhatian penuh) kepadanya. Namun sebagai memahami keadaan PM Poon, mengemaskinikannya dengan menterjemah daripada Wiki-En sentiasa adalah terlalu memenatkan. Tapi kalau ya pun, kenapa tak minta bantuan je? Saya boleh pikul sebahagian daripada bebannya. Berat sama dipikul,ringan sama dijinjinglah! Alistair 阿力斯特伊儿 03:39, 3 Julai 2006 (UTC)[balas]

Laman utama dan pembahagian kerja

Sukacitanya saya umumkan yang pendirian sudut baru gambar pilihan, meskipun berhadapan dengan beberapa teething problems pada awal penubuhan, kini berjalan lancar. Dengan bantuan Aurora juga, keempat-empat sudut pilihan laman utama kini kembali dengan empat warna dan kemenarikannya yang terdahulu bahkan juga ada ikon gambar pula. Terima kasih dan tahniah kepada beliau kerana turut membantu melancarkan pengubasuaian templat pengenalan laman utama supaya ia kelihatan menarik dan padat kepada para pembaca. Para pengguna aktif kini boleh membuat pencalonan aktif di sumbangan pilihan gambar sebagaimana di sumbangan pilihan rencana. Semoga juga fasiliti ini akan menjadi pemangkin kepada semua untuk mengarang rencana-rencana mengenai tempat-tempat perlancongan di negara kita Malaysia bersertakan apa-apa gambar yang mereka boleh dapat mengenai destinasi-destinasi berkenaan supaya terpapar di Laman Utama untuk penglihatan semua.

Juga sebagai lanjutan kepada penyataan PM Poon akan keinginan beliau berhenti bertanggungjawab atas terjemahan Hari ulang tahun pilihan, saya fikirkan ia adalah wajar, memandangkan beliau tidak lagi merupakan penyelia di portal ini, dan sudah awal-awal lagi menyatakan bahawa beliau akan kurang aktif dalam penglibatannya di Wikipedia, oleh yang demikian, beliau tidak perlu bertanggungjawab dan anggapan bertentangan adalah tidak adil dan melanggar hak asasi manusianya. Ini berbeza dengan penyelia yang memang punyai tanggungjawab. Maka untuk melicinkan pentadbiran di Laman Utama, saya cadangkan beban kerja yang perlu untuk memastikan pengemaskinian dibahagikan secara jelas secara berikut;

  • Saya (Alistair) akan ambil alih tanggungjawab Hari ulang tahun pilihan/Peristiwa hari ini pada Laman Utama selepas perletakan tanggungjawab ini oleh PM Poon menjelang 1 Ogos bulan depan.
  • Aurora dipertanggungjawabkan menjaga pengemaskinian sudut Tahukah anda?
  • Rencana pilihan dan Gambar pilihan diserahkan kepada Master2841 dan Polar untuk pengemaskinian setiap 1, 11 dan 21 hari bulan. Saya cadangkan begini kerana sedar akan tanggungjawab mereka di alam realiti (terutama Polar) maka mereka boleh bahagikannya secara satu untuk satu, atau boleh bertanggungjawab bersama dan membantu satu sama lain dalam pengemaskinian.
  • Rencana bulan ini ditukar sebulan sekali, oleh itu sesiapa pun boleh menukarnya apabila tiba waktunya. Ataupun sekiranya permohonan Didie untuk menjadi penyelia berjaya, beliau pula boleh dipertanggungjawabkan bagi sudut ini, sekurang-kurangnya buat masa permulaan kerjaya penyeliaannya.

Saya rasa, rangka kerja di atas adalah adil dan saksama (fair and just) buat masa ini. Ambil perhatian bahawa ia bukanlah sesuatu jadual yang akan kekal selamanya, mahupun akan dikuatkasakan sehingga terlalu rigid. Penyelia masih boleh membantu antara satu sama lain apabila mengekalkan kelicinan Laman Utama, tetapi adalah perlu untuk penyelia bertanggungjawab seperti di atas secara hakiki. Sekian untuk dipertimbangkan. — Alistair 阿力斯特伊儿 13:38, 3 Julai 2006 (UTC)[balas]

Nampaknya Alistair sudah mengagihkan kerja. Saya terima kerja yang diberi untuk dilakukan dengan sebaik mungkin jika tidak sibuk. Semoga penyelia yang lain dapat turut membantu terutama rakan seperjuangan saya iaitu Master2841, semoga masih dapat memberikan kerjasama. Sekian setelah dipertimbangkan. Harap maklum. Polar 14:30, 3 Julai 2006 (UTC)[balas]
Ok. ...Aurora... 00:54, 4 Julai 2006 (UTC)[balas]
tahniah...!korang memang bagus...syabas dengan gambar pilihan, saya memang tertarik....hidup wikipedia...che 06:40, 4 Julai 2006 (UTC)[balas]

Bagi "Hari ulang tahun pilihan", saya berasa semua pengguna boleh tolong-menolong, berbanding meninggalkan tanggungjawab kepada Alistair seorang. Walau bagaimanapun, memang kena ada seorang yang bertanggungjawab terhadap rencana itu.

Sebenarnya, penterjemahan untuk rencana beberapa hari tak susah. Yang susah ialah kerana tiada angin nak menterjemahkan dan masa dah sampai, hehehe. Itulah tekanan. Berbanding ciri yang lain, umpamanya Rencana Pilihan, dan Gambar Pilihan, rencana "Hari ulang tahun pilihan" tidak perlu perbincangan. Cuma ambil papan kekunci dan tulis saje. Lagi pun, kita tidak perlu mengikut sebarang jujukan. Jika kita hendak menterjemahkan rencana untuk 25 Disember sekarang, kita pun boleh berbuat demikian, tanpa menunggu apa-apa. — PM Poon 05:45, 5 Julai 2006 (UTC)[balas]

Ya..semua boleh tolong menolong..che 16:44, 7 Julai 2006 (UTC)[balas]

Makluman semasa

Beberapa perkara untuk perhatian semua.

Koresponden hal semasa

Berbanding menyokong penubuhan Wikinews Bahasa Melayu, tindakan yang saya ambil adalah mencipta teg baru jawatan Wikipedia iaitu Koresponden hal samasa ({{Pengguna wikipedia/Koresponden}}). Sesiapa yang berminat menjadi Koresponden hendaklah sentiasa mengemaskinikan laman Wikipedia:Hal Semasa dan menulis rencana berkenaan hal semasa terbaru (agak mencabar kerana isi rencana sentiasa berubah dengan pantas). Saya rasa inilah satu-satunya pilihan terbaik berbanding mengadakan Wikinews Bahasa Melayu buat kini. Umumnya semua mengetahui mana perginya projek Wikipediasister Melayu yang lain kini bukan?

Sumbangan pilihan

Hasil perbincangan saya dengan PM Poon, kesemua sumbangan pilihan (Rencana bulan ini, Rencana pilihan dan Gambar pilihan) kini bertukar secara bulanan. Nampaknya berlaku kekeliruan akan beza Rencana bulan ini dan Rencana pilihan, sesuatu yang mula ternampak apabila saya nampak Master2841 mencipta teg Rencana bulan ini (yang saya sudah ubahsuai) tetapi ketara apabila Polar bertanyakan saya apa gunanya Rencana bulan ini jika Rencana pilihan "pun bertukar secara bulanan". Sesiapa yang telah membaca Wikipedia:Rencana bulan ini dan Wikipedia:Portal masyarakat akan mengetahui bahawa Rencana bulan ini bukanlah pencalonan rencana yang sudah piawai, tetapi yang berpotensi menjadi piawai sahaja. Tujuan sebalik penubuhan Rencana minggu ini terdahulu (Rencana bulan ini kini) adalah untuk mengenalpasti satu rencana yang semua orang usahakan bersama menjadi piawai, selaras dengan semangat kemasyarakatan (atau dengan nama lain, rencana gotong-royonglah). Perkara yang diharapkan penubuhan Rencana bulan ini berlaku bulan lepas apabila Piala Dunia FIFA 2006 telah menjadi rencana bulan ini, dan semua orang telah berusaha bersama mempiawainya. Pada hari ini ia telah pun menjadi Rencana pilihan. Itulah gunanya Rencana bulan ini, iaitu pemilihan satu rencana yang boleh diusahakan bersama menjadi rencana piawai. Diharap semua maklum sekarang ini. (Diharap juga rencana bulan Julai, Julius Caesar akan mendapat sambutan yang sama). Di samping ini, kedua-dua sumbangan pilihan baru Gambar pilihan dan Rencana bulan ini masih belum mendapat sambutan, dengan pencalonan Rencana pilihan telah booked sampai bulan Oktober (hasil pemerlahahan penukaran Rencana pilihan). Diharap dengan pemerlahanan Rencana pilihan, sedikit sebanyak tenaga pencalonan boleh pergi ke kedua-dua sudut Rencana bulan ini dan Gambar pilihan pula. Sila baca peraturan Wikipedia:Apakah itu rencana bulan ini? dan Wikipedia:Apakah itu gambar pilihan? sebelum mencalon. Kedua-dua Rencana bulan ini dan Rencana pilihan kini juga ada teg pengiktirafan rencana tersendiri juga ({{rencana bulan ini}}, {{rencana pilihan}}). — Alistair 阿力斯特伊儿 09:10, 8 Julai 2006 (UTC)
Cuma nak tanya kenapa tukar jadi sebulan sekali, tak cukup calon ke? ...Aurora... 07:13, 15 Julai 2006 (UTC)
Summary: Rencana pilihan ditukar menjadi sebulan sekali disebabkan:
  1. Memudahkan penukaran automatik (sistem harian ke sistem bulanan).
  2. Pencalonan rencana pilihan sebelumnya memang memuaskan, tetapi pencalonan gambar pilihan dan rencana bulan ini tidak. Dengan pemerlahanan ini, diharap pengguna ramai lebih menitik beratkan pencalonan kedua-dua sumbangan pilihan yang lain.
Alistair 阿力斯特伊儿 07:45, 15 Julai 2006 (UTC)

Pengguna teraktif

Anda boleh mengecek (hee...hee...) memeriksa statistik di http://stats.wikimedia.org/EN/TablesWikipediaMS.htm

Lihat penyumbang last 30 days, PM Poon tertinggi. Salam............ Yosri 12:11, 13 Julai 2006 (UTC)[balas]

User	Edits						First edit	
	Articles				Other			
	rank		last	total	total	last	date	days
	now	Δ	30 days			30 days		ago
Yosri	1	 0	573	15554	3370	208	Sep 16, 2003	961
PM_Poon	2	 0	1961	13288	4362	792	Aug 16, 2005	261
Aurora	4	 0	183	2663	1079	128	Sep 30, 2004	581
Master2841	6	1	167	1271	589	149	Aug 13, 2005	264
Che090572	8	7	466	1108	343	199	Jan 28, 2005	461
Polar	9	1	109	995	472	145	Sep 19, 2005	227
Mohamad_Najib	10	-2	5	946	146	3	Apr 09, 2004	755
Cassiopeta7	13	-1	11	844	260	2	Aug 14, 2005	263
Emrrans	16	2	160	599	672	114	Dec 02, 2005	153
Andi_Ramadhan	19	 0	5	384	87	4	Apr 17, 2005	382
Coljames	20	 0	3	381	85	1	Jun 19, 2005	319
Robbot	22	 0	3	290			Jan 20, 2004	835
Ychmatematik	23	1	20	288	197	66	Aug 16, 2005	261
Hayabusa_future	24	-1	1	281	106	1	Feb 26, 2005	432
Meursault2004	28	 0	1	199	90		Feb 17, 2004	807
Aiman_abmajid	29	4	82	199	107	81	Oct 02, 2005	214
Johnleemk	30	1	53	177	82	5	Mar 05, 2004	790
Earth	34	 0	9	101	63	8	Jan 02, 2006	122
Mag	40	 0	1	57	8		Aug 24, 2005	253
Saripol	41	3	5	56	31		Oct 19, 2005	197
Carlyle	43	3	10	54	2		Jan 19, 2006	105
Wkong	47	5	12	45	8	4	Aug 03, 2005	274
Alistair	53	70	28	34	44	38	Jan 06, 2006	118
Nerake	57	9	10	28	24	19	Mar 14, 2006	51
Malaun	58	135	26	28			Apr 03, 2006	31
Ahoerstemeier	59	-3	1	27	6		Nov 21, 2004	529
Rizman5207	61	...	25	25	2	2	May 05, 2006	
Lloni_Mohd_Ar-Rafi	67	61	17	22	1		Jul 20, 2005	288
Sharifah_munira	70	...	19	19	18	18	Apr 26, 2006	8
Bacabaca	72	-3	1	18	21	9	Mar 21, 2006	44
A41fung	73	...	18	18			Apr 27, 2006	7
Artakus	79	-2	1	15	12	4	Feb 17, 2006	76
Hariadi	90	...	13	13	5	5	Apr 19, 2006	15
Rafi	95	...	12	12			Apr 08, 2006	26
Uzairi	96	...	12	12			May 01, 2006	3
Vargenau	101	-3	2	11			Jan 18, 2006	106
Bahar	110	-4	1	9			Mar 07, 2006	58
Diagraph01	113	2	1	8	3		Sep 14, 2005	232
Muizz	117	7	2	8			Feb 11, 2006	82
Sirius_Zwarts_Bot	120	...	8	8	3	3	Apr 30, 2006	4
Ge2006	121	...	8	8	1	1	May 05, 2006	
X42bn6	129	56	5	7	10	4	Dec 08, 2005	147
Nur_za	137	...	6	6			Apr 13, 2006	21
Kojek501	138	...	6	6	2	2	Apr 14, 2006	20
Didie	139	...	6	6			Apr 30, 2006	4
Jojo87	147	47	3	5			Apr 04, 2006	30
Jasontan6	158	...	4	4			May 01, 2006	3
Uchiha_hikari	178	...	3	3	1		Apr 13, 2006	21
Fansuri	214	...	2	2			May 05, 2006

Sebenarnya, sebelum ini saya pernah melayari laman http://stats.wikimedia.org/EN/TablesWikipediaMS.htm ini namun setelah menunggu sekian lama, tiada sebarang perubahan kedudukan pun. Boleh tak sesiapa pengguna sudi mengemaskininya. - ...Didie!!!... 11:16, 14 Julai 2006 (UTC)[balas]

Ia diselenggara oleh en:User:Erik Zachte dan (biasanya) dikemaskini sebulan sekali. ...Aurora... 07:13, 15 Julai 2006 (UTC)[balas]

Senarai yang Didie berikan itu pun termasuk perkara kecil seperti menyambut pengguna baru atau sekadar meletakkan interwiki juga (malah bot pun kira juga ke?) Pada pendapat saya, kita seharusnya menitik beratkan sumbangan yang bermakna lebih daripada sekadar suntingan kecil, iaitu sumbangan rencana, kerana itulah tujuan Wikipedia dan hanya pengguna yang membuat kerja ke arah itu benar-benar layak bergelar "aktif". Pada pemerhatian saya, pengguna yang termasuk dalam kategori ini hanyalah PM Poon, Dekoelie, Yosri, dan mungkin juga Naisi dan Siber69. Mereka harus dianugerah status pengguna aktif, Ychmatematik (是啊, 我是说你要给他们) :D — Alistair 阿力斯特伊儿 07:54, 15 Julai 2006 (UTC)[balas]

On a lighter note, walaupun pencalonannya sendiri tidak mendapat sambutan, saya amat gembira melihat rencana yang terpilih sebagai rencana bulan ini terus mendapat pembaikian bersama bukan sahaja oleh pengguna berdaftar, malah juga yang bukan berdaftar, dan rencana-rencana baru berkaitan dengannya juga telah muncul; iaitu sesuatu yang saya tidak jangkakan. Tahniah! Diharap berterusan. :) — Alistair 阿力斯特伊儿 08:16, 15 Julai 2006 (UTC)[balas]


Penyakit Edititis

Sebenarnya, sikap yang mementingkan penyumbangan adalah baik kerana ini memberikan sedikit galakan untuk persaingan persahabatan. Sikap ini hanya tidak baik ketika seseorang terlalu mementingkan bilangan penyuntingan sehingga sikapnya menjadi tidak produktif, ataupun kaunterproduktif. Umpamanya, terdapat banyak pengguna di Wikipedia bahasa Inggeris yang hanya mementingkan bilangan penyuntingan sehingga penyumbangan mereka merosot menjadi pembetulan ejaan, serta pemasukan kategori dan pautan antara wiki. Mereka tidak lagi menyumbang rencana kerana masa yang diperlukan untuk mengarang sebuah rencana adalah agak lama dan dengan masa itu, mereka mungkin dapat mencatatkan beberapa ratus suntingan. Tingkah laku ini yang dipandang rendah di Wikipedia bahasa Inggeris telah dianggap sebagai satu penyakit dan diberikan nama "edititis". Masalah ini sering berlaku dan selalu ditimbulkan di Wikipedia bahasa Inggeris. Pengguna Kate yang membina perisian Kate's Tool untuk menghitung bilangan penyuntingan sering merupakan sasaran untuk bidasan yang kejam sehingga perisiannya terpaksa dikeluarkan daripada halaman Wikipedia bahasa Inggeris.

Sebenarnya, bilangan penyuntingan biasanya tidak memberikan gambaran yang benar. Umpamanya, Polar dan beberapa pengguna lagi, termasuk Alistair sekarang, menggunakan Microsoft Words untuk menulis rencana. Dari segi bilangan penyuntingan, mereka memang akan kalah walaupun masa yang dihabiskan amat banyak. Saya berpendapat bahawa satu suntingan yang tidak mengandungi lebih daripada 100 perkataan tidak boleh diambil kira. Umpamanya, kekadang selepas saya menyimpan sebuah rencana atau perenggan, saya mendapati satu kesalahan ejaan. Tak kan pembetulan satu ejaan boleh dipersamakan dengan penulisan sebuah rencana ataupun satu perenggan? Jika jawapan ini adalah "ya", memang tidak masuk asal kerana jika saya membuat lagi banyak kesilapan, taraf saya sebagai pengguna menjadi lagi aktif!

Saya berasa satu kayu ukur untuk menentukan penyumbangan seorang pengguna ialah sumbangan kepada calon rencana pilihan. Selain daripada memberikan sumbangan yang konkrit, sumbangan untuk rencana pilihan juga menunjukkan sikap bergotong royong yang merupakan semangat sebuah portal masyarakat. Dengan kata yang lain, kayu ukur ini dapat membunuh dua ekor burung dengan seketul batu, hehehe. — PM Poon 01:18, 16 Julai 2006 (UTC)[balas]


Betul kata PM Poon dan saya sudahpun memadam senarai yang saya buat itu. Jika ada kesilapan sila beritahu saya secepat mungkin. - ...Didie!!!... 03:19, 16 Julai 2006 (UTC)[balas]


Hai Didie, sebenarnya minat tentang pencapaian diri adalah sesuatu yang baik, berbanding sikap tidak ambil kisah, asalkan minat itu tidak merosot menjadi penyakit edititis. Jika kita menyunting seperti biasa, statistik penyuntingan boleh memberikan gambaran yang benar tentang pencapaian DIRI dari sebulan ke sebulan. Bagaimanapun, penggunaan statistik itu untuk membandingkan dengan pengguna yang lain mungkin boleh memberikan gambaran yang salah, seolah-olah membandingkan epel dengan oren. Bagaimanapun sehingga satu tahap penyumbangan, minat tentang statistik itu akan hilang. Sememangnya, pada masa saya memulakan penyertaan di Wikipedia bahasa Inggeris, saya juga amat tertarik kepada statistik itu. Saya berasa ini adalah satu sifat semula jadi bagi pengguna yang agak baru; serupa juga dengan gaya penulisan.

Ketika saya meninggalkan persekolahan, saya suka menggunakan perkataan bombatistik. Selepas menulis draf, saya akan menggunakan kamus untuk menggantikan semua perkataan yang mudah dengan perkataan yang rumit. Selepas dua tiga tahun, gaya penulisan saya berubah selepas saya menyedari bahawa penulisan ialah untuk mengekspreskan diri (menyatakan), dan bukan untuk mengimpreskan orang (berlagak), hehehe.... jika saya menterjemahkan ayat itu, pannya (bahasa Inggeris: pun) akan hilang.

Satu ayat yang cemerlang adalah satu ayat yang dapat menyatakan sesuatu dengan penggunaan perkataan yang paling mudah, bukannya perkataan yang paling susah. Pada pendapat saya, sikap saya itu adalah satu proses semula jadi yang diakibatkan oleh ketakyakinan. Ketakyakinan bukannya sesuatu yang salah kerana semua penulis dan seniman terkenal juga mengalami keadaan ini pada peringkat permulaan, ketika mereka mencontoh tokoh-tokoh yang sudah berjaya. Adalah hanya kemudian bahawa mereka memperkenalkan gaya sendiri. Negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan pun berbuat demikian. Selepas mencontoh negara-negara barat, mereka kini memperkembangkan teknologi sendiri.

Sebenarnya, saya terlalu ketagih kepada Wikipedia sehingga kehidupan saya terjejas. Imbangkanlah kehidupan anda supaya tidak mengalami masalah saya, hehehe, dan anda akan lebih berjaya. — PM Poon 06:34, 16 Julai 2006 (UTC)[balas]


Terima kasih atas nasihat anda, PM Poon. Saya akan mengikut nasihat anda ini juga akan mengimbangi kehidupan antara Wikipedia ini dengan di luar. - ...Didie!!!... 06:44, 16 Julai 2006 (UTC)[balas]

嘿嘿

Bahasa memang merupakan sesuatu yang hebat bukan? Melalui perkataan kita dapat mengekpresi diri, dan perbezaan bahasa sebenarnya boleh mendidik kita mengenai cara bangsa-bangsa di dunia berfikir tentang kehidupan. Bahasa itu sendiri mempunyai kosa kata yang luas bagi expression, dan kalau kita belajar maksud di sebalik perkataan-perkataan satu bahasa dan membanding dengan perkataan lain, hasilnya pengetahuan kita tentang manusia diperkaya lagi. Misalnya seperti yang ditemui semasa saya pelajari bahasa Cina. Mengapa perkataan bagi "barang" dalam bahasa Cina adalah 东西 (dong xi) atau maksud literal "timur barat"? Adakah barang itu merupakan sesuatu yang hanya boleh didapati daripada arah timur dan barat sahaja, tetapi tidak utara dan selatan? Hehe.

Memang apa yang dikatakan PM Poon betul, mempunyai perbendaharaan yang luas itu sesuatu yang baik, bak dalam bahasa mana sekalipun, kerana ia merupakan petanda penguasaan bahasa, tetapi tidak seharusnya disalahgunakan untuk menunjuk-nunjuk kerana penyalahgunaan sebegini sama ertinya dengan penyalahgunaan ilmu, dan ilmu yang disalahguna tidak diberkati pemerolehannya oleh Yang Maha Esa.

Sebagai tambahan kepada topik perbualan, biarlah saya berkongsi bahawa baru-baru ini saya telah membeli dua kamus bahasa, iaitu Kamus Dewan edisi keempat (terbaru) dan Kamus Komprehensif Bahasa Melayu terbitan Oxford-Fajar. Semasa membelit yang kedua itu (yang pertama masih terlalu dear untuk belit, hehe) telah saya temui, di samping beberapa perkara yang membimbangkan (seperti penerimaan perkataan Indonesia seperti militer dan konferensi sebagai perkataan Melayu, di samping masalah biasa iatu wholesale imports dari B.I. - Rock n' Roll adalah "Rok n' Rol", PM Poon, anda mungkin hendak menotakan ini) beberapa istilah yang menarik perhatian saya juga muncul, iaitu perkataan yang wujud dalam bahasa Melayu tetapi jarang sekali digunakan, seperti "absah" (maksud sama dengan "sah" tetapi tidak berkait perkara kertas) disamping beberapa perkataan kembar yang selalu digunakan, tetapi mereka sendiri tidak digunakan, misalnya;

  1. Dulu - Maksud: Sebelum, Before, dan;
  2. Dudi - Maksud: Selepas, After.

Contoh ayat: Dulu dia mengatakan bahawa dia mahu pergi ke sana. Dudi, dia berubah fikiran pula.

  1. Lambat - Maksud: Perlahan, Slow, dan;
  2. Bangat - Maksud: Cepat, Fast.

Contoh ayat: Lambat-bangat dia akan balik juga.

Inilah perkataan yang harus diperbanyakkan penggunaannya di dalam rencana-rencana Wikipedia ini bagi mencerminkan satu ensiklopedia yang tinggi piawainya bukan sahaja daripada fakta yang dipersembahkan, tetapi malahan juga daripada cara ia dipersembahkan. Jadi saya cadangkan semua orang rajinlah membaca kamus mulai sekarang!

Sebenarnya penglibatan saya dalam Wikipedia Melayu telah secara langsung menambah minat saya dalam bahasa ini secara amnya. Walaupun ia merupakan salah satu daripada bahasa ibunda saya, minat saya terhadapnya tidak pernah mendalam sehingga kini. Ia juga untuk perkembangan profesional saya sebenarnya kerana suatu pengamal undang-undang di Malaysia sebaiknya menguasai kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris dengan mantap. Walaupun saya anggap diri saya sebagai satu global citizen yang menyambut baik cabaran globalisasi dengan mempelajari sebanyak bahasa yang mungkin, saya tidak melupakan bahasa kebangsaan saya kerana ia pivotal dalam identiti saya sebagai rakyat Malaysia dan merupakan salah satu kebanggaan yang saya bawa bersama setiap kali saya berdarmawisata di luar negara :D — Alistair 阿力斯特伊儿 08:01, 16 Julai 2006 (UTC)[balas]


Ayat terakhir anda.... saya silap terbaca sebagai "bawa bersama setiap kali saya berdamawisata di luar dunia", hehehe....

Alistair, jika Kamus Dewan menterjemahkan "rock music" sebagai "rock" dalam takrif ketiganya, namun apakah terjemahan untuk "rock and roll"? Sebenarnya, saya berasa terjemahan sebagai Rok n' Rol adalah lebih menepati sistem terjemahan yang disyorkan oleh Dewan Bahasa sendiri, tetapi kelihatannya mereka tidak tahu menggunakan jadual "Kaedah pengejaan istilah pinjaman" yang dicadangkan oleh mereka dalam laman web sendiri, hehehe.

Sebagai Orang Cina Bukan Cina, saya mungkin boleh menjelaskan mengapa "barang dalam bahasa Cina adalah 东西 (dong xi) dan bukan utara dan selatan. Di utara dan selatan cuma ada kutub dan ais, hehehe. Bagaimanapun, saya selalu nak meminta anda mengajar saya bagaimana dapat membelajari bahasa Cina dengan cara yang lebih mudah, pantas dan berkesan. Saya nak tulis "utara dan selatan" dalam bahasa Cina tetapi tidak tahu menulisnya kerana tidak tahu hanyu pinyin (adakah itu nan pei, nang bei, atau nan deska? hehehe) walaupun saya mempunyai perisian Chinese Star, hehehe. — PM Poon 23:47, 16 Julai 2006 (UTC)[balas]

Pengelasan pengguna

Mengikut penyelidikan saya yang mendalam, pengguna-pengguna Wikipedia boleh dibahagikan seperti berikut:


Jumlah suntingan setahun Kategori
0 Pengguna mati
1 - 100 Pengguna katak (penghibernatan)
101 - 500 Pengguna sambilan
501 - 1,000 Pengguna biasa
1,001 - 2,000 Pengguna aktif
2,001 - 3,000 Penagih permulaan
3,001 - 4,000 Penagih biasa
4,001 - 5,000 Penagih teruk (rawatan doktor disyorkan)
Melebihi 5,000 Pengguna gila (tak perlu menjumpai doktor
kerana doktor pun tak dapat merawat;
namun jangan bazirkan wang
Laporan Pusat Penyelidikan PM Poon

Sambutan pengguna baru

Saya lihat sambutan pengguna baru oleh para penyelia dan pengguna aktif terabai dan dilakukan secara arbitrary. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana semua pengguna baru mesti mendapat sambutan, dan mereka tidak seharusnya dinafikan ia hanya disebabkan mereka ciptakan akaun berkenaan semasa "waktu tidak sesuai". Juga, sila maklum akan Templat:Interd untuk pengguna asing (cara untuk berlaku adalah dengan menanggap semua pengguna sebagai tempatan dahulu, dan kemudian jika mereka mengatakan diri sebagai asing di laman pengguna mereka, maka gantikan tempat sd dengan interd di laman perbualan mereka). — Alistair 阿力斯特伊儿 08:50, 22 Julai 2006 (UTC)[balas]


Saya terlupa tentang keupayaan komputer. Kan komputer boleh mencetuskan sambutan secara automatik? Kalau perisian Wikipedia dapat mencetuskan palang jingga ketika seseorang pengguna memberi pesanan dalam laman perbualan, perisian ini memang ada keupayaan untuk mencetuskan sambutan secara automatik.

Mungkin kita boleh mempergunakan rangkaian kedutaan kita untuk memperoleh pengetahuan untuk berbuat demikan. — PM Poon 11:49, 23 Julai 2006 (UTC)[balas]


Wahai, semua ini disebabkan oleh soal manajmen. Pentadbiran di sini sebenarnya tidak formal, kekurangan fomaliti. Pasal kita orang semua bekerja secara sukarela, jadi waktu bertugas itu tidak tetap. Cadangan PM poon memang tepat pada sasarannya, kalau ada robot yang bekerja untuk kita, kita pasti senang. Ataupun kita buat sesuatu perubahan ke atas perisian Mediawiki ini. Tapi ini perlu ilmu yang mendalam.

Sementara menunggu kelahiran robot penyambut tetamu, penyelesaian mudah sekarang ialah pihak penyelia menetapkan satu masa yang khusus untuk melaksanakan kerja ini, dalam waktu bertugas, disiplinkan diri, jagan gatal-gatal nak buat suntingan baru. Misalnya Ychmatematik buat kerja ini setiap hari sebelum pergi tidur pada pukul 12:30 malam 15:39, 23 Julai 2006 (UTC)

Rencana pilihan

Disebabkan bilangan rencana pilihan telah dikurangkan sehingga 12 setahun, dan oleh sebab rencana ini juga dijadikan usaha sama, saya mencadangkan bahawa untuk rencana pilihan, kita hanya menumpukan kepada rencana-rencana Malaysia dan Indonesia sahaja. Ini tidak bermaksud kita tidak mengambil berat tentang rencana lain yang akan diteruskan seperti biasa. — PM Poon 14:36, 23 Julai 2006 (UTC)[balas]