Tiada Lagi Tangisan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Harrykamil (bincang | sumb.)
Harrykamil (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 42: Baris 42:


Baik Misha mahupun Aishah, kedua-duanya menerima pencalonan untuk kategori ''Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita)'' menerusi album rakaman masing-masing pada acara AIM yang berasingan.
Baik Misha mahupun Aishah, kedua-duanya menerima pencalonan untuk kategori ''Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita)'' menerusi album rakaman masing-masing pada acara AIM yang berasingan.

[[Kategori: Lagu Malaysia]]
[[Kategori: Lagu Misha Omar]]
[[Kategori: Misha Omar]]
[[Kategori: Lagu Malaysia 2005]]

Semakan pada 13:34, 8 Ogos 2010

"Tiada Lagi Tangisan"
Single oleh Misha Omar
Dilancarkan pada17 Mei 2004
GenrePop
SyarikatBMG Music (Malaysia)
PenerbitAdnan Abu Hassan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tiada Lagi Tangisan merupakan sebuah lagu ciptaan komposer Adnan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Mohariz Yaakub. Lagu ini telah dinyanyikan oleh penyanyi popular Misha Omar dan dimuatkan dalam album keduanya berjudul Aksara pada tahun 2004. Lagu ini bagaimanapun tidak dijadikan single untuk promosi album tersebut.

Versi Aishah

"Tiada Lagi Tangisan"
Single oleh Aishah
Dilancarkan pada7 Januari 2006
GenrePop
SyarikatBMG Music (Malaysia)
PenerbitAdnan Abu Hassan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lantaran tidak dijadikan single, penerbit lagu ini iaitu Adnan sendiri bertindak merakamkan semula lagu ini dengan vokal penyanyi senior iaitu Aishah pada tahun 2005. Lagu ini dijadikan single pengenalan untuk album ke 10 penyanyi itu berjudul Kurnia yang diterbitkan pada 2006.

Dinyanyikan oleh peserta Akademi Fantasia

Lagu ini juga telah dinyanyikan oleh seorang peserta Akademi Fantasia musim ke 3 (2005) iaitu Idayu ketika berlangsungnya konsert mingguan minggu ke -4. Adnan sendiri sebenarnya adalah salah seorang tenaga pengajar di AF3 ketika itu. Biarpun menyanyikan dengan cemerlang, Idayu bagaimanapun disingkirkan pada minggu tersebut. Aishah juga hadir memberi sokongan.

Pencapaian

Menerusi Aishah, lagu ini tercalon ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke 20. Pun begitu, lagu yang turut bersaing dengan single kedua daripada album Aksara iaitu Dedebu Cinta yang disampaikan Misha sendiri gagal menempah tiket ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2005.

Baik Misha mahupun Aishah, kedua-duanya menerima pencalonan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) menerusi album rakaman masing-masing pada acara AIM yang berasingan.