Zaman (geologi): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
JAnDbot (bincang | sumb.)
k bot membuang: en:Period (geology)
KamikazeBot (bincang | sumb.)
Baris 63: Baris 63:
[[sv:Period (geologi)]]
[[sv:Period (geologi)]]
[[vi:Kỷ (địa chất)]]
[[vi:Kỷ (địa chất)]]
[[uk:Період (геологія)]]

Semakan pada 06:59, 23 Ogos 2010

Dalam geologi, zaman atau kadang disebut juga dengan tempoh, adalah pembahagian waktu geologi yang membahagi era menjadi lembaran waktu yang lebih kecil. Istilah yang sama yang digunakan untuk penandaan lapisan batuan dan catatan fosil adalah sistem; kerana, batuan Sistem Devon dibentuk pada Zaman Devon. Walaupun para ahli paleontologi lebih sering merujuk peringkat fauna dibandingkan geologi, istilah ini sering digunakan dalam persembahan popular paleontologi, termasuk dalam buku dan filem Jurrasic Park.

Beberapa zaman dibahagi lagi menjadi unit yang lebih kecil yang disebut kala (epoch). Pada tahun 2004, International Union of Geological Sciences (I.U.G.S.) mengumumkan wujudnya suatu zaman yang disebut Ediakaran pada era Neoproterozoik, suatu penambahan zaman baru yang terjadi setelah 130 tahun.

Eon Era Periode Mulai, Juta
tahun yang lalu
Fanerozoik Senozoik Neogen (Miosen/Pliosen/Pleistosen/Holosen) [1] 23.0
Paleogen (Paleosen/Eosen/Oligosen) 65.5
Mesozoik Kapur 145.5
Jura 200
Trias 251
Paleozoik Perm 300
Karbon (Mississippian/Pennsylvanian) 359
Devon 416
Silur 444
Ordovisium 488
Kambrium 542
Proterozoik Neoproterozoik Ediakaran 630

Catatan

  1. ^ Beberapa ahli geologi masih menggunakan suatu zaman ketiga atau "sub-era" dari era Senozoik yang disebut Kuarter, terdiri dari dua kala terakhir zaman Neogen dan berlanjut hingga kini.