Fadzil Mohd Noor: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Naval Scene (bincang | sumb.)
+kotak info
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox Officeholder
[[Fail:Fadzilmohdnoor.jpg|thumb|right|180px|Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor]]
|honorific-prefix = <small>[[Darjah kebesaran Melayu|Dato']] [[Ulama|Ustaz]] [[Haji]]</small><br>
|name = Fadzil Mohd Noor
|image = Fadzilmohdnoor.jpg
|imagesize = 150px
|office2 = Presiden [[Parti Islam Se-Malaysia]]
|term_start2 = 1989
|term_end2 = 23 Julai 2002
|predecessor2 = [[Yusof Rawa]]
|successor2 = [[Abdul Hadi Awang]]
|office3 = [[Pembangkang (Malaysia)|Ketua Pembangkang]]
|monarch3 = [[Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Tuanku Ja'afar]]<br>[[Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah|Sultan Salahuddin]]
|primeminister3 = [[Mahathir bin Mohamad]]
|term_start3 = 29 November 1999
|term_end3 = 23 July 2002
|predecessor3 = [[Lim Kit Siang]]
|successor3 = [[Abdul Hadi Awang]]
|birth_date = {{Birth date|1937|3|13|df=y}}
|birth_place =
|death_date = {{death date and age|2002|7|23|1937|3|13|df=y}}
|death_place =
|profession = [[Ulama]]
|party = [[Barisan Alternatif|BA]]-[[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]]
|religion = [[Islam]]
|alma_mater = [[Universiti Al-Azhar]]
}}
'''Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor''' ([[Tulisan Jawi]]: حاج فاضل بن محمد نور) (lahir: [[13 Mac]] [[1937]], meninggal: [[23 Jun]] [[2002]]) merupakan bekas Presiden [[Parti Islam Se-Malaysia]] (PAS).
'''Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor''' ([[Tulisan Jawi]]: حاج فاضل بن محمد نور) (lahir: [[13 Mac]] [[1937]], meninggal: [[23 Jun]] [[2002]]) merupakan bekas Presiden [[Parti Islam Se-Malaysia]] (PAS).



Semakan pada 05:08, 26 Ogos 2010


Fadzil Mohd Noor
Presiden Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
1989 – 23 Julai 2002
Didahului olehYusof Rawa
Digantikan olehAbdul Hadi Awang
Ketua Pembangkang
Dalam jawatan
29 November 1999 – 23 July 2002
RajaTuanku Ja'afar
Sultan Salahuddin
Perdana MenteriMahathir bin Mohamad
Didahului olehLim Kit Siang
Digantikan olehAbdul Hadi Awang
Butiran peribadi
Lahir(1937-03-13)13 Mac 1937
Meninggal dunia23 Julai 2002(2002-07-23) (umur 65)
Parti politikBA-PAS
Alma materUniversiti Al-Azhar
ProfesionUlama

Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor (Tulisan Jawi: حاج فاضل بن محمد نور) (lahir: 13 Mac 1937, meninggal: 23 Jun 2002) merupakan bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar dan Maktab Mahmud pada tahun 1951 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga 1967.

Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).

Politik

Beliau mula bertanding dalam Pilihanraya Umum 1978 menentang Datuk Senu Abdul Rahman tetapi kalah. Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS dan kemudian Timbalan Presiden pada 1982. Pada 30 Mac 1989 beliau dipilih sebagai Presiden PAS selepas pengunduran Tuan Guru Haji Yusof Rawa.

Beliau merupakan ADUN Bukit Raya untuk lima penggal berturut-turut walaupun cuba bertanding bagi kerusi Parlimen beliau tewas, sehinggalah pada Piliharaya Umum 1999, beliau berjaya mengalahkan Datuk Othman Abdul untuk menduduki kerusi Parlimen Pendang dan mengekalkan kerusi ADUN Anak Bukit (sebelum itu Bukit Raya).

Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Lim Kit Siang yang kalah dalam pilihanraya umum itu.

Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK (Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia). Gerak ditubuhkan oleh PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meninggal dunia

Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat Hercules,semasa penerbangan beliau awan telah melindungi jenazah beliau sedangkan tempat lain panas terik. Kejadian ini disaksikan oleh krew-krew penerbangan dan juruterbang. Juruterbang tersebut terus memeluk agama Islam selepas kejadian itu (beliau beragama Hindu).[perlu rujukan]

Jenazah ustaz fadzil noor disemadikan di madrasah di tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir bagi memberi paenhormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga 20 km.[perlu rujukan]

Kata-kata

"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

Rujukan


Penyandang Terdahulu Presiden PAS
30 Mac 198923 Jun 2002
Penyandang Kemudian
Tuan Guru Haji Yusof Rawa Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang