Dragon Ball Kai: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Nama "Cell" lebih tepat
Dean amx (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 127: Baris 127:
| LineColor = 0CA7ED
| LineColor = 0CA7ED
}}
}}
{{Japanese episode list
| EpisodeNumber = 11
| EnglishTitle = Adakah Son Goku akan Tiba Sebelum Masa Tamat? Perlawanan Bersambung Selepas Tiga Jam.
| RTitle = &nbsp;'''/ "Will Goku Make it in Time?! Three Hours Until the Battle Resumes!"'''<ref name="Title" />
| KanjiTitle = 間に合うか孫悟空!?戦闘再開まで3時間
| JapaneseTitle = Maniau ka Son Gokū!? Sentō Saikai Made Sanjikan
| OriginalAirDate = June 14, 2009<ref name="Episode" />
| ShortSummary = Goku gagal tiba dalam masa tiga jam dan pertarungan bersambung. Seketika selepas pertarungan berlangsung, Goku akhirnya sampai di hujung Jalan Ular dan dihantar oleh Dewa ke Bumi seterusnya ke Awan Nimbus di mana pertarungan itu berlangsung. Bezita mengesan kehadiran tenaga yang jauh lebih kuat iaitu tenaga Goku dan mengarahkan Nappa supaya membunuh semua Pahlawan Z yang masih hidup. Kemudian, mereka bercadang untuk pergi ke Planet Namek untuk mencari dan menggunakan Mutiara Naga di situ. Nappa mensasarkan satu tembakan kepada Gohan. Pikolo dengan pantas melindungi Gohan tetapi terkena serangan itu. Akibatnya, seorang lagi pahlawan Z rebah ke bumi.
| LineColor = 0CA7ED
| LineColor = 0CA7ED
}}
}}

Semakan pada 14:12, 29 Ogos 2010

Dragon Ball Kai
Pertempuran Frieza bagi Dragon Ball Kai
GenreShonen / aksi
Anime
Dragon Ball Kai
StudioJepun Toei Animation
Penyiaran AsalFuji TV
Dikeluarkan pada5 April 2009 – kini
Portal Anime dan Manga

Dragon Ball Kai adalah siri anime yang merupakan sebahagian daripada francais Dragon Ball. Mula disiarkan di Jepun pada 5 April 2009, Dragon Ball Kai adalah versi suntingan semula anime asal Dragon Ball Z.

Pada Februari 2009, Toei Animation mengumumkan bahawa mereka akan membuat siaran semula Dragon Ball Z sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20 siri anime asal. Mula disiarkan pada 5 April 2009, di bawah nama Dragon Ball Kai, dengan setiap episod dirakam semula untuk siaran HDTV, ia menampilkan lagu pembukaan dan penamat yang dikemaskini, serta rakaman semula runut vokal oleh kebanyakan seiyu asal.[1][2] Siri ini juga disunting semula supaya ia lebih menghampiri kandungan dalam manga asal, menghasilkan jalan cerita yang lebih pantas, serta pembuangan bingkai yang rosak.[3] Oleh itu, ia boleh dianggap sebagai siri "baru" yang direka daripada siaran asal Dragon Ball Z.

Siri ini setakat ini telah menggunakan tiga muzik tema. Tema pembukaan bertajuk "Dragon Soul" dipersembahkan oleh Takayoshi Tanimoto yang juga mempersembahkan tema penutup pertama bertajuk "Yeah! Break! Care! Break!". Kedua-duanya sebahagian dari satu unit dipanggil Dragon Soul beserta pemain gitar dan komposer Takafumi Iwasaki.[4] Setakat ini terdapat empat visual berlainan mengikut musim bersama satu lagu pembukaan yang sama bermula Pertempuran Saiya kemudiannya Pertempuran Frieza, Pertempuran Android dan terbaru Pertempuran Cell. Tema penutup kedua, bermula dari episod 55 hingga kini, diberi tajuk "Kokoro no Hane" (Jepun: 心の羽根, Hepburn: "Wings of the Heart") dan dipersembahkan Team Dragon dari AKB48, sebuah kumpulan yang semua ahlinya wanita.[5] Walaupun jalan cerita ini diambil dari bahan yang telah wujud, turutan pembukaan dan penutup itu dibuat daripada kaedah animasi yang lain.[6] Himpunan DVD dan cakera Blu-ray pertama dikeluarkan pada 18 September 2009,[7][8] dengan pelepasan jilid individu bulanan. Sama juga dengan set kotak Blu-ray.[9]


Episod Dragon Ball Kai

{{Japanese episode list
# Tajuk Tarikh siaran asal
01 "Tatakai no makuake! Kaette kita zo Son Gokū" (闘いの幕開け!帰ってきたぞ孫悟空) 5 April 2009
Son Goku dan Son Gohan menuju ke rumah Datuk Kame untuk bertemu dengan kawan-kawan lamanya. Sementara itu, satu pahlawan asing yang misteri telah menuju ke bumi untuk mencari seorang lelaki bernama "Kakarott", dan kuasanya jauh lebih hebat berbanding Piccolo! Pahlawan misteri itu akhirnya menuju ke rumah Datuk Kame, dan mendedahkan bahawa "Kakarott" dicarinya adalah Goku dan dan dia juga mempunyai ekor! Sama seperti Son Goku dan anaknya! 
02 "Teki wa Gokû no ani!? Saikyō senshi Saiya-jin no himitsu" (敵は悟空の兄!?最強戦士サイヤ人の秘密) 12 April 2009
Datuk Kame mendedahkan sejarah silam Son Goku tentang penderitaan trauma di kepalanya sewaktu bayi. Pahlawan misteri itu mendedahkan bahawa Goku adalah salah seorang Saiya dan dilahirkan di planet Vegeta dan dia abang kepada Goku. Selepas mendedahkan sejarah Saiya, dia gagal untuk mengajak Goku supaya menyertainya lalu menjatuhkan Goku dengan satu pukulan. Raditz memberitahu Goku bahawa dia akan mengembalikan Gohan jika dia membunuh 100 orang manusia. Piccolo memerhatikan semuanya dari jarak jauh, kemudian berganding bahu dengan Goku untuk menewaskan Raditz. 
03 "Inochi wo kaketa tatakai! Gokū to Pikkoro sute mi no mōkō" (命をかけた闘い! 悟空とピッコロ捨て身の猛攻) 19 April 2009
Goku dan Pikolo bukan tandingan Raditz dalam pentempuran terus. Justeru, mereka bercadang supaya Goku menghalang Raditz sementara Pikolo mengumpul tenaga untuk menyerang Raditz. Rancangan ini gagal apabila Goku tidak dapat memberhentikan Raditz dengan menarik ekornya, walaupun kelemahan orang Saiya terletak pada ekornya. Raditz membelasah Goku dan menyebabkan Gohan mengamuk dan menyerang Raditz di dada hingga retak perisainya. Goku menggunakan peluang ini dengan memeluk Raditz dari belakang sekaligus menguncinya. Pikolo menyerang menggunakan teknik Makankosappo ke atas Raditz dan membunuh Raditz bersama Goku. Sebelum mati, Raditz sempat memberitahu bahawa orang Saiya yang lain akan datang ke Bumi dalam masa setahun. Bulma, Kurilin dan Datuk Kame tiba untuk meratapi saat-saat kematian Goku. 
04 "Son Gokū wa shinjatta... Ano yo to kono yo no kibishii shugyō (kari)" (孫悟空が死んじゃった…あの世とこの世のキビしい修行!(仮)) 26 April 2009
Dewa mengambil Goku bersama jasadnya ke alam selepas mati. Bulma mengambil alat pengesan tenaga milik Raditz dan membaikinya lalu mencari Yamucha, Tien Shin Han dan Chiaotzu. Pikolo melatih Gohan seni mempertahankan diri. Dewa meminta izin supaya Goku dizinkan mencari Raja Kaio melalui Jalan Ular. Kurilin tidak mempunyai kekuatan untuk memberitahu Chi-Chi tentang kematian suaminya dan penculikan anaknya. Pikolo memberitahu Gohan tentang nasib bapanya dan melemparkan Gohan ke arah sebutir batu yang besar dan batu itu pecah. 
05 "Kōya no Sabaibaru! Tsukiyo ga Gohan o Yobisamasu"  3 Mei 2009[10]
Latihan Gohan bermula. Piccolo terpaksa memusnahkan bulan apabila Gohan bertukar menjadi mawas raksasa. Yajirobe memberitahu Kurin, bahawa dia, Kurin, Yamcha, Tienshinhan dan Chiaotzu dijemput berlatih di tempat Dewa. 
6 ""Tadori Tsuita Shūten! Kaiō-sama no Ochame na Shiren"" (辿り着いた終点!界王様のおちゃめな試練) 10 Mei 2009
Enam bulan telah berlalu sejak insiden Gohan menjadi mawas. Dia telah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan belantara yang penuh cabaran. Pikolo mula bercadang untuk melatih Gohan seni pertarungan. Sementara itu, Goku baru sahaja tiba di penghujung Jalan Ular dan bertemu dengan Raja Kaio di atas planetnya yang mana sangat kecil tetapi gravitinya sepuluh kali ganda daripada graviti Bumi. Sebelum memulakan latihan, Goku dicabar membuat Raja Kaio ketawa. Selepas itu, Goku diberi ujian menangkap monyetnya, Bubbles. Ujian itu sangat berat buat Goku kerana gravitinya yang sangat kuat menyebabkan Goku bergerak perlahan. 
7 "Jū-bai Jūryoku to Tatakae! Gokū yo Shugyō wa Kakekko da" (10倍重力と闘え!悟空よ修行はかけっこだ) 17 Mei 2009[10]
Selepas tiga minggu, Goku berjaya menangkap Bubbles. Dia kemudian menghadapi ujian kedua iaitu mencederakan Gregory, seekor belalang yang boleh terbang. Selepas dua minggu mencuba, Goku berjaya dan menguasai graviti planet itu. Raja Kaio bersetuju mengajar Goku teknik kendirinya, Kaio-ken. Di Bumi, Gohan berlatih dengan Pikolo sementara yang lain sibuk memantapkan latihan mereka dengan Dewa. 
8 "Ide yo Shenron! Saiyajin Tsui ni Chikyū Tōchaku" / "Shenron Appears! The Saiyans Arrive Sooner than Expected!"[11] (いでよ神龍!サイヤ人ついに地球到着) May 24, 2009[10]
Raja Kaio menguji kebolehan Goku dengan menghasilkan Bola Jiwa dan menjadikan sebutir bata sebagai sasaran. Goku menghancurkannya tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, Raja Kaio memberi amaran kepada Goku tentang bahayanya menghasilkan Bola Jiwa di bumi. Jadi, Goku bercadang untuk menggunakannya jika itu pilihan terakhir. Selepas tamat latihan, Goku menghantar mesej telepati kepada Datuk Kame supaya menggunakan Mutiara Naga untuk menghidupkannya kembali. Di Bumi, Datuk Kame, Bulma, and Oolong menyeru Shen Long dan meminta supaya Goku hidup semula. Kemudian, mulalah perjalanan jauh Goku untuk pulang melalui Jalan Ular. Keesokan harinya, pahlawan Saiya iaitu Nappa dan Bezita mendarat di Bumi dan bermulalah pencarian Mutiara Naga. 
EpisodeNumber = 9 EnglishTitle = Pergelutan Yamucha! Saibaman yang Dahsyat! RTitle =  / "Yamcha's Struggle! The Terrible Saibamen!"[11] KanjiTitle = ヤムチャ奮闘!おそるべし栽培マン JapaneseTitle = Yamucha Funtō! Osoru Beshi Saibaman OriginalAirDate = May 31, 2009[10] ShortSummary = Bezita dan Nappa keluar dari kapal angkasanya dan menghancurkan Bandar Timur dengan sekali bidas. Mereka kemudiannya berlepas ke pulau di mana terdapatnya Pikolo dan Gohan. Kurilin tiba di pulau itu dan seterusnya bersemuka dengan Bezita dan Nappa. Nappa memberitahu bahawa Pikolo adalah orang Namek. Bezita mengarahkan Nappa menyemai biji benih ke dalam tanah dan enam Saibaman keluar. Tien Shin Han, Chiaotzu, and then Yamucha tiba untuk menyertai perlawanan. Bezita mencadangkan pertarungan satu lawan satu. Tien Shin Han orang pertama berdepan Saibaman. Tien Shin Han berjaya melawan Saibaman tetapi sebelum sempat mengalahkannya, Bezita menghapuskannya terlebih dahulu dan meninggalkan lima yang lain. Kemudian, Yamucha bercadang untuk bertarung menggantikan Kurilin tetapi seekor Saibaman memeluknya dan meletupkan dirinya sekaligus membunuh Yamuca.
10 "Matte ro Chaozu! Tenshinhan Zekkyō no Kikōhō" / "Sit Tight, Chiaotzu! Tien's Screaming Tri-Beam!"[11] (待ってろ餃子! 天津飯絶叫の気功砲) June 7, 2009[10]
Nappa berdepan menentang Pahlawan Z dan membuktikan lawan yang kuat. Semasa serangannya, Tien Shin Han hilang tangannya. Dalam kesedihan, Chaozu 'melekat'kan dirinya di belakang badan Nappa dan meletupkan dirinya tetapi tidak mengapa-apakan Nappa. Sehubungan dengan pengorbanan Chaozu, Tien Shin Han mengumpul semua Kinya dan menyerang Nappa tetapi juga gagal. Akhirnya, Tien Shin Han mati kehabisan Ki. Dengan apa yang tinggal, pasukan itu tidak dapat melakukan apa-apa melainkan menunggu kehadiran Goku. Kurilin berunding dengan dua orang pahlawan Saiya itu dengan memberitahu kehadiran orang yang lebih kuat iaitu Goku. Bezita tertarik dengan perundingan itu dan memeberi tempoh tiga jam sementara kehadiran Goku dapat dipastikan. 
11 "Maniau ka Son Gokū!? Sentō Saikai Made Sanjikan" / "Will Goku Make it in Time?! Three Hours Until the Battle Resumes!"[11] (間に合うか孫悟空!?戦闘再開まで3時間) June 14, 2009[10]
Goku gagal tiba dalam masa tiga jam dan pertarungan bersambung. Seketika selepas pertarungan berlangsung, Goku akhirnya sampai di hujung Jalan Ular dan dihantar oleh Dewa ke Bumi seterusnya ke Awan Nimbus di mana pertarungan itu berlangsung. Bezita mengesan kehadiran tenaga yang jauh lebih kuat iaitu tenaga Goku dan mengarahkan Nappa supaya membunuh semua Pahlawan Z yang masih hidup. Kemudian, mereka bercadang untuk pergi ke Planet Namek untuk mencari dan menggunakan Mutiara Naga di situ. Nappa mensasarkan satu tembakan kepada Gohan. Pikolo dengan pantas melindungi Gohan tetapi terkena serangan itu. Akibatnya, seorang lagi pahlawan Z rebah ke bumi. 
68 "Soshite Kaibutsu ga Ugokidasu... Shutsugeki! Sūpā Namekku-seijin da!" (そして怪物が動き出す…出撃!超ナメック星人だ!) 15 Ogos 2010[10]
Trunks, Gohan, dan Bulma sedang menyiasat mesin masa yang lain dan pada masa yang sama Krillin dan pahlawan-pahlawan lain sedang menonton berita terkini tentang bandar Metro sedang ditimpa satu masalah besar. Gohan menjumpai satu bekas cengkerang pelik yang pernah dihuni oleh satu jenis raksasa. Dewa kelihatan ketakutan kerana manusia dibunuh dan bersetuju bergabung dengan Pikolo. Sebelum bergabung dia berkata bahawa kejahatan dalam Pikolo hampir-hampir hilang dan dunia tidak perlukan Dewa malahan seorang wira. Selepas bergabung, Pikolo dan Dewa yang telah bergabung pergi ke bandar tersebut. Trunks juga mula pergi ke sana. Raksasa itu akhirnya menonjolkan dirinya kepada Pikolo. 
69 "Ore wa Omae no Kyōdai da! Goku no Ki wo Motsu Monsutā" (オレはお前の兄弟だ!悟空の気を持つモンスター) August 22, 2010[10]
Berbalik ke rumah Datuk Kame, Chi Chi mendapati Goku sudah mula pulih. Raksasa itu menggunakan penyengat di ekornya untuk menyerap tenaga hayat seseorang sehingga cair. Raksasa itu tahu nama Pikolo dan mengatakan bahawa dia adalah abangnya. Pahlawan Z yang lain teransang dengan jumlah Ki yang sangat besar dan mari daripada orang yang berbeza termasuk Goku. Semua pahlawan Z kemudiannya berkumpul di satu tempat dan tenaga kuat itu juga wujud di tempat lain. Gohan pergi melihat ayahnya dan melihat ayahnya masih tidur. Hal ini bermakna tenaga kuat itu bukan dari Goku. Kurilin dan Trunks terbang menghala Bandar Halia di mana Pikolo dan raksasa itu bertarung. Android-android itu merasakan getaran atmosfera dan menyatakan salah satu daripada pembaca tenaga bagi musuh Android 17. Pikolo mula menyerang dan raksasa itu mengelak dan kemudian menggunakan Makansappo kepada Pikolo. Pikolo terkejut besar dan berjaya menempis serangan itu. Raksasa itu memberitahu Pikolo bahawa dia tidak setanding dengan Pikolo kerana belum mencapai 'tahap sempurna'. Justeru, disebabkan itulah dia menyerap tenaga manusia untuk meningkatkan tenaga hayatnya. Raksasa itu juga memberitahu bahawa dia sendiri yang menghantar dirinya kembali ke mesin masa. Dia mengembalikan dirinya ke dalam peringkat telur dan muatkan diri ke dalam mesin masa. Selepas itu, dia mengejutkan Pikolo dengan menggunakan teknik Kamehameha dan cuba menyerap Pikolo. Namun, Pikolo sempat melarikan diri tetapi tangan kirinya sudah kecut disedut. Raksasa itu menggelarkan dirinya 'Cell' dan dia mengakui bahawa dia adalah salah satu android. 

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Dragon Ball Z to Rerun on Japanese TV in HD in April". Anime News Network. 2009-02-06. Dicapai pada 2009-02-21.
  2. ^ "Japan's Remastered DBZ to Be Called Dragon Ball Kai". Anime News Network. 2009-02-19. Dicapai pada 2009-02-21.
  3. ^ "Commemorating the 20th Anniversary of the Start of Dragon Ball Z's Broadcast! The Son Goku Legend, Once More!! And its name is... Dragon Ball Kai". V Jump (dalam bahasa Jepun). Japan: Shueisha: 10. 9 Februari 2009.
  4. ^ "オープニング&エンディングテーマが決定!" (dalam bahasa Jepun). Toei Animation. Dicapai pada 15 April 2009.
  5. ^ "チームドラゴン fromAKB48 : チームドラゴン from AKB48、『ドラゴンボール改』ED曲を全11種類のパッケージで発売 / BARKS ニュース". Barks (dalam bahasa Jepun). 1 Jun 2010. Dicapai pada 31 Mei 2010.
  6. ^ "ドラゴンボール改" (Flash) (dalam bahasa Jepun). Fuji Television. Dicapai pada 29 April 2009.
  7. ^ "ドラゴンボール改 1" (dalam bahasa Jepun). Toei Animation. Dicapai pada 3 November 2009. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  8. ^ "ドラゴンボール改 1 (Cakera Blu-ray)" (dalam bahasa Jepun). Toei Animation. Dicapai pada 3 November 2009. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  9. ^ "ドラゴンボール改 BOX1 (Cakera Blu-ray)" (dalam bahasa Jepun). Toei Animation. Dicapai pada 3 November 2009. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  10. ^ a b c d e f g h "各話あらすじ|ドラゴンボール改 東映アニメーション" (dalam bahasa Jepun). Toei Animation. Dicapai pada 28 April, 2009. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  11. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Title tidak disediakan