Surah Al-Qadr: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
D'ohBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: sl:Noč kadr (sura)
Baris 52: Baris 52:
[[pt:Al-Qadr]]
[[pt:Al-Qadr]]
[[ru:Сура Аль-Кадр]]
[[ru:Сура Аль-Кадр]]
[[sl:Noč kadr (sura)]]
[[fi:Al-Qadr]]
[[fi:Al-Qadr]]
[[sv:Al-Qadr]]
[[sv:Al-Qadr]]

Semakan pada 16:40, 11 September 2010


Surah Al-Qadr (سورة القدر) adalah surah ke-97 dalam Al Quran yang terdiri atas 5 ayat, termasuk golongan surah Makkiyah, diturunkan sesudah Surah ‘Abasa. Surat ini dinamai Al Qadr (kemuliaan), diambil dari perkataan Al Qadr yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Isi Kandungan

  • Al Quran dimulai diturunkan pada malam Lailatul Qadr, yang nilainya lebih dari seribu bulan;
  • para malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam Lailatul Qadr untuk mengatur segala urusan.
  • Pada surah Al Qadr ini diterangkan bahawa permulaan Al Quran diturunkan ialah pada malam lailatul Qadr dan diterangkan juga ketinggian malam lailatul Qadr itu.

Hubungan Surah Al-Qadr' dengan Surah Al-Baiyinah

Surat Al Qadr menerangkan tentang permulaan Al Quran diturunkan, sedang Surah Al-Baiyinah menerangkan salah satu sebab Allah menurunkan Al Quran.

Terjemahan ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 97:1]] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ [97.2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ [97.3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ [97.4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.

سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ [97.5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Pautan Luar

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Al-‘Alaq
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Baiyinah
Surah 97