Serangan 11 September 2001: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
TobeBot (bincang | sumb.)
Baris 185: Baris 185:
[[tr:11 Eylül 2001 Saldırıları]]
[[tr:11 Eylül 2001 Saldırıları]]
[[uk:Терористичний акт 11 вересня 2001 року]]
[[uk:Терористичний акт 11 вересня 2001 року]]
[[ur:11 ستمبر 2001ء، امریکہ دہشت گردی]]
[[vec:Atentati de l'11 setenbre]]
[[vec:Atentati de l'11 setenbre]]
[[yi:9/11]]
[[yi:9/11]]

Semakan pada 03:39, 12 September 2010

Serangan 11 September 2001
Serangan 11 September 2001
Bangunan berkembar World Trade Center (WTC) terbakar.
Lokasi Bandaraya New York; Arlington County, Virginia; dan berdekatan Shanksville, Pennsylvania, semua di Amerika Syarikat
Tarikh Selasa, 11 September 2001
8:46 am (2001-09-11UTC08:46) – 10:28 am (2001-09-11UTC10:29) (UTC-4)
Jenis serangan Serangan berani mati, perampasan kapal terbang
Kematian 2,973 mangsa dan 19 perampas
Cedera 6,000+
Pelaku Al-Qaeda dipimpin oleh Osama bin Laden
Ilustrasi menunjukkan tempat dua kapal terbang melanggar WTC New York

Serangan 11 September 2001 (yang juga dipanggil 9/11) terdiri dari beberapa siri serangan berani mati yang dikatakan dilaksanakan secara teratur oleh kumpulan al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada hari Selasa, 11 September 2001.

Pada pagi hari itu, 19 pengganas al-Qaeda[1] telah merampas empat pesawat komersil[2]. Setiap kumpulan pengganas itu mempunyai satu juruterbang terlatih. Pengganas-pengganas ini secara sengaja telah menyebabkan dua pesawat (Penerbangan 175 United Airlines dan Penerbangan 11 American Airlines) terhempas ke dalam bangunan World Trade Center di bandaraya New York, di mana satu pesawat telah melanggar bangunan Utara manakala satu lagi pesawat telah melanggar bangunan Selatan. Ini telah menyebabkan keruntuhan dua bangunan tersebut, di samping daripada mengakibatkan kerosakan yang banyak kepada bangunan yang berdekatan. Perampas-perampas al-Qaeda itu juga telah menghempaskan pesawat ketiga (Penerbangan 77 American Airlines) ke dalam bangunan Pentagon di Arlington County, Virginia, berhampiran dengan Washington, D.C. Penumpang dan anak kapal pesawat keempat (Penerbangan 93 United Airlines) telah cuba mengambil alih kembali pesawat mereka daripada pengganas[3]. Pesawat itu terhempas di Shanksville, Pennsylvania. Tiada seorang pun yang terselamat daripada keempat-empat pesawat ini.

Tidak termasuk 19 pengganas tersebut, 2973 orang telah meninggal dunia sejurus selepas serangan itu.[4] Majoriti mangsa merupakan orang awam, termasuk rakyat asing dari 70 negara.[5] Selain itu, sekurang-kurangny satu kematian akibat penyakit paru-paru disebut seorang pemeriksa perubatan sebagai akibat pendedahan kepada debu runtuhan World Trade Center.[6]

Amerika Syarikat bertindak balas terhadap serangan ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan. Ia menyerang Afghanistan untuk menggulingkan Taliban, yang memberikan perlindungan kepada al-Qaeda. Ia turut mengambil kesempatan itu menyerang Iraq. A.S. juga menggubal Akta Patriot. Banyak negara lain turut berbuat sama dan memperkuat undang-undang anti-keganasan mereka.

Latar belakang

Fail:Story.crash.sequence.jpg
Gambar berurutan menunjukkan Penerbangan 175 United Airlines terhempas ke bangunan selatan World Trade Center.

Empat pesawat komersil telah dirampas dalam perjalanan ke California dari Lapangan Terbang Antarabangsa Logan di Boston, Massachusetts; Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di Washington, D.C., Virginia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di Newark, New Jersey. Keempat-empat pesawat ini mempunyai bahan bakar sebanyak 91,000 liter. [7] Dua daripada pesawat itu telah diterbangkan ke dalam World Trade Center, di mana satu telah diterbangkan ke dalam Bangunan Utara, dan satu lagi ke dalam Bangunan Selatan. Pesawat ketiga telah diterbangkan ke dalam Pentagon, dan pesawat yang keempat telah terhempas di sebuah kawasan berhampiran dengan Shanksville di Pennsylvania.

  • Penerbangan 11 American Airlines, sebuah Boeing 767-200[8] berbadan lebar, telah terhempas ke dalam Bangunan Utara World Trade Center, pada pukul 8:46:30 pagi waktu tempatan, dan telah merempuh tingkat 94-98 bangunan itu.[9]
  • Penerbangan 175 United Airlines, sebuah Boeing 767-200,[10] telah merempuh tingkat 78-84 bangunan South Tower pada pukul 9:02:59 pagi waktu tempatan, sebuah peristiwa yang telah meliputi penyiar televisyen dan pefilem profesional di seluruh dunia.[11]
  • Penerbangan 77 American Airlines, sebuah Boeing 757-200[12] telah terhempas ke dalam bangunan Pentagon pada pukul 9:37:46 waktu tempatan.
  • Penerbangan 93 United Airlines, sebuah Boeing 757-200,[13] telah terhempas ke dalam sebuah padang di bahagian barat daya Pennsylvania hanya di luar Shanksville, yang terletak lebih kurang 240 km (150 batu) barat laut dari Washington, D.C., pada pukul 10:03:11 pagi waktu tempatan. Penghempasan pesawat ini adalah disebabkan oleh tindakan penumpang dan anak kapal pesawat itu yang telah cuba mengambil alih pesawat mereka daripada pengganas.[14]

Pelaku serangan

19 orang telah menaiki 4 buah pesawat untuk menyerang 4 lokasi penting di Amerika Syarikat. Ketuanya adalah Mohammed Atta dari Mesir. Selain itu Abdul Aziz Alomari, Walid Al-Shehri, Satam Al-Suqami, Hani Hanjour dan Ahmed al al-Ghamdi dan lain-lain.

Yazid Sufaat dari Malaysia dikatakan turut terlibat dalam perancangan.

Jumlah korban

Kematian (termasuk perampas)
New York City WTC 2,605[15][16][17]
American 11 87[18]
United 175 60[19]
Arlington Pentagon 125[20]
American 77 59[21]
Shanksville United 93 40[22]
Jumlah 2,976

Dianggarkan seramai 2,995 nyawa terkorban (termasuk perampas kapal terbang) dalam serangan domestik yang paling teruk di Amerika Syarikat. Malah, kadar kematian ini melebihi mereka yang terbunuh selepas serangan ke atas Pearl Harbor oleh tentera Jepun pada 7 Disember, 1941. 246 daripadanya berada dalam 4 kapal terbang (tiada yang terselamat), 2,605 dari New York City dalam menara dan sekitarnya, dan 125 di Pentagon.[23] Semua kematian merupakan orang awam kecuali 55 angota tentera di Pentagon.[24]

Selain Menara Berkembar World Trade Center sendiri, banyak bangunan lain di sekitar turut musnah atau rosak, termasuk 7 World Trade Center, 6 World Trade Center, 5 World Trade Center, 4 World Trade Center, Marriott World Trade Center (3 WTC), dan kompleks World Financial Center.[25]

Kesan

Kesan tentera

Serangan 9/11 telah mengubah secara mengejut dasar luar Amerika Syarikat. Selepas peristiwa tersebut Amerika Syarikat telah mempersalahkan al-Qaeda ke atas serangan-serangan ke atas New York dan Washington, D.C.

Sebagai tindakan balas, Amerika Syarikat melancarkan perang habis-habisan terhadap pengganas Islam di seluruh dunia. Gerakan ini dimulakan dengan serangan terhadap kerajaan Taliban di Afghanistan dengan alasan kerajaan Taliban memberikan perlindungan kepada al-Qaeda dan membenarkan wilayah Afghanistan digunakan sebagai markas latihan al-Qaeda serta sebagai tapak pelancaran serangan ke atas kepentingan Amerika Syarikat.

Presiden George Bush juga mengaitkan al-Qaeda dengan Iraq dan menggunakan kaitan ini untuk memberikan alasan untuknya menyerang Iraq dengan menggunakan, antara lainnya, alasan bahawa kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein telah membantu kumpulan al-Qaeda, walaupun ini kemudiannya terbukti palsu.

Kesan ekonomi

Anggota bomba New York meminta bantuan 10 lagi orang

Serangan ini memberikan kesan ekonomi besar terhadap pasaran Amerika Syarikat dan dunia.[26] Bursa Saham New York (NYSE), American Stock Exchange (AMEX), dan NASDAQ tidak dibuka pada 11 September dan kekal tutup sehingga 17 September. Apabila pasaran saham dibuka semula, Indeks Perindustrian Dow Jones (DJIA) jatuh 684 mata, atau 7.1%, kepada 8921, rekod jatuhan satu hari.[27]

Kesan kesihatan

Ribuan tan reruntuhan puing toksik akibat runtuhnya Menara Berkembar terdiri daripada lebih 2,500 bahan cemar, termasuk karsinogen yang dikenali.[28][29] Ini telah membawa kepada sakit melemahkan di antara pekerja penyelamat dan pemulihan, yang didakwa ramai berkait langsung dengan pendedahan kepada debu reruntuhan.[6][30]

Suruhanjaya 9/11

Kulit laporan Suruhanjaya

Menurut laporan rasmi Suruhanjaya 9/11, sembilan belas lelaki yang merupakan ahli kumpulan al-Qaeda, telah merampas empat kapal terbang komersil di mana dua kapal terbang tersebut telah dihempas kepada dua menara di World Trade Center di Manhattan, bandaraya New York, lalu meruntuhkan kedua-dua menaranya. Kapal terbang ketiga pula terhempas di ibu pejabat Kementerian Pertahanan A.S. di Pentagon di Arlington County, Virginia, berhampiran dengan pusat pentadbiran Amerika Syarikat iaitu, Washington, D.C. Manakala kapal terbang yang keempat terhempas 'dengan selamatnya' di sebuah ladang berhampiran Shanksville, Pennsylvania.

Teori konspirasi

Sesetengah orang menyoal versi rasmi pengeboman ini, motivasi di belakangnya, dan pihak yang terlibat, dan telah melakukan penyiasatan bebas. Kebanyakan teori alternatif melihat pengeboman ini sebagai casus belli melalui bendera palsu bagi membolehkan peningkatan penenteraan dan kuasa polis.

Para penyokong teori konspirasi 9/11 ini mengatakan ada individua di dalam Amerika Syarikat mempunyai maklumat terperinci mengenai serangan ini dan dengan sengaja memilih tidak berbuat apa-apa, atau bahawa ada individu di luar al-Qaeda merancang, melaksanakan, atau membantu dalam serangan ini. Sesetengah peneori juga mendakwa World Trade Center tidak runtuh akibat dilanggar pesawat tetapi kerana diletupkan dengan bahan letupan.

Rujukan

  1. ^ "Bin Laden claims responsibility for 9/11". CBC News. 2004-10-29. Dicapai pada 2006-09-07.
  2. ^ "Security Council Condemns, 'In Strongest Terms', Terrorist Attacks on the United States". PBB. 12 September 2001. Dicapai pada 11 September 2006.
  3. ^ "Black Box Recordings". Dicapai pada 2007-03-30.
  4. ^ "War Casualties Pass 9/11 Death Toll". CBS News. 22 September 2006. Dicapai pada 24 September 2008.
  5. ^ A list of the 77 countries whose citizens died as a result of the attacks on September 11, 2001, U.S. Department of State, Office of International Information Programs
  6. ^ a b "Toxic dust adds to WTC death toll". msnbc.com. 24 Mei 2007. Dicapai pada 6 September 2009. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "DustDeath" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ "Technical Characteristics Boeing 767-200ER". 767 Family. Boeing. Dicapai pada 2006-09-07.
  8. ^ "N-Number Inquiry Results, N334AA". Federal Aviation Administration. Dicapai pada 2006-09-07.
  9. ^ "Final Report on the Collapse of the World Trade Center Towers" (PDF). NIST. September 2005. Dicapai pada 2007-09-11. |chapter= ignored (bantuan)
  10. ^ "N-Number Inquiry Results, N612UA". Federal Aviation Administration. Dicapai pada 2006-09-07.
  11. ^ "Final Report on the Collapse of the World Trade Center Towers" (PDF). NIST. September 2005. Dicapai pada 2007-09-11. |chapter= ignored (bantuan)
  12. ^ "N-Number Inquiry Results, N644AA". Federal Aviation Administration. Dicapai pada 2006-09-07.
  13. ^ "N-Number Inquiry Results, N591UA". Federal Aviation Administration. Dicapai pada 2006-09-07.
  14. ^ "9/11 Commission Report". Julai 2004. Dicapai pada 2007-09-11. |chapter= ignored (bantuan)
  15. ^ "World Trade Center Victims". Washington Post. Dicapai pada 12 September 2009.
  16. ^ "Missing Doctor Added to List of 9/11 Victims". Associated Press. July 2008. Dicapai pada 12 September 2009.
  17. ^ "9/11's Litany of Loss, Joined by Another Name". New York Times. September 2009. Dicapai pada 12 September 2009.
  18. ^ "American Airlines Flight 11". CNN. Dicapai pada 7 September 2006.
  19. ^ "United Airlines Flight 175". CNN. Dicapai pada 7 September 2006.
  20. ^ "Pentagon". CNN. Dicapai pada 7 September 2006.
  21. ^ "American Airlines Flight 77". CNN. Dicapai pada 7 September 2006.
  22. ^ Dennis B. Roddy (Oktober 2001). "Flight 93: Forty lives, one destiny". Pittsburgh Post-Gazette. Dicapai pada 7 September 2006.
  23. ^ "September 11: Chronology of terror". CNN. Dicapai pada 7 September 2006.
  24. ^ Stone, Andrea (20 Ogos 2002). "Military's aid and comfort ease 9/11 survivors' burden". USA Today. Dicapai pada 20 Mei 2008.
  25. ^ "World Trade Center Building Performance Study". FEMA. 2002. Dicapai pada 12 Julai 2007. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  26. ^ Makinen, Gail (27 September 2002). "The Economic Effects of 9/11: A Retrospective Assessment" (PDF). Congressional Research Service. Library of Congress. m/s. 17. Dicapai pada 21 Mei 2008.
  27. ^ Bill Barnhart (17 September 2001). "Markets reopen, plunge". Chicago Tribune. Dicapai pada 3 Mei 2008.
  28. ^ Anita Gates (11 September 2006). "Buildings Rise from Rubble while Health Crumbles". The New York Times. Dicapai pada 18 Mei 2008.
  29. ^ "What was Found in the Dust". New York Times. 5 September 2006. Dicapai pada 8 September 2006.
  30. ^ Anthony DePalma (13 Mei 2006). "Tracing Lung Ailments That Rose With 9/11 Dust". The New York Times. Dicapai pada 3 Mei 2008.

Pautan luar

Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA