Elvis Presley: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
TobeBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: mwl:Elvis Presley
Baris 110: Baris 110:
[[mr:एल्व्हिस प्रेस्ली]]
[[mr:एल्व्हिस प्रेस्ली]]
[[arz:الفيس بريسلى]]
[[arz:الفيس بريسلى]]
[[mwl:Elvis Presley]]
[[mn:Элвис Пресли]]
[[mn:Элвис Пресли]]
[[nah:Elvis Presley]]
[[nah:Elvis Presley]]

Semakan pada 23:30, 12 September 2010

Elvis Presley
Presley di White House, 1970
Latar belakang
Nama lahirElvis Aaron Presley
Juga dikenali sebagai
"Elvis", "The King", "The King of Rock 'n' Roll"
Berasal dariAmerika Syarikat Memphis, Tennessee
GenreRockabilly, Rock and roll, Gospel, Blues, Country
Country rock
PekerjaanPenyanyi, Pemuzik, Pelakon
Askar
InstrumenVokal, Gitar, Piano
Tahun aktif1954 – 1977
Syarikat rakaman
Sun, RCA Records
Laman sesawang
Elvis.com

Elvis Aaron Presley[1] (8 Januari 193516 Ogos 1977) ialah seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan ikon budaya yang sering dikenali sebagai Elvis sahaja, atau juga "Raja Rock 'n' Roll", atau secara ringkasnya "The King".

Presley memulakan kerjaya beliau sebagai salah seorang daripada pemuzik-pemuzik terawal rockabilly, iaitu gabungan muzik country dan rhythm and blues yang uptempo beriringkan back beat yang kuat. Versi-versi baru beliau bagi lagu sedia ada yang mencampurkan muzik-muzik "hitam" dan "putih" menjadikan beliau masyhur — dan juga mengundang kontroversi — begitu juga dengan persembahan beliau yang tidak tersekat laku di pentas dan televisyen. Beliau merakam lagu beliau dalam genre rock and roll, dengan lagu-lagu seperti Jailhouse Rock dan Hound Dog yang merangkumi gaya sedemikian. Presley mempunyai suara yang versatil dan amat berjaya menembusi banyak genre-genre lain, termasuk gospel, blues, balada dan pop. Sehingga kini, beliaulah satu-satunya penghibur yang dilantik ke dalam empat halls of fame yang berbeza.

Pada era 1960-an, Presley terlibat dalam 33 filem, kebanyakannya muzikal yang kurang memuaskan para pengulas. Pada tahun 1968 beliau kembali membuat persembahan muzik dengan sambutan hangat, diikuti dengan persembahan di Las Vegas dan seluruh Amerika Syarikat. Sepanjang kerjaya beliau, beliau mencipta rekod bagi kunjungan konsert, ratings televisyen dan jualan rakaman yang terbanyak. Belaiu dijadikan salah seorang artis yang paling laris jualannya dan juga paling berpengaruh dalam sejarah muzik popular. Kematian beliau pada usia 42 tahun mengejutkan jutaan peminat di seluruh dunia.

Pautan luar


Rujukan

  1. ^ Sijil kelahiran asli Presley benar-benar menyatakan "Elvis Aaron Presley" (seperti yang ditulis doktor). Terdapat juga sijil lahir cenderahati yang menyatakan "Elvis Aron Presley." Setiap kali Presley menandatangani nama tengahnya, ejaan Aron-lah yang dipakainya. Ejaan 'Aron' juga tercatat pada sijil perkahwinan dan beg galas tenteranya. Nampaknya Aron merupakan ejaan yang dipakai oleh keluarga Presley agar serupa dengan nama tengah kemar Elvis yang lahir mati, Jesse Garon. Kemudian Elvis hendak menukar ejaan nama itu menjadi Aaron yang lebih tradisional, lalu mendapati bahawa rekod negara rasmi selama ini sentiasa mencatatnya sebagai Aaron. Maka, secara rasminya, beliau bernama penuh Elvis Aaron Presley. Setelah mengetahui cubaan Presley bagi nama tengah beliau itu, Aaron dijadikan ejaan yang dipilih bapa beliau untuk batu nisan Elvis, maka ejaan inilah yang ditetapkan estet beliau sebagai ejaan rasmi setiap kali digunakan hari ini. Namun begitu, sijil kematian beliau menyatakan "Elvis Aron Presley". Ralat ini pernah membantu mencetuskan teori bahawa "Elvis belum meninggal dunia". Nama pertama kembar Elvis yang lahir mati itu diberi sebagai Jesse menurut kebanyakan sumber. Namun begitu, menurut penanda memorial pada halaman "Graceland", ejaan setepatnya ialah Jessie. (9 Mei 2002). Elvis Presley - the Singer. BBC.co.uk. Diperik 25 Jun 2007.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Templat:Link FA Templat:Link FA