Sempadan Malaysia–Thailand: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kemas
Baris 37: Baris 37:
===Pertikaian Sempadan Perlis-Setul===
===Pertikaian Sempadan Perlis-Setul===
Selepas mencapai persetujuan itu, Suruhanjaya Sempadan memulakan kerja menetap dan menggariskan sempadan Perlis-Setul. Suruhanjaya bagaimanapun berdepa dengan pelbagai masalah dalam melaksanakan tugas mereka. Kawasan Perlis-Setul merupakan kawasan bukit batu kapur. walaupun bukitnya tidaklah tinggi, lerengnya yang dikenali sebagai "wengs" agak curam dan dipenuhi dengan sarang lebah. Keadaan ini menyukarkan Suruhanjaya sempadan untuk mencari aliran sungai yang sebenar dan tambahan pula sungai di situ mengalir di bawah muka bumi menerusi timbunan batu kapur. Dengan adanya masalah ini, kerja-kerja menetap dan menggariskan sempadan telah ditangguhkan bagi membolehkan Suruhanjaya melakukan kajian lebih lanjut.<ref>Nik Anuar Nik Mahmud (1994) Sejarah Penggarisan dan Penetapan Sempadan Negeri-Negeri Melayu Utara dengan Siam 1907-1912 dlm Jurnal Malaysia dari segi Sejarah; Persatuan Sejarah Malaysia: Kuala Lumpur</ref>
Selepas mencapai persetujuan itu, Suruhanjaya Sempadan memulakan kerja menetap dan menggariskan sempadan Perlis-Setul. Suruhanjaya bagaimanapun berdepa dengan pelbagai masalah dalam melaksanakan tugas mereka. Kawasan Perlis-Setul merupakan kawasan bukit batu kapur. walaupun bukitnya tidaklah tinggi, lerengnya yang dikenali sebagai "wengs" agak curam dan dipenuhi dengan sarang lebah. Keadaan ini menyukarkan Suruhanjaya sempadan untuk mencari aliran sungai yang sebenar dan tambahan pula sungai di situ mengalir di bawah muka bumi menerusi timbunan batu kapur. Dengan adanya masalah ini, kerja-kerja menetap dan menggariskan sempadan telah ditangguhkan bagi membolehkan Suruhanjaya melakukan kajian lebih lanjut.<ref>Nik Anuar Nik Mahmud (1994) Sejarah Penggarisan dan Penetapan Sempadan Negeri-Negeri Melayu Utara dengan Siam 1907-1912 dlm Jurnal Malaysia dari segi Sejarah; Persatuan Sejarah Malaysia: Kuala Lumpur</ref>
Dalam pada itu, satu pertikaian telah berlaku antara wakil Suruhanjaya Siam dan British berhubung sempadan Perlis-Setul. Punca pertikaian ini timbul apabila pihak Siam mengemukakan cadangan agar bahagian selatan Bukit China diserahkan kepada Siam serta menjadikan Kaki Bukit sebagai garisan sempadan kerana pengairan sungai dari kawasan pergunungan ke Kaki Bukit telah membentuk garisan pemisah antara Setul-Perlis. Cadangan pihak Siam itu ditolak oleh British. Menurut Frost Penasihat British di Perlis, pihak Siam tidak mempunyai alasan munasabah bagi ''"departing from the'' ''watershed".<''ref>surat Frost kepada C.Severn, 1 Mac 1910, CO 273/360</ref> Berdasarkan kriteria sempadan sungai (watershed Boundry), daerah Pujoh sepatutnya menjadi Hak Perlis tetapi Siam telah mengambil daerah itu melalui Perjanjian Bangkok 1909 walaupun dibantah oleh Raja Perlis. Oleh sebab itu, tidak wajar bagi Siam untuk mendapatkan wilayah di bahagian Selatan Bukit China, kebetulan pula kawasan yang dituntut Siam itu seperti Kampung Klian adalah kaya dengan hasil padi dan kelapa. Sementara itu, kawasan di sekitar Wang Tangga Kaya pula dengan Bijih Timah.
Dalam pada itu, satu pertikaian telah berlaku antara wakil Suruhanjaya Siam dan British berhubung sempadan Perlis-Setul. Punca pertikaian ini timbul apabila pihak Siam mengemukakan cadangan agar bahagian selatan Bukit China diserahkan kepada Siam serta menjadikan Kaki Bukit sebagai garisan sempadan kerana pengairan sungai dari kawasan pergunungan ke Kaki Bukit telah membentuk garisan pemisah antara Setul-Perlis. Cadangan pihak Siam itu ditolak oleh British. Menurut Frost Penasihat British di Perlis, pihak Siam tidak mempunyai alasan munasabah bagi ''"departing from the'' ''watershed".<ref>Surat Frost kepada C Severn, 1 Mac 1910, CO 273/360</ref>Berdasarkan kriteria sempadan sungai (watershed Boundry), daerah Pujoh sepatutnya menjadi Hak Perlis tetapi Siam telah mengambil daerah itu melalui Perjanjian Bangkok 1909 walaupun dibantah oleh Raja Perlis. Oleh sebab itu, tidak wajar bagi Siam untuk mendapatkan wilayah di bahagian Selatan Bukit China, kebetulan pula kawasan yang dituntut Siam itu seperti Kampung Klian adalah kaya dengan hasil padi dan kelapa. Sementara itu, kawasan di sekitar Wang Tangga Kaya pula dengan Bijih Timah.
kemuncak Pertelingkahan di antara kedua-dua pihak berlaku apabila wakil Siam mengemukakan lakaran peta yang menunjukkan garis sempadan Perlis-Setul seperti yang tertera di titik "a, f, dan g" atas alasan bahawa ia merupakan garis sempadan asal Setul dengan Perlis. Jackson menolak dakwaan siam itu dengan menegaskan bahawa garis sempadan Setul-Perlis adalah titik "a, f, e, g" seperti yang mula-mula dicadangkan oleh pihak Siam sendiri<ref>surat Jakson kepada Anderson 13 April 1910, HCO 347/1910</ref>. Justeru pertelingkahan pendapat itu dan penggarisan sempadan Setul-Perlis terpaksa ditangguhkan.


== Jalan Keretapi ==
== Jalan Keretapi ==

Semakan pada 11:06, 11 Oktober 2010

Pusat imegresen di Rantau Panjang, Kelantan.

Sempadan Malaysia-Thailand adalah sempadan antarabangsa yang memisahkan Malaysia dan Thailand. Sempadan ini dibentuk pada 1909, berikutan Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Jarak sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand dianggarkan sejauh 646 km. Dari jumlah tersebut, sejauh 551 km adalah sempadan darat manakala 95 km adalah sempadan mengikut thalweg (bahagian terdalam) aliran utama Sungai Golok, Kelantan.

Semasa Darurat Tanah Melayu dan perang dengan Komunis sehingga 1970-an, pemberontak komunis biasanya menyeberang masuk ke Thailand, balik semula ke Malaya (dan akhirnya Malaysia) untuk mengelakkan penangkapan oleh Malaya dan tentera Komanwel. Di sempadan ini juga terdapat tembok yang dibina oleh Malaysia dalam 1996, untuk mencegah penyeludupan di beberapa kawasan sensitif.

Terdapat empat negeri yang bersempadan dengan Thailand. Daripada barat ke timur, mereka adalah Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan. Di sebelah Thailand pula terdapat empat wilayah iaitu daripada barat ke timur, mereka adalah Satun, Songkhla, Yala dan Narathiwat.

Rentasan

Malaysia
Thailand

Sejarah

Bagi memantapkan lagi urusan sempadan Malaysia-Thailand, persetujuan untuk menanda dan mengukur sempadan antarabangsa Malaysia dan Thailand telah dibuat dengan menandatangani Memorandum Persefahaman di Bangkok, Thailand pada 8 September 1972. Pada masa kini, kerja-kerja penandaan, pengukuran dan penyelenggaraan sempadan antarabangsa Malaysia dengan Thailand dilaksanakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) secara bersama dengan Royal Thai Survey Department (RTSD). Kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan darat telah dimulakan pada 6 Julai 1973 dan kerja-kerja tersebut berakhir pada 26 September 1985. Dalam tempoh tersebut, sepanjang 543 km garis sempadan antarabangsa bersama (darat) telah ditanda dan diukur. Baki jarak sempadan darat di kawasan Bukit Jeli, Kelantan sepanjang 8.5 km walaupun telah ditanda dan diukur, tetapi memorandum persefahaman belum ditandatangani kerana adanya perbezaan pendapat dalam mentafsirkan perjanjian sempadan berkenaan. Pada tahun 1993, Malaysia dan Thailand telah bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja siasatan, tanampastian dan penyelenggaraan secara berterusan ke atas tanda-tanda sempadan di sepanjang sempadan antarabangsa bersama yang didapati hilang, rosak atau terkeluar dari tempat asalnya. Setakat ini, jarak sempadan antarabangsa bersama sejauh 345.4 km (63%) di kawasan-kawasan membangun telah berjaya diselenggarakan. Kerja-kerja penyelenggaraan sempadan antarabangsa bersama ini telah ditangguhkan pada tahun 1999 untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerja penandaan dan pengukuran di sepanjang Sungai Golok. Dalam keadaan tertentu, kerja-kerja ukuran penyelenggaraan dijalankan ke atas kawasan-kawasan yang dikenalpasti bersama dari semasa ke semasa bagi mengatasi masalah yang berbangkit. Seterusnya, kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan tetap dan kekal di sepanjang Sungai Golok telah dimulakan pada 1 November 2000 dan masih diteruskan.

Pada tahun 1999 hingga 2000, kerja-kerja pengukuran yang meliputi pelbagai kerja-kerja ukuran kawalan di sepanjang Sungai Golok telah dilaksanakan bersama.

Sejarah kerja menetap dan menggariskan sempadan

Sejajar dengan ketetapan Artikel 3, Perjanjian Bangkok, sebuah Suruhanjaya Bersama Sempadan yang terdiri daripada Pegawai British dan Siam telah dibentuk bagi menggarisi dan menetapkan sempadan baru antara Siam dengan Negeri-Negeri Melayu utara. Pihak Siam telah melantik Major-General Mom Novendr Raja sebagai President Suruhanjaya Sempadan Siam manakala pihak British melantik Kolonel H.M Jackson, Ketua Juru Ukur Bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebagai President Suruhanjaya Sempadan mewakili British.[1] Anggota-anggota Suruhanjaya sempadan Siam yang lain terdiri daripada tiga pegawai iaitu Mom Chow Vibulya (dari Kementerian Luar Siam), Phya Bisai Sundarakarn (dari Kementerian Dalam Negeri) dan Kapten Luang Snam Ridhigrai (Angkatan Tentera Siam). Sementara itu, anggota-anggota Suruhanjaya Sempadan Bitish pula terdiri daripada V.A Lowinger, A. Cochrane dan R.C Gould dari Jabatan Ukur Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dalam mesyuarat Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Sempadan yang diadakan di Pulau Pinang pada 10 Disember 1910, kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan kerja menetapkan sempadan dari bahagian barat terlebih dahulu.[2] tumpuan utama kerja Suruhanjaya Sempadan adalah untuk menetapkan batas sempadan yang kemudian diikuti dengan kerja membuat tanda sempadan yang akan dilakukan oleh pegawai yang akan dilantik oleh Suruhanjaya. Pihak British pula akan menyelenggarakan kerja Trigometri manakala kerja tinjauan atau pemeriksaan topografi akan dilaksanakan oleh kedua-dua pihak. Mereka bersetuju menggunkan skala peta 1/100,000 atau 1/50,000 untuk bahagian tertentu dan 1/250,000 untuk umum.

Sempadan yang akan diukur oleh Suruhanaya ini adalah sejauh 500 KM dari Selat Melaka di sebelah Barat ke Teluk Siam di sebelah timur. Sepanjang kira-kira 400 km di bahagian barat dan tengah, sempadan itu melalui legeh atau puncak gunung dan bukit yang memisahkan punca aliran sungai. sepanjang 95 km lagi dibentuk oleh Sungai Golok. Sungai itu, tohor dan rendah gradiannya itu mengalir berliku-liku merentasi dataran pinggir laut yang beralun. Dataran Sungai Golok itu adalah tanah rendah yang rata dengan pantai berpasir dan permatang di sepanjang pantai. Ketinggian pada umumnya umumnya tidak melebihi 250 kaki tetapi ada beberapa bukit dalam kawasan ini. Keadaan ini memberi laluan yang mudah antara penduduk-penduduk di antara kedua-dua buah negara. Seluruh wilayah Golok itu adalah padat dengan penduduk.[3]Pada 6 Februari 1910 anggota-anggota Suruhanjaya Sempadan telah mengadakan pertemuan di tebing tinggi yang terletak di Sungai Perlis untuk menentukan garis sempadan di bahagian darat. Dalam pertemuan itu, kedua-dua presiden Suruhanjaya Bersama Sempadan British-Siam telah mencapai kata sepakat untuk menjadikan 'Batu Puteh" sebagai "the most seaword of the northern bank of Estuary of the Perlis River".Tebing Sungai Perlis didapati tidak sesuai untuk mendirikan batu tanda kerana ia dipenuhi oleh "mangrove swamp".

Pertikaian Sempadan Perlis-Setul

Selepas mencapai persetujuan itu, Suruhanjaya Sempadan memulakan kerja menetap dan menggariskan sempadan Perlis-Setul. Suruhanjaya bagaimanapun berdepa dengan pelbagai masalah dalam melaksanakan tugas mereka. Kawasan Perlis-Setul merupakan kawasan bukit batu kapur. walaupun bukitnya tidaklah tinggi, lerengnya yang dikenali sebagai "wengs" agak curam dan dipenuhi dengan sarang lebah. Keadaan ini menyukarkan Suruhanjaya sempadan untuk mencari aliran sungai yang sebenar dan tambahan pula sungai di situ mengalir di bawah muka bumi menerusi timbunan batu kapur. Dengan adanya masalah ini, kerja-kerja menetap dan menggariskan sempadan telah ditangguhkan bagi membolehkan Suruhanjaya melakukan kajian lebih lanjut.[4] Dalam pada itu, satu pertikaian telah berlaku antara wakil Suruhanjaya Siam dan British berhubung sempadan Perlis-Setul. Punca pertikaian ini timbul apabila pihak Siam mengemukakan cadangan agar bahagian selatan Bukit China diserahkan kepada Siam serta menjadikan Kaki Bukit sebagai garisan sempadan kerana pengairan sungai dari kawasan pergunungan ke Kaki Bukit telah membentuk garisan pemisah antara Setul-Perlis. Cadangan pihak Siam itu ditolak oleh British. Menurut Frost Penasihat British di Perlis, pihak Siam tidak mempunyai alasan munasabah bagi "departing from the watershed".[5]Berdasarkan kriteria sempadan sungai (watershed Boundry), daerah Pujoh sepatutnya menjadi Hak Perlis tetapi Siam telah mengambil daerah itu melalui Perjanjian Bangkok 1909 walaupun dibantah oleh Raja Perlis. Oleh sebab itu, tidak wajar bagi Siam untuk mendapatkan wilayah di bahagian Selatan Bukit China, kebetulan pula kawasan yang dituntut Siam itu seperti Kampung Klian adalah kaya dengan hasil padi dan kelapa. Sementara itu, kawasan di sekitar Wang Tangga Kaya pula dengan Bijih Timah. kemuncak Pertelingkahan di antara kedua-dua pihak berlaku apabila wakil Siam mengemukakan lakaran peta yang menunjukkan garis sempadan Perlis-Setul seperti yang tertera di titik "a, f, dan g" atas alasan bahawa ia merupakan garis sempadan asal Setul dengan Perlis. Jackson menolak dakwaan siam itu dengan menegaskan bahawa garis sempadan Setul-Perlis adalah titik "a, f, e, g" seperti yang mula-mula dicadangkan oleh pihak Siam sendiri[6]. Justeru pertelingkahan pendapat itu dan penggarisan sempadan Setul-Perlis terpaksa ditangguhkan.

Jalan Keretapi

Terdapat dua jalan yang merentasi sempadan Malaysia-Thai.

Padang Besar

Both the Malaysian and Thai towns where the crossing is located are known by the same name. This crossing connects to Malaysia's West Coast trunk line and Thailand's main southern line to Bangkok via Hat Yai. Both Malaysian and Thai customs, immigration and quarantine formalities are conducted at Malaysia's Padang Besar railway station.

Rantau Panjang-Sungai Golok

On the Malaysian side, this bridge crossing is on a branch line which is connected to Malaysia's East Coast line. In Thailand, the crossing is connected to the Sungai Golok branch line which links up with the main southern line at Hat Yai.

Galeri

Rujukan

  1. ^ surat Putera Devawongse kepada Beckett 7 Julai 1909, CO 273/353; Surat Beckett kepada Anderson, 21 Oktober 1909, HCO 1522/1909
  2. ^ lihat "report of the Delimitation an Demarcation of the Anglo-Siamese Boundry under the Treaty of March 1909 between Great Britain and Siam
  3. ^ Nik Anuar Nik Mahmud (1994) Sejarah Penggarisan dan Penetapan Sempadan Negeri-Negeri Melayu Utara dengan Siam 1907-1912 dlm Jurnal Malaysia dari segi Sejarah: Persatuan Sejarah Malaysia: Kuala Lumpur
  4. ^ Nik Anuar Nik Mahmud (1994) Sejarah Penggarisan dan Penetapan Sempadan Negeri-Negeri Melayu Utara dengan Siam 1907-1912 dlm Jurnal Malaysia dari segi Sejarah; Persatuan Sejarah Malaysia: Kuala Lumpur
  5. ^ Surat Frost kepada C Severn, 1 Mac 1910, CO 273/360
  6. ^ surat Jakson kepada Anderson 13 April 1910, HCO 347/1910

Pautan luar