Pergi ke kandungan

Perbincangan:Cendol: Perbezaan antara semakan

:6. Laman sesawang http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:DtJH6F9PCcIJ:www.alibris.com/search/books/isbn/9781158259595+%22chorn+dooi%22&cd=17&hl=en&ct=clnk&gl=my menunjukkan buku tersebut diterbitkan pada tahun ini (2010), sedangkan entri "chorn dooi" telah mula ditulis seawal 2008 tanpa sebarang rujukan. Bahkan terdapat penulis yang menukarnya kepada "contong" lalu diubah semula kepada "chorn dooi". Adalah idak logik entri ditulis "chorn dooi" pada 2008 berdasarkan rujukan yang terbit pada 2010. Manakala blog http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:jTdIXYI0nlgJ:tacliffe.wordpress.com/minuman-khas-indonesia-internasional/+%22chorn+dooi%22&cd=15&hl=en&ct=clnk&gl=my pula cuma menyalin kembali entri wikipedia. "Rujukan" yang diberi langsung tidak meyakinkan, besar kemungkinan "rujukan" yang anda beri sebenarnya hanya sekadar menyalin kembali entri "chorn dooi" yang tiada asas itu. Sekali lagi saya nyatakan anda tiada rujukan tentang "chorn dooi", baik lupuskan sahaja bahagian itu. Keratan akhbar yang saya nyatakan tentang cendol dari Pulau Jawa tidak dapat dilampirkan di sini kerana ia hanya boleh dilihat di dalam arkib The News Straits Times yang berbayar. Amat kesal sekali. Berkaitan petikan dari buku tahun 1932 tentang Pasar Ahad di Kampung Baru, sekiranya anda menemubual warga tua Kampung Baru dan melihat sejarahnya, ramai warga pembuka Kampung Baru terdiri dari suku Jawa. Dari sudut bahasa, "cendol" dalam Bahasa Jawa lebih spesifik kerana ia merujuk kepada bahagian yang dibuat dari tepung beras dan pandan. Bahkan di Thailand sendiri cendol dipanggil Lod chong? Jadi dari mana datangnya dakwaan cendol berasal dari "chorn dooi"? Khayalan dan rekaan semata-mata. Saya juga dapati saudara Yosri cuba memuatkan dakwaan tersebut di wiki Cendol dalam Bahasa Inggeris tanpa rujukan yang munasabah. Adalah lebih elok dibuang sahaja dakwaan tentang "chorn dooi" itu kerana ia tidak berasas.
 
1.# Bukan saya asal yang letakkan, tetapi saya telah letakkan rujukkan mengenainya, jadi tidak perlu saya padamkan. "chorn dooi" yang kini disahkan 2010.
2.# Mengenai Kampung Baru, ia adalah nama umum (kampung yang baru di buka) dan tidak perlu saya menemu bual (seperti yang anda cuba buat) kerana itu merupakan penyelidikan sendiri dan tidak layak dijadikan rujukan.
3.# Seperti yang saya katakan, tiada koloni Jawa ditempat lain yang mengatakan cendol itu makanan tradisi, sedangakn semua negara Melayu ada cendol.
4.# Wikipedia menulis fakta, bukan pendapat / penyelidikan sendiri, jadi tak perlu cuba memaksa pendapat peribadi anda di sini. Harap maklum. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] ([[Perbincangan Pengguna:Yosri|bincang]]) 03:59, 19 Oktober 2010 (UTC)
245,308

suntingan