Imam Bukhari: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: jv:Imam Bukhari
EmausBot (bincang | sumb.)
Baris 89: Baris 89:
[[pl:Al-Buchari]]
[[pl:Al-Buchari]]
[[ru:Имам аль-Бухари]]
[[ru:Имам аль-Бухари]]
[[tt:Имам әл-Бухари]]
[[te:ముహమ్మద్ అల్ బుఖారీ]]
[[te:ముహమ్మద్ అల్ బుఖారీ]]
[[tr:Muhammed el-Buhârî]]
[[tr:Muhammed el-Buhârî]]

Semakan pada 14:12, 26 Oktober 2010

Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama: Muhammad al-Bukhari
Gelaran: Imam Bukhari
Lahir: 194 H
Wafat: 256 H
Mazhab: Syafie
Etnik: Parsi
Rantau: Empayar Parsi
Bidang: Hadis
Karya: Sahih Bukhari
Pengaruh: Imam Muslim
Diilhami: Imam Ahmad


Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari (محمد بن اسماعيل بن ابراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري), adalah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadith sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w.. Imam Bukhari (810870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).

Kehidupan

Latar belakang

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Turkestan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.

Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah s.a.w.

Pengajian Hadis

Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".

Fail:Makamalbukhari.jpg
Makam Imam Al-Bukhari di Samarkand

Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.

Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."

Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis Rasulullah s.a.w. dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

Diusir dari Bokhara

Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bukhara oleh Gabenornya. Dia mati dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. [1] Makam Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.

Karya

  • Sahih Bukhari
  • Al Adab Al Mufrad الأدب المفرد
  • al-Tarikh al-Kabir - sejarah besar, lengkap dengan biografi periwayat beserta rating
  • al-Tarikh al-Saghir - sejarah kecil

Rujukan

  • F. Wüstenfeld, Shâfi`iten, 78 ff.
  • Terjemahan Ibn Khallikan oleh McG. de Slane, i. 594 ff.
  • Ignaz Goldziher, Mohammedanische Studien, ii. 157 ff.
  • Imam Nawawi, Biographical Dictionary 86 ff.
  • Public Domain Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)

Lihat juga

Pautan luar