Imam Bukhari: Perbezaan antara semakan

Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
16 bait ditambah ,  11 tahun lalu
k
bot mengubah: tt:Имам әл-Бохари; perubahan kosmetik
k (bot mengubah: tt:Имам әл-Бохари; perubahan kosmetik)
 
== Kehidupan ==
=== Latar belakang ===
Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri [[Turkestan]]. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.
 
Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis [[Nabi Muhammad s.a.w.|Rasulullah s.a.w.]]
 
=== Pengajian Hadis ===
Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke [[Makkah]] bersama ibunya untuk menunaikan [[Haji]]. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di [[Makkah]] untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat [[Nabi Muhammad s.a.w.|Rasulullah s.a.w.]], dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".
 
Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis [[Nabi Muhammad s.a.w.|Rasulullah s.a.w.]] dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.
 
=== Diusir dari Bokhara ===
Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi [[Bukhara]] oleh Gabenornya. Dia mati dalam buangan pada malam [[Aidilfitri]] dalam tahun 256 [[Hijrah]] di Khartank dekat [[Samarkand]]. [http://www.islamonline.net/English/HadithAndItsSciences/MenofHadith/2005/03/02.shtml] Makam Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.
 
* {{1911}}
 
== Lihat juga ==
* [[Hadith]]
* [[Isnad]]
* [[Tokoh-Tokoh Islam]]
 
== Pautan luar ==
* [http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/bukhari/ Sahih Al Bukhari dalam bahasa Inggeris]
* [http://hadith.al-islam.com/Display/Hier.asp?Doc=0&n=0 Teks Arab Sahih Al Bukhari الجامع الصحيح, dengan kupasan oleh Ibn Hajar Fath al-Bari فتح الباري]
* [http://bewley.virtualave.net/AdabMufrad.html Al Adab Al Mufrad الأدب المفرد]
* [http://www.ibtauris.com/ibtauris/display.asp?K=510000000494244&cid=ibtauris&sf_01=CAUTHOR&st_02=bukhari&sf_02=CTITLE&sf_03=KEYWORD&m=1&dc=1 Ahmad Mujtaba Hasan. ''Bukhari.''] [[I.B. Tauris]]. ISBN 18451109511-84511-095-1.
* [http://eprints.utm.my/2831/ Kajian Takhrij Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim Dalam Bab Aqidah dan Keimanan]Universiti Teknologi Malaysia
 
[[pl:Al-Buchari]]
[[ru:Имам аль-Бухари]]
[[tt:Имам әл-БухариБохари]]
[[te:ముహమ్మద్ అల్ బుఖారీ]]
[[tr:Muhammed el-Buhârî]]
77,254

suntingan

Menu pandu arah