Carlo Ancelotti: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: sk:Carlo Ancelotti
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
Baris 188: Baris 188:
[[hu:Carlo Ancelotti]]
[[hu:Carlo Ancelotti]]
[[mk:Карло Анчелоти]]
[[mk:Карло Анчелоти]]
[[mn:Карло Анчелотти]]
[[nl:Carlo Ancelotti]]
[[nl:Carlo Ancelotti]]
[[ja:カルロ・アンチェロッティ]]
[[ja:カルロ・アンチェロッティ]]

Semakan pada 19:27, 7 November 2010

Carlo Ancelotti
Maklumat peribadi
Nama penuh Carlo Ancelotti
Tarikh lahir (1959-06-10) 10 Jun 1959 (umur 64)
Tempat lahir    Reggiolo, Itali
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab semasa A.C. Milan
Kelab senior 1
Tahun Kelab App (Gol)*
1976–1979
1979–1987
1987–1992
Parma A.C.
A.S. Roma
A.C. Milan
055 0(13)
171 0(12)
112 0(10)   
Pasukan kebangsaan
1981–1991 Itali 26 (1)
Pasukan dibimbing
1995–1996
1996–1999
1999–2001
2001–
A.C. Reggiana 1919
Parma F.C.
Juventus
A.C. Milan

1 Penampilan dan gol kelab senior
dikira untuk liga domestik sahaja.
* Penampilan (Gol)

Carlo Ancelotti (lahir 10 Jun, 1959 di Reggiolo) merupakan bekas pemain bola sepak dan pengurus AC Milan ketika ini. Beliau telah bersama Milan sejak November 2001. Milan telah memenangi dua kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA dan satu Scudetto di bawah beliau, dan ini menjadikan beliau antara pengurus paling berjaya dalam sejarah kelab itu.

Kerjaya

Pemain

Sebagai pemain, "Carletto" telah membuat penampilan sebanyak 26 kali bersama Itali, dan bermain di Piala Dunia FIFA 1990, di mana beliau merupakan rakan sepasukan bekas pengurus Inter Milan Roberto Mancini.

Beliau memulakan kareer kelabnya pada tahun 1976 bersama Parma A.C.. Pada tahun 1979, beliau berpindah ke AS Roma, sebagai kapten dan pemain tengah, di mana beliau memenangi Serie A (1983) dan empat Piala Itali. Dari 1987 hingga 1992 beliau bermain bersama A.C. Milan, dan merupakan sebahagian daripada skuad Milan yang memenangi Piala Eropah berturut-turut pada 1989 dan 1990.

Jurulatih

Ancelotti memulakan kerjayanya sebagai jurulatih bersama kelab Serie B, A.C. Reggiana 1919 pada tahun 1995 dan terus membawa mereka naik ke Serie A. Walaubagaimanapun, Ancelotti meninggalkan kelab tersebut dan kembali ke Parma pada musim seterusnya. Beliau membantu kelab tersebut memenangi Piala UEFA 1998-99. Beliau kemaudiannya menggantikan Marcello Lippi di Juventus pada musim seterusnya, tetapi gagal memenangi sebarang trofi selama dua musim di sana, hanya mampu menjadi naib juara Serie A dua kali. Itu semua berubah apabila beliau menyertai AC Milan pada tahun 2001 sebagai pengganti Fatih Terim yang dipecat.

Walaupun pada musim pertamanya beliau gagal membawa kejayaan untuk Milan, tetapi selepas itu, kejayaan demi kejayaan berjaya dicapai. Anataranya, dua kejuaraan Liga Juara-juara UEFA iaitu pada musim 2002-03 dan 2006-07, juara Serie A dan Piala Itali pada musim 2003-04 dan Piala Dunia Kelab FIFA 2007.

Pada awal Jun 2008, terdapat khabar yang mengatakan bahawa beliau akan menandatangani kontrak sebagai pengurus kelab Liga Perdana Inggeris Chelsea, walaubagaimanapun Ancelotti and AC Milan telah menafikan khabar angin tersebut. [1] Pada 8 Jun percubaan kedua untuk membawa Ancelotti ke Chelsea juga menemui kegagalan setelah beliau menyatakan bahawa beliau hanya akan meninggalkan Milan untuk mengurus Roma, kelab di mana beliau menjadi kapten sewaktu kareer beliau sebagai pemain. [2]

Statistik

Musim Kelab Kejohanan
Liga Penampilan Gol
1976/77 Itali Parma A.C. Lega Pro 1 0
1977/78 Lega Pro 21 8
1978/79 Lega Pro 33 5
Jumlah Parma 55 13
1979/80 Itali A.S. Roma Serie A 27 3
1980/81 Serie A 29 2
1981/82 Serie A 5 0
1982/83 Serie A 23 2
1983/84 Serie A 9 0
1984/85 Serie A 22 3
1985/86 Serie A 29 0
1986/87 Serie A 27 2
Jumlah Roma 171 12
1987/88 Itali A.C. Milan Serie A 27 2
1988/89 Serie A 28 2
1989/90 Serie A 24 3
1990/91 Serie A 21 1
1991/92 Serie A 12 2
Jumlah Milan 112 10
Jumlah kareer 338 35

Kejayaan

Pemain

A.S. Roma: 1979/1980, 1980/1981, 1983/1984, 1985/1986
A.S. Roma: 1982/1983
A.C. Milan: 1987/1988, 1991/1992
A.C. Milan: 1988
A.C. Milan: 1988/1989, 1989/1990
A.C. Milan: 1989, 1990
A.C. Milan: 1989, 1990

Pengurus

Juventus: 1999
A.C. Milan: 2002/2003
A.C. Milan: 2003/2004
A.C. Milan: 2004
A.C. Milan: 2002/2003, 2006/2007
A.C. Milan: 2003, 2007
A.C. Milan: 2007

Peribadi

Jurulatih Terbaik Serie A: 2001, 2004
Jurulatih Terbaik Eropah: 2007
Knight [3]

Kehidupan peribadi

Anaknya, Davide Ancelotti telah menandatangani kontrak profesional bersama A.S.D.C. Borgomanero pada Jun 2008.

Rujukan

  1. ^ "Ancelotti out of Chelsea running". BBC. 2008-06-03. Dicapai pada 2008-06-04.
  2. ^ http://www.corrieredellosport.it/Notizie/Calcio/32701/Spalletti%3A+%C2%ABMai+ricevuto+offerte+dal+Chelsea%C2%BB
  3. ^ (Itali)Carlo Ancelotti awarded Order of Merit of the Republic

Pautan luar