Juita Viden: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 52: Baris 52:


===[[Filem Karya Nusa]]===
===[[Filem Karya Nusa]]===
Ia adalah sebuah syarikat penerbitan drama dan filem berbahasa Melayu yang terkenal di Malaysia.
Ia adalah sebuah syarikat penerbitan tele-movie dan filem berbahasa Melayu yang terkenal di Malaysia.


===[[Luminous Production]]===
===[[Luminous Production]]===

Semakan pada 16:11, 15 November 2010

Juita Viden Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahSendirian Berhad
IndustriPengedaran televisyen
GenreHiburan
Ditubuhkan1978
Ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor[1], Malaysia
Syarikat indukYTL Media & Entertainment Berhad
Anak syarikatJuita Viden Production Sdn Bhd
Juita Viden Media Service Sdn Bhd
Juita Entertainment Sdn Bhd
Filem Karya Nusa Sdn Bhd
Filmscape Sdn Bhd
Luminous Production Sdn Bhd
Skywalker TV Facility House Sdn Bhd
Berjaya HVN Sdn Bhd
Tapak webhttp://www.juitaviden.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Juita Viden Sdn Bhd (juga dikenali sebagai Juita Viden Group) ialah sebuah syarikat pengedaran kandungan televisyen yang terbesar di Malaysia.

Pengenalan Syarikat

Ia ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Datuk Foo Ah Kow yang menggunakan RM2 sebagai modal syarikat untuk mencapai kejayaan dia. Selepas 22 tahun, Datuk Foo Ah Kow berjaya menjadikan Juita Viden sebagai antara pembekal kandungan televisyen yang terbesar di negara Malaysia. Juita Viden kini beroperasi di Phileo Damansara, Petaling Jaya, Selangor, bersama beberapa buah anak syarikat yang menerbitkan kandungan televisyen edaannya.

Perkhidmatan

Juita Viden merupakan salah sebuah pengedar kandungan televisyen tempatan dan luar negara yang terbesar di Malaysia, menawarkan pelbagai genre rancangan seperti drama, komedi, filem, format permainan dan realiti, dan animasi. Perkhidmatan edaran Juita Viden tidak terhad di Malaysia, malah meliputi kebanyakan negara di Asia. Juita Viden telah membawa siri TV Amerika Syarikat seperti The X-Files, 24 dan Prison Break ke kaca TV Malaysia, serta membantu menerbitkan rancangan televisyen realiti tempatan Akademi Fantasia dan Fear Factor Malaysia dari format-format luar negara.

Bahagian Licensing & Merchandising berfungsi melesenkan perdagangan barangan cenderamata dan promosi acara istimewa dari rancangan-rancangan televisyen edaran Juita Viden.

Anak Syarikat

Juita Viden Production

Ia adalah sebuah syarikat penerbitan yang milik penuh oleh Juita Viden, menawarkan pelbagai genre rancangan tempatan Malaysia yang berbahasa Melayu seperti drama, komedi, format permainan dan realiti kepada syarikat Televisyen Malaysia dan juga syarikat Televisyen negara Asia yang lain. Ia juga ditugaskan untuk menguruskan artis-artis berbangsa melayu dan india yang terkenal yang dimiliki oleh Juita Viden.

Juita Viden Media Service

Ia adalah sebuah syarikat yang membantu penyiar televisyen tempatan Malaysia, dan juga saluran serantau Nickelodeon dan MTV Asia, menjual ruang iklan bagi slot waktu penyiaran bahan-bahan edaran Juita Viden.[2]

Juita Entertainment

Ia adalah sebuah syarikat penerbitan drama dan filem berbahasa Cina yang terbaru di Malaysia.

Filem Karya Nusa

Ia adalah sebuah syarikat penerbitan tele-movie dan filem berbahasa Melayu yang terkenal di Malaysia.

Luminous Production

Ia adalah sebuah syarikat pernebitan rancangan hiburan berbahasa cina dan Inggeris yang terkenal di Malaysia.

Skywalker TV Facility House

Ia adalah sebuah syarikat pernebitan iklan dan animasi di Malaysia.

Lain-Lain

Juita Viden bersama Berjaya Group menjalankan perniagaan jualan video (VCD/DVD) dengan label Berjaya HVN.

Rujukan

Pautan luar