Sistem komputer: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ChempakaBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-[[Category: +[[Kategori:)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:

'''Sistem komputer''' merupakan satu gabungan [[perisian]] dan [[perkakasan komputer]] yang memproses [[data]] secara bermakna. Sebagai contoh, [[komputer peribadi]] atau PC merupakan satu sistem komputer yang mudah. Manakala [[Internet]] merupakan satu sistem komputer yang agak rumit.
'''Sistem komputer''' merupakan satu gabungan [[perisian]] dan [[perkakasan komputer]] yang memproses [[data]] secara bermakna. Sebagai contoh, [[komputer peribadi]] atau PC merupakan satu sistem komputer yang mudah. Manakala [[Internet]] merupakan satu sistem komputer yang agak rumit.



Semakan pada 05:40, 6 Disember 2010

Sistem komputer merupakan satu gabungan perisian dan perkakasan komputer yang memproses data secara bermakna. Sebagai contoh, komputer peribadi atau PC merupakan satu sistem komputer yang mudah. Manakala Internet merupakan satu sistem komputer yang agak rumit.

Komputer yang paling mudah pun dikira sebagai satu sistem komputer, kerana kedua-dua komponennya (perisian dan perkakasan) perlu bekerjasama. Dan bila berkata tentang sistem komputer, satu perkara yang turut diperkatakan ialah "saling sambungan" (interconnection). Kebanyakan sistem komputer saling bersambung/berhubung untuk menjadi sistem yang lebih besar. Penyambungan ini boleh menjadi rumit disebabkan oleh ketakserasian antara perisian-perisian dan perkakasan-perkakasan sistem tersebut.

Pereka sesuatu sistem komputer mungkin tidak mengambil kira faktor sambungan produk mereka dengan sistem lain, contohnya Mac dengan PC. Menjadi tugas penyelia sistem (systems administrator) untuk menghubungkan pelbagai komputer menggunakan satu set peraturan dan kekangan yang dipanggil protokol; yang mentakrifkan "pandangan luar" (outside view) sistem tersebut. Pandangan luar inilah yang menentukan bagaimana satu sistem bersambung dengan sistem yang lain. Jika dua sistem mempunyai pandangan luar yang sama, maka ia boleh saling bersambung dan menjadi sistem komputer yang lebih besar.

"Pandangan luar" ini biasanya mempunyai piawai tersendiri, yang bermakna ia mempunyai satu dokumen yang menerangkan semua peraturan yang perlu dipatuhi sesuatu program atau peranti. Badan antarabangsa seperti Pasukan Bertindak Kejuruteraan Internet (IETF) atau Institut Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (IEEE) biasanya menghasilkan atau mengiktiraf piawaian-piawain tersebut. Jika sesuatu sistem mengikut segala peraturan tersebut, ia dikatakan "mematuhi" piawaian tersebut.

Organisasi sistem komputer merupakan cara sesuatu ciri itu dilaksanakan. Ia melihat bagaimana pereka sistem menggambarkan maklumat kepada CPU, ingatan utama dan storan komputer.

Lihat juga