Kalendar Cina: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 25: Baris 25:
=== Tahun suria lawan tahun qamari ===
=== Tahun suria lawan tahun qamari ===
Terdapat satu perbezaan antara tahun suria dan tahun qamari dalam kalendar Cina kerana kalendar itu lunisolar. Setahun qamari ({{lang|zh|年}} ''nián'') adalah dari satu tahun baru Cina ke yang lain, manakala setahun suria ({{lang|zh|歲}} ''suì'') pula sama ada tempoh antara dua [[ekuinoks musim bunga]] atau tempoh antara dua [[solstis musim sejuk]] (lihat bahagian [[#Jieqi|Jiéqì]]). Tahun qamari hanya digunakan untuk pentarikhan, manakala tahun suria, terutamanya yang antara solstis musim sejuk, digunakan untuk menomborkan bulan.
Terdapat satu perbezaan antara tahun suria dan tahun qamari dalam kalendar Cina kerana kalendar itu lunisolar. Setahun qamari ({{lang|zh|年}} ''nián'') adalah dari satu tahun baru Cina ke yang lain, manakala setahun suria ({{lang|zh|歲}} ''suì'') pula sama ada tempoh antara dua [[ekuinoks musim bunga]] atau tempoh antara dua [[solstis musim sejuk]] (lihat bahagian [[#Jieqi|Jiéqì]]). Tahun qamari hanya digunakan untuk pentarikhan, manakala tahun suria, terutamanya yang antara solstis musim sejuk, digunakan untuk menomborkan bulan.

== Lihat juga ==
*[[Astrologi Cina]]

Semakan pada 23:46, 16 Disember 2010

Kalendar Cina merupakan takwim lunisolar, iaitu sama jenis dengan takwim Ibrani dan kalendar Hindu, yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan kalendar solar. Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun Baru Cina, perayaan Duan Wu, dan Perayaan Kuih Bulan, serta dalam bidang astrologi, seperti memilih tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru. Oleh sebab swtiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan.

Di China, kalendar tradisional ini dikenali sebagai "kalendar pertanian" manakala kalendar Gregorian dikenali sebagai "kalendar umum" atau "kalendar Barat". Satu lagi nama bagi kalendar Cina ialah "kalendar Yin" yang dipetik daripada rujukan kepada aspek kitaran bulan kalendar ini, manakala kalendar Gregorian dipanggil "kalendar Yang" yang merujuk kepada aspek kitaran matahari. Kalendar Cina juga bergelar "kalendar lama" (Cina Tradisional: 舊曆, Cina Ringkas: 旧历, pinyin: jìulì) setelah "kalendar baru" (Cina Tradisional: 新曆, Cina Ringkas: 新历, pinyin: xīnlì), iaitu kalendar Gregorian digunakan sebagai kalendar rasmi. Kalendar tradisi juga merujuk kepada "Kalendar Xia"; namun, kalendar Xia secara tepatnya tidak merujuk kepada kalendar Cina ini, sebaliknya merujuk kepada satu kalnedar yang pernah digunakan oleh kaum Cina sebelum ini.

Sejarah

Permulaan berlegenda

Menurut legenda, kalendar Cina berkembang sejak alaf ketiga sebelum Masihi. Para pengkaji mengiktiraf kalendar Cina sebagai takwim yang paling lama masih digunakan di dunia. Kalendar ini dikatakan adalah ciptaan pemerintah sulung yang legenda, Huang Di atau Maharaja Kuning, yang memerintah, sekitar 2698-2599 SM. Pemerintah legenda keempat, Maharaja Yao, menambahkan bulan lompat dalam kalendar ini. Kitaran "batang-dahan"60 tahun mula digunakan untuk menandakan hari-hari sewaktu alaf kedua sebelum Masihi. Tradisi menetapkan tahun pertama dalam kitaran pertama pada 2637 AD (rujuk Herbert A. Giles, A Chinese-English Dictionary (1912), dan pengarang Barat lain yang mengarang sewaktu penghujung dinasti Qing). Maka kitaran yang bermula pada 1984 adalah kitaran yang ke-78. Ada yang menetapkan tahun asalan tersebut pada 2697 SM (ketika Huang Di masih belum dewasa), menjadikan kitaran ini yang ke-79.

Kalendar Taichu

Maharaja Wu dinasti Han Barat memperkenalkan pembaharuan yang telah menentukan kalendar Cina semenjak itu. Dalam kalendar Tàichū 太初 (Permulaan Besar) baginda pada tahun 104 SM, dalam setahun solstis musim sejuk jatuh pada bulan sebelas dan mana-mana bulan (29 atau 30 hari) ditetapkan sebagai bulan lompat apabila matahari tidak menghabiskan tempoh utama (iaitu, kekal dalam bitnang zodiak yang sama keseluruhannya). Oleh sebab pergerakan min matahari digunakan untuk menghitung jiéqì (Cina Tradisional: 節氣, Cina Ringkas: 节气) (atau petanda bermusim) sehingga tahun 1645, bulan lompat ini boleh jatuh pada mana-mana bulan secara sama rata pada setahun. Gabungan matahari dan bulan (anak bulan astronomi) dihitung berpandukan gerakan min kedua-dua matahari dan bulan sehingga tahun 619, iaitu tahun kedua dinasti Tang, apabila pakar kronologi mula menggunakan gerakan sebenar berasaskan dua parabola yang saling mengimbangi (dengan komponen linear dan kubik kecil). Malangnya, parabola-parabola ini tidak bertemu pada gerakan min dengan lancarnya, sebaliknya bertemu dengan ketakselanjaran.

Minggu

Biasanya, hari-hari dalam seminggu diberi nombor dan dikenali sedemikian; Isnin ialah hari pertama seminggu, Selasa ialah hari ke-2, Rabu ialah hari ke-3, Khamis ialah hari ke-4, Jumaat ialah hari ke-5, dan Sabut ialah hari ke-6. Ahad pula ialah hari Matahari dan oleh itu adalah satu-satunya hari yang tidak bersinambung dengan corak penamaan hari seminggu. Nombor-nombor hari Isnin hingga Sabtu adalah sama dengan ISO 8601. Oleh sebab kebelakangan ini ramai warga China mengambil kelepasan pada hari Ahad setiap minggu, maka Isnin dijadikan hari pertama seminggu seiring dengan amalan industri dan komersial biasa, namun banyak kalendar China menandakan hari Ahad sebagai hari pertama seminggu.

Penandaan tahun

Tahun pemerintahan

Tahun-tahun Cina tradisional tidak dinomborkan secara berterusan seperti mana sistem Masihi/Sebelum Masihi. Biasanya, pengiraan tahun rasmi sentiasa menggunakan suatu bentuk tahun pemerintahan. Sistem ini bermula pada tahun 841 SM ketika dinasti Zhou. Sebelum ini, tahun tidak ditandakan langsung, maka peristiwa bersejarah tidak dapat ditentukan tarikh tepatnya.

Pada tahun 841 SM, Raja Li Hu dari Zhou (周厲王胡) digulingkan oleh pemberontakan orang awam (國人暴動), dan pada 14 tahun berikutnya negara ditadbir oleh satu majlis menteri kanan dalam satu tempoh yang dikenali sebagai Keregenan (共和行政). Pada zaman ini, tahun-tahun ditanda sebagai Tahun Pertama, Ke-2, Ke-3, dsb. Keregenan.

Kemudiannya, tahun-tahun ditanda sebagai tahun pemerintahan, cth. tahun 825 SM ditandai sebagai Tahun ke-3 Raja Xuan dari Zhou (周宣王三年). Sistem ini digunakan sehingga awal dinasti Han, apabila Maharaja Wen dari Han (漢文帝劉恒) memperkenalkan nama pemerintahan. Selepas ini, kebanyakan maharaja menggunakan satu atau lebih nama pemerintahan untuk menandakan pemerintahan mereka. Biasanya, maharaja memperkenalkan nama baru apabila naik takhta, kemdian beralih ke nama baru untuk menandakan peristiwa penting, atau menamatkan apa yang dipercayai sebagai kitaran nasib malang. Namun, pada dinasti Ming, setiap maharaja biasanya hanya memakai satu nama pemerintahan bagi pemerintahan mereka. Pada dinasti Qing, setiap maharaja hanya memakai satu nama untuk pemerintahan mereka.

Sistem ini berterusan sehingga Republik China diasaskan, yang mengira tahun sebagai Tahun Republik mulai tahun 1912. Oleh itu, 1912 ialah Tahun Pertama Republik, manakala tahun 1949 ialah Tahun ke-38. Sistem ini masih digunakan untuk tujuan rasmi di Taiwan. Bagi tempat-tempat lain di China, pada tahun 1949 Republik Rakyat China memilih sistem Common Era (iaitu sama dengan Masihi/Sebelum Masihi), seiring dengan piawaian antarabangsa.

Tahun suria lawan tahun qamari

Terdapat satu perbezaan antara tahun suria dan tahun qamari dalam kalendar Cina kerana kalendar itu lunisolar. Setahun qamari ( nián) adalah dari satu tahun baru Cina ke yang lain, manakala setahun suria ( suì) pula sama ada tempoh antara dua ekuinoks musim bunga atau tempoh antara dua solstis musim sejuk (lihat bahagian Jiéqì). Tahun qamari hanya digunakan untuk pentarikhan, manakala tahun suria, terutamanya yang antara solstis musim sejuk, digunakan untuk menomborkan bulan.