Pergi ke kandungan

Surah Al-Insyiqaaq: Perbezaan antara semakan

k
r2.5.2) (bot menambah: ce:Сура Ятlар; perubahan kosmetik
k (r2.7.1) (bot mengubah: ku:Înşiqaq)
k (r2.5.2) (bot menambah: ce:Сура Ятlар; perubahan kosmetik)
'''Surah al-Insyiqaaq''' '''(سورة الإنشقاق)''' adalah surah yang ke-84 di dalam [[Al Quran]]. Surah ini terdiri atas 25 ayat dan termasuk golongan surah-surah [[Makkiyah]] serta diturunkan setelah [[surah Al-Infitar]]. Dinamai Al Insyiqaaq (terbelah), diambil dari perkataan yang terdapat pada permulaan surat ini, yang katanya ialah insyiqaaq.
 
== Isi kandungan ==
Isi kandungan menerangkan peristiwa-peristiwa pada
* permulaan terjadinya [[hari kiamat]];
* tingkat-tingkat kejadian dan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat.
 
== Terjemahan Ayat ==
# Apabila langit terbelah,
# Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh;
 
 
== Tafsiran ==
=== Kehancuran ===
Ayat pertama menggambarkan kerosakan alam semesta iaitu diceritakan apabila langit terbelah, iaitu segala benda yang ada di langit seperti gugusan-gugusan [[bintang]] juga akan mengalami kehancuran sesuai kehendak [[Allah]]. Kini, semua jasad langit berjalan pada aturan yang tetap dan serentak sehingga terbentuknya keharmonian alam. Namun dengan kuasa Allah, kelak, gugusan-gugusan bintang itu akan mengalami ketidak seimbangan atau kekacauan sistem sehingga terjadilah runtuhan alam semesta, seperti firman-Nya.
 
Penghuni bumi akan sangat ketakutan. [[Ibu]] yang menyusu akan meninggalkan anak yang sedang disusunya, wanita hamil akan mengalami keguguran, dan orang-orang akan hilang akal warasnya. Ini juga menggambarkan kepatuhan ciptaan Allah iaitu bumi seperti taatnya langit.
 
=== Peringatan dan muhasabah ===
Setiap saat yang kita isi dengan pelbagai kegiatan dan pekerjaan, pada akhirnya akan menghantar kita kepada kematian. Seperti firman Allah:
 
<blockquote>"''Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.''"</blockquote> ([[Surah Ali Imran|3]]: 185).
 
==== Pihak yang berbahagia ====
Apa yang akan kita dapatkan pada hari perhitungan sangat bergantung pada apa yang kita lakukan ketika di dunia. Itulah yang digambarkan pada ayat seterusnya iaitu orang yang akan mendapatkan kebahagiaan abadi. Mereka akan menerima kitab amal catatan yang mencatat seluruh aktiviti sewaktu di dunia dari sebelah kanannya. Islam menjadikan "kanan" sebagai simbol kebajikan, keuntungan, kebahagiaan, dan keberkatan. Maka, perkataan "sebelah kanan" pada ayat ini merupakan isyarat bahawa pemiliknya akan mendapatkan perhitungan yang lancar, mudah, tanpa masalah apa pun. Hal ini ada ditegaskan pada ayat berikutnya.
 
Kemudian, maksud keluarga pada ayat ke-9 adalah orang-orang yang sama-sama mampu mengisi hidup dengan melaksanakan perkara saja yang Allah redhai dan berjuang menundukkan nafsu-nafsu buruk yang ada dalam jiwanya. Jadi, persahabatan boleh dibina bukan sahaja di dunia tapi juga ketika di akhirat, yang menunjukkan persahabatan tersebut diikat dengan ikatan takwa.
 
==== Pihak yang malang ====
Terdapat juga bagi pihak yang berlawanan iaitu orang-orang yang hidupnya diisi dengan berbagai kemaksiatan dan kemungkaran, melalaikan ajaran-ajaran agama, hidup dengan [[nafsu]] yang buruk yang menyebabkannya mendapatkan perhitungan yang sukar.
 
Golongan yang menerima buku catatan amalan dari belakang ini juga disebutkan bahawa dia menyangka dia sekali-kali tidak akan kembali iaitu tidak ada lagi kehidupan selepas mati dan kehidupan dunia lebih baik. Mereka ini adalah golongan yang tidak beriman atau tidak percaya akan hari kemudian.
 
==== Peringatan yang jelas ====
Banyak ayat di dalam [[al-quran]] memberikan peringatan yang jelas daripada Allah yang mengingatkan agar kita tidak terpengaruh dengan orang-orang yang menurut hawa nafsunya.
 
 
 
=== Peringkat hidup dan balasannya ===
Kemudian Allah bersumpah dengan ciptaannya yang menakjubkan iaitu cahaya senja di kaki langit dan cahaya [[bulan (satelit)|bulan]] purnama yang menjadi madah manusia ketika melafazkan bait-bait indah. Lalu diperingatkan bahawa semua itu mempunyai peringkatnya sebelum sampai ke puncak seperti juga manusia iaitu dari alam roh, alam rahim, alam bumi, alam kubur dan alam kekal di akhirat. Ayat ini mengisyaratkan manusia itu makhluk yang terikat proses.
 
Setelah itu, ayat memaparkan yang [[Allah]] bertanya pula kepada manusia untuk direnung. Ada manusia yang hatinya tertutup dari [[cahaya]] [[Al-Quran]]. Akalnya tidak pernah tersentuh dengan nasihat-nasihat Ilahi malah tertutup sehingga apabila Al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak bersujud dan hatinya tidak pernah tunduk. Inilah gambaran orang-orang yang hatinya mati.
 
==== Masalah hati ====
* '''Tiada rawatan hati'''
Hati yang sakit dan tenat turut memerlukan rawatan. Hati yang tidak dirawat akan mengalami kesakitan, ketandusan, bahkan kematian.
Pada ayat ini Allah memerintahkan agar kita bersabar berada dalam lingkungan yang saleh, bersabarlah bersama-sama orang yang menyebut nama Tuhannya ketika pagi dan petang untuk mengharap keredhaan-Nya. Kita diingatkan untuk tidak berada dalam lingkungan yang suka menurut hawa nafsu dan mengikuti orang yang hatinya telah dilalaikan. Jelas bahawa hati akan menjadi mati kalau atmosferanya tidak kondusif.
 
==== Khabar akan balasan ====
Apabila ayat-ayat dan bukti-bukti Allah yang begitu jelas, kukuh dan tegas masih belum membuatkan [[manusia]] beriman, Allah memiliki kuasa penuh untuk membalas mereka dengan azab-Nya yang pedih.
 
[[ml:ഇൻ‌ഷിഖാഖ്]]
[[nl:Soera De Uiteenscheuring]]
[[ce:Сура Ятlар]]
[[pt:Al-Inshiqaq]]
[[ru:Сура Аль-Иншикак]]
77,555

suntingan